13 02 20 13

2013-1302

2013 – digit-digit angka BERBEZA tersusun rapi.

DUA – KOSONG – SATU & TIGA

itulah barisan angka-angkanya.

Jika kita amati.. sudah 26 TAHUN – fenomena TAHUN yang angka BERBEZA ini tidak muncul. Kali terakhir deretan angka TAHUN yang BERBEZA adalah pada 1987 yang lalu. Sudah 2 ABAD tak muncul.. kini KITARAN itu kembali.

MAHA SUCI TUHAN yang Maha Mengatur… segalanya berada dalam kerapian yang Maha Sempurna.

Kali ini, KITARAN DERETAN ANGKA TAHUN YANG BERBEZA ini hanya akan muncul untuk 7 tahun iaitu:

2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019

saat tahun angka ISTIMEWA 2020 (wawasan 2020) – deretan angka SAMA BERULANG akan muncul.

HARI INI 13 02 2013..

Awal 13 – di akhir 13
ditengah-tengah 2 dan 2

BERULANG-ULANG – sama!

malah..

HARI INI hari ke 44 bagi kalendar masihi. Angka berulang – SAMA.

malah…

sedari NISFU SYAABAN (15 Syaaban) iaitu TARIKH BUKU AMALAN DITUKAR BARU – hingga semalam 01 Rabi alAkhir 1434H – jumlah hari yang berlalu adalah 222 HARI! Angka berulang-ulang dan SAMA.

kebetulan?

TIDAK! Ia kesempurnaan aturan…

jika mahu diperhatikan lagi…

sedai HARI WUKUF DI ARAFAH tahun 1433H yang lalu iaitu pada 09 Dzulhijjah (sehari sebelum RAYA QURBAN) – hingga hari ini – jumlah hari yang berlalu adalah 111 HARI!! Angka berulang-ulang dan SAMA!

kebetulan lagi?

TIDAK!! Ia kesempurnaan aturan…

Mungkin ada yang tertanya… jika sedari RAYA PUASA?

sedari HARI RAYA PUASA yakni 01 Syawal 1433H hingga hari ini – jumlah harinya adalah 177 HARI!!

ada angka BERULANG dan SAMA (iaitu 77).. namun ia bukan hanya itu.. ANGKA 177 adalah angka NISFU SANNAH!!

Ya!! Angka SEPARUH TAHUN.. lalu, sedari HARI RAYA SYAWAL hingga HARI INI – sudah SEPARUH TAHUN berlalu! Makanya, dari hari ini… kira-kira 177 hari lagi kita akan RAYA!! (hari ini, sekitar 145 hari menuju RAMADHAN!!)

Bukankah ia sebuah ATURAN YANG SEMPURNA! Namun, terlepaslah kita andai kita tidak cuba MENGIKUT ‘PEREDARAN’ kitaran itu.. Biarpun HARI INI kita melihat keunikkannya pada angka 13 02 2013 yang seolah-olah ADA CERMIN di tengah-tengahnya.. – tetapi HAL ITU HANYA SEBUAH “BATU TANDA’ yang menemukan kita dengan keajaiban ‘susunan’ yang lain yang ada kaitannya dengan hari ini.

Adakah TIDAK SENGAJA atau KEBETULAN (pada kita) bagi Maha Suci Allah meletakkan hari EIDUL FITRI yang bermaksud “HARI RAYA FITRAH” atau secara halusnya bermaksud “HARI KEMBALI KE FITRAH” (hari semua balik ke fitrah @ kampung halamannya.. hehe) – tepat pada hari ke 266 di taqwim Hijiriah?

Sedari 01 Muharram iaitu MAAL HIJRAH hingga 01 SYAWAL – jumlah harinya adalah 266 HARI!!

adakah hanya ada ANGKA BERULANG dan SAMA IAITU ANGKA 66?

ATAU LEBIH PADA ITU?

Bukankah, dalam BUKU PERUBATAN (MEDIK) jumlah hari untuk PROSES BENIH BAYI SEMPURNA UNTUK DILAHIRKAN adalah 266 HARI!!

kebetulan?

Juga.. Adakah KEBETULAN Maha Suci Allah meletakkan hari NISFU SYAABAN itu pada hari ke 222 untuk taqwim Hijiriah?

Juga.. Adakah KEBETULAN Maha Suci Allah meletakkan hari EIDUL ADHA itu pada hari ke 333 untuk taqwim Hijiriah?

bukankah ANGKA BERULANG dan SAMA itu amat menarik perhatian kita?? Apakah ada KLU ISTIMEWA akan FENOMENA SUSUNAN ANGKA-ANGKA ini?

Hanya ALLAH yang MAHA TAHU!

Tugas kita.. memerhatikan keindahan susunan itu. Kerana ALLAH susunkan ia sebagai AYAT-AYAT ALAM untuk diperhatikan.

………………….

buat yang MAHU, semoga ianya membantu kalian..

66 HARI lagi – 20 APRIL – MAULIDUR RASUL bagi taqwim masihi
99 HARI LAGI – 24 MEI – Cuti Wesak – PURNAMA REJAB

SAAT PURNAMA DI BULAN REJAB INI BAKAL BERLAKU GERHANA BULAN PANUMBRA – dan ia adalah GERHANA AKHIR YANG BERLAKU DIBULAN ‘HARAAM’ yang kitarannya telah berlangsung sejak Muharram (bulan Haraam) 1430h @ 2009m lagi. Pada setiap bulan HARAAM – MUHARRAM & REJAB sepanjang 2009 hingga 2013 – ada KISAH GERHANA!! Allah ulang-ulang pertontonkan.. namun kita tak perasan KEINDAHAN ATURANNYA itu!

111 HARI lagi – 4 JUN @ 25 REJAB – 2 hari menjelang 27 REJAB!!

27 REJAB adalah HARI ISRA’ MIKRAJ!!

HARI ULANGTAHUN SOLAT 5 WAKTU!
HARI ALLAH ANGKAT RASULULLAH BERTEMU-NYA..!
HARI RASULULLAH IMAMKAN SEMUA RASUL & NABI DI MASJID AQSA!

** Nama MASJID AQSA Allah KALAMKAN di dalam AL-QURAN pada surah AL-ISRA’! Masjid Al-Aqsa merupakan SATU-SATUNYA NAMA MASJID YANG ALLAH SEBUTKAN dalam AL-QURAN selain nama Masjidil Haraam di Mekah.

lalu.. bulan REJAB ADALAH BULAN untuk SELURUH UMAT KEMBALIKAN MARUAH MASJID AL-AQSA!! Isu Gaza @ Palestin sewajarnya tidak timbul JIKA UMAT ISLAM saban tahun KUAT RUH-NYA TERHADAP MASJID AL-AQSA ini setiap kali munculnya bulan REJAB. Musuh Allah akan melumpuhkan minda MUSLIM dengan membanyakkan acara-acara DUNIA di bulan REJAB.. semaklah jadual PIALA DUNIA yang lalu.

Pada 28 MEI tahun ini akan berlaku GERHANA MATAHARI ANNULAR. REJAB 1434H hadir dengan 2 GERHANA.. GERHANA BULAN & GERHANA MATAHARI! Selang antaranya adalah 14 hari sahaja!!

131 HARI lagi (dari hari ini) – 24 JUN – menjelang hari JADI masihi saya (hehe) – @ NISFU SYAABAN 1434H

NISFU SYAABAN – saat buku CATATAN AMALAN kita bertukar baru saban tahun. Syaaban – BULAN YANG RASUL CINTA. Bulan yang Rasul tingkatkan IBADAH miskipun baginda adalah kekasih ALLAH.

dan seterusnya… dan seterusnya.. berulang-ulang.

Lalu… untuk HARI INI.. demiMu Tuhan..

ku padamkan amarah
ku padamkan resah gundah
ku terus bersyukur
ku terus jujur
ku terus beramal baik

alfakir

ps: SELAMAT HARI LAHIR MASTER ISMI!

ps: hari ini, dengan nama Allah yang Maha Suci – saya buka permohonan sesi TERAPI QS secara jarak jauh pada 22 02 2013 ini untuk mereka yang berminat. Silalah dapatkan infonya.. 017-300 2349

Re-posting article: Nota Syawal II

15 SYAWAL 1433H..

syawal

Sedari SEMALAM 55 HARI untuk BERAYA!!

Cantiknya ATURAN yang BUKAN KEBETULAN.. namun kurang diperhatikan INSAN kerana sibuk BERAYA!

ALLAH susunkan dalam GPS MUSLIM.. sedari 01 MUHARRAM yakni MAAL HIJRAH – 266 HARI – EIDUL FITRI!!

DAN 70 hari sesudahnya..

EIDUL ADHA!!

19 hari sesudahnya..

MAAL HIJRAH!!

jika ia sebuah ‘KEMBARA’

dan andai ianya adalah analogi KEMBARA KITA… maka, kita harus PERHATIKAN pesan-pesan ALLAH ini dalam MENGATURKAN MASA..

bukankah ALLAH perli kita dengan subjek MASA melalui FIRMANNYA ‘Demi MASA….’ – surah 103 @ Al-‘Asr ayat 1 hingga 3.

[hanya ada 3 surah yang ayatnya ada 3]

hanya kita yang BEBAL.. tak FAHAM pesan perliNYA!

Perhatikan semula…

266 HARI sedari MAAL HIJRAH hingga EID FITRI –

Menurut Manual Perubatan Merck, norma untuk kehamilan insani adalah kira-kira 266 hari dari tarikh persenyawaan. Ini adalah 38 minggu, atau 9 bulan QAMARI (taqwim hijrah)!!

lalu..

Perjalanan taqwim sedari HARI PERTAMA BULAN BERTAMA atau ditulis sebagai 01-01 hingga ke HARI PERTAMA BULAN SEPULUH atau ditulis sebagai 01-10 adalah 266 hari – YANG SEOLAH SEBUAH PROSES KELAHIRAN INSAN.

EIDUL -FITRI – membawa MAKNA KEMBALI KEPADA FITRAH – seolah menggambarkan KELAHIRAN INSAN itu ke DUNIA sebagai BAYI YANG SUCI..

DAN

Tempoh 70 HARI sesudah EIDUL FITRI pula adalah umpama TEMPOH ‘BERPANTANG’ yang harus ditempoh oleh IBU & BAYI.

ia JANGKA-MASA PENTING terhadap KESIHATAN BAYI yang lahir.. ia adalah TEMPOH untuk sistem operasi seseorang bayi mula beroperasi sendiri tanpa bantuan sang ibu lagi.

PERHALUSI perjalan 70 hari ini secara REALITI pada taqwim hijrah..

Bukankah.. sesudah SYAWAL kita tiba DZUL QAEDAH & DZUL HIJJAH yang merupakan BULAN HAJI?!!

Malah KEDUANYA adalah BULAN HARAM yang BERTURUT-TURUT!!

[Ada 4 bulan HARAM iaitu Muharram (awal tahun), Rejab (tengah tahun) dan bulan 11 & 12 iaitu Dzul Qaedah dan Dzul Hijjah di akhir tahun!]

Lalu.. kita tahu.. sesudah kira-kira 30 hari dari 01 SYAWAL.. kita masuk BULAN HARAM dan ianya BERMULA BULAN HAJI!!

Padanya ada RITUAL IBADAH HAJI yang perlu dikerjakan oleh setiap muslim BILA TIBA SERUAN dan MASANYA. Ia RUKUN iaitu WAJIB!!

Padanya ada ACARA berbagai ACARA … simbolik bagi menyempurnakan RUKUN IBADAH HAJI dan kemuncaknya adalah pada tiba EIDUL ADHA (dan sesudahnya) iaitu pada 10 DZULHIJJAH!!

70 hari sesudah EID FITRI – tiba detik EID ADHA..

70 hari sesudah BERPANTANG… BEBAS atau RAYA semula!!

70 hari ada berbagai ACARA bagi memantapkan BAYI ini bagi ACARA DUNIA!!

dan sesudah itu..

19 hari sesudahnya.. ALLAH ULANG taqwim HIJRAH ini.. untuk kta lalui semula PROSES YANG SAMA BERULANG-ULANG..

Berulang demi menghayatinya pada LEVEL yang lebih dari sebelumnya..

Berulang agar kita INGAT..

sesungguhnya..

HIDUPKU & MATIKU..

hanya untuk…

17 Syawal 1433H..

syawal
Syawal kian larut… 12 hari lagi SYAWAL baka berakhir dan bulan DZUL QAEDAH bakal bermula.

SYABAN – bulan ke 8 lalu hadir dengan kisah NISFU SYAABAN.

RAMADHAN – bulan ke 9 dengan kisah IBADAH RUKUN ke 3 yakni BERPUASA serta HIKMAH-HIKMAH bersamanya.

SYAWAL – bulan ke 10 dengan kisah RAYA @ EIDUL FITRI..

DAN SETERUSNYA KELAK..

bulan 11 dan 12..

KISAH 2 BULAN HARAM – Dzul Qaedah & Dzul Hijjah – BULAN HAJI – Rukun ISLAM ke 5!!

BULAN HARAM AKAN KEMBALI.

ALLAH berfirman perihal BULAN HARAM pada seawal surah AL-BAQARAH iaitu pada ayat 194 yang bermaksud..:

“BULAN HARAM dengan BULAN HARAM dan (terhadap) sesuatu yang diHORMATI berlaku (hukum) qishash… “

juga ALLAH menyebut pada surah ke 5 – AL MAIDAH pada ayat-ayat AWAL ayat ke 2.. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan HARAM .. “

Kata “AL-SHAHRUL HARAMA” pada ayat-ayat ini membawa makna BULAN-BULAN HARAM.. dan SEPANJANG AL-QURAN kata yang MERUJUKI makna ‘BULAN-BULAN HARAM’ atau ‘BULAN-BULAN YANG DI HORMATI’ ini ada 5 posisi iaitu:

AL-BAQARAH (2) – ayat 194

AL-BAQARAH (2) – ayat 217

AL-MAIDAH (5) – ayat 2

AT-TAUBAH (9) – ayat 5

AT-TAUBAH (9) – AYAT 36

Namun.. KATA ‘AL-SHAHRUL HARAMA’ (BULAN HARAM) hanya muncul di 4 ayat tersebut manakala -ada pada kali ke 5 iaitu pada Surah AT-TAUBAH ayat 36 itu – BERPERNAN seolah MENYATAKAN dengan JELAS akan JUMLAH bulan-bulan haram tersebut melalui firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya EMPAT BULAN HARAM (dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”

Kata “MINHA ‘ARBA’ATUN’ HURUMUN’ membawa makna “padanya (ada) 4 (bulan) HARAM (dihormati)”.

LALU.. kata arab ‘AL SHAHRUL HARAMU’ ini TEPATNYA muncul pada 4 POSISI seolah menggambarkan ADA 4 BULAN HARAM seperti yang ALLAH terangkan pada surah Al-Taubah : ayat 36 itu.

YA!!

4 BULAN HARAM!!

BUKAN insan menyebutnya.. tapi ALLAH.. bukan dalam kitab kalam manusia.. tapi dalam AL-QURAN kalamullah!

ALLAH sebut BULAN-BULAN HARAM 5 KALI.. dan Allah perINCIkan JUMLAHNYA dengan tepat iaitu 4 BULAN..

Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di ARAFAH iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H (zulhijjah juga adalah bulan haram) di Makkah ada menyebut tentang bulan 4 BULAN ini

(perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

“Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah.

Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada EMPAT bulan HARAM, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban”

Lihatlah INDAHNYA ATURAN ALLAH..

ada 4 BULAN HARAM..

Allah MULAKAN TAQWIM HIJRAH dengan BULAN HARAM..

Allah juga mengakhiri PERJALANAN SETAHUN itu dengan bulan HARAM – yakni bulan DzulHIJJAH atau BULAN HAJI sebagai BULAN HARAM TERAKHIR atau PENUTUP TAHUN.

kini SYAWAL kian HUJUNG… lalu, BULAN-BULAN HARAM AKHIR YANG BERTURUT-TURUT ini BAKAL MENJELANG..

ia SESUATU YANG DINANTIKAN…
ia SESUATU YANG ‘BESAR’… KERANA ianya BULAN yang ALLAH sebut sebagai “HARAM”!!

dan kata “HARAM” dalam KONTEKS ini bermaksud “MULIA” atau “DIHORMATI”..

ALLAH MULIAKANNYA…

ALLAH suruh kita HORMATINYA..

Pun, kita LUPA.. kerana yang kita KISAH adalah BULAN-BULAN SOLAR atau MATAHARI atau MASIHI!!

 

23 SYAWAL 1433..

syawal

6 hari menuju bulan 2 DZUL – Dzul QAEDAH dan Dzul HIJJAH!

PASTU kembali MAAL HIJRAH!!

Hari ini masih SYAWAL.. dan catatan ini sekadar berkongsi kisah syawal.. kita masih padanya.. tapi kita sudah mula dingin terhadapnya.. apatah lagi kelak.. saat kita jauh darinya..

maafkan aku SYAWAL.. aku jahil!

HAIRAN…

MENGAPA KISAH BESAR (qubro) seperti BADR saat menjelang SYAWAL.. kisah UHUD di awal SYAWAL.. kisah HAMRA’ AL-ASAD saat SYAWAL.. kisah HUNAIN juga saat BULAN SYAWAL!!

APAKAH RASUL muliakan SYAWAL sebagai BULAN KEMENANGAN dengan TEBARKAN ‘KUASA’ dan JANA LEBIH BANYAK KEJAYAAN!!

apakah RASUL MAHU AJAR kita agar HAYATI..:

syawal SAAT untuk perang kebatilan..?

syawal SAAT untuk perang KEKUFURAN..??

syawal SAAT untuk perangi MUSUH AGAMA..??

syawal SAAT UNTUK BANGKIT dan KUATKAN ISLAM??!!

tapi kita BENGAP!!

BODOH?!! dan JAHIL??!!

bagi kita kini..

SYAWAL adalah RAYA!! dan RAYA adalah..

KUEH.. BAJU.. KASUT.. BEG.. DUIT.. RUMAH TERBUKA.. BONUS.. MOVIE.. DRAMA.. CUTI.. dan sebagainya..

SYAWAL bagi kita adalah..

GANGNAM STYLE..

yeaahaa…

miskipun BANYAK GHAZWAH atau PEPERANGAN YANG LAIN tidak berlaku di bulan SYAWAL – namun.. KISAH PERANG YANG BESAR-BESAR amat AKRAB dengan SYAWAL!!

Apakah SYAWAL simpan RAHSIA STRATEGI PERANG MUHAMMAD s.a.w??

Mengapa ARAHAN ALLAH untuk “KELUAR JIHAD” itu saat SYAWAL yang sepatutnya dipenuhi dengan ACARA ‘OPEN HOUSE’ RAYA??

oohh.. ia masalah yang terlalu BESAR untuk difikir.. so, leboh baik fikir soal..

GANGNAM STYLE!!

yeaahaa…

INI MINGGU AKHIR SYAWAL..

entah ia syawal terakhir untuk diri ini..
entah ia dapat dihayati lagi nanti..
entah ia ada ‘makna’ lagi selain apa yang diri mengerti..

SYAWAL bulan KEMENANGAN!!

Bulan untuk ‘KELUAR’ dari diri yang KALAH dan PERGI BERSUSAH-SUSAH untuk TERUS ‘TUNJUKKAN’ DIRI YANG MENANG dan MERDEKA!!

Bukan DUDUK DIAM.. bukan DUDUK TUNGGU.. bukan DUDUK BUAT TAK TAU!!

Syawal bulan ‘KEMBALI FITRAH’ dan fitrah diri itu adalah MAHARDDHIKA – KAYA, MAKMUR, BERKUASA!!

yeaa.. haa…

 24 SYAWAL 1433H..

syawal
SYAWAL sudah kian berakhir.. RUHUL SYAWAL yang penuh AURA WARNA KEMENANGAN terus marak pada alam diri. BerCAS KUASA TINGGI yang dimarakkan oleh AURA KEMERDEKAAN ke 55 NEGARA. Kita terus kekal jadi anak MERDEKA.. merdeka dari dijajah PENJAJAH miskipun minda masih terus diterjah penjajah minda dengan idealogi mereka.SYAWAL bulan MENANG untuk MUSLIM. Sirah Rasul menyimpan BUKTI-BUKTI HAKIKI untuk direnung. Syawal BUKAN BULAN KEKENYANGAN membesarkan pundi perut semula. Syawal bulna BERJUANG.. bulan BANGKIT dan MENJANAKAN KEMENANGAN!!

Syawal merakamkan banyak peristiwa bersejarah kepada umat Islam untuk dijadikan pengajaran dalam meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Bulan Syawal pernah menyaksikan berlakunya peperangan Uhud, peperangan Ahzab dan peperangan Hunain pada zaman Rasulullah s.a.w.

Islam TIDAK menghalalkan KEGANASAN namun Islam tidak mengizinkan PENINDASAN.. lalu, semua peperangan ini berlaku bagi mempertahankan diri daripada serangan musuh. Malah sebelumnya Kuffar terlebih dahulu merancang untuk menyerang sebelum tentera Islam terpaksa keluar untuk bertahan bagi memastikan agama Allah terus tersebar tanpa sebarang sekatan dan gangguan.

SYAWAL menyimpan kisah GHAZWAH HUNAIN.. berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan KOTA MEKAH (Fathu Mekkah).

Ia PERANG TERAKHIR antara umat Islam dengan musyrikin arab kerana selepas itu kebanyakan musyrikin Mekah memeluk Islam sehingga api permusuhan selama ini dapat dipadamkan.

Peperangan Hunain berlaku apabila bani Hawazin dan Thaqif pimpinan MALIK bin AUF yang tinggal di Taif merancang untuk menyerang umat Islam. Angin berita itu diketahui baginda Rasul lalu, baginda menghantar ABDULLAH bin ABI HADRAD al-Aslamiy ke Taif untuk tinggal di tengah-tengah kaum tersebut bagi mengumpul maklumat.

RASUL PEMIMPIN BIJAK..

Maklumat terkumpul, KUFFAR dengan kelengkapan senjata dan juga dengan bilangan tentera antara 20 hingga 30 ribu orang MAHU SERANG umat Islam dan ambil semula KOTA MEKAH.

Pasukan kuffar ini turut membawa bersama HARTA BENDA dan ANAK ISTERI agar TENTERA mereka tidak lari dari medan perang. Kononnya HARTA INI PERLU DIPERTAHANKAN.. ANAK ISTERI PERLU DILINDUNGI..

RASUL PEMIMPIN BIJAK..

Maklumat telah diperolehinya…

Baginda bergerak dengan kekuatan seramai 12,000 tentera Islam. 10,000 adalah mereka yang keluar bersama-sama Baginda semasa pembukaan Makkah manakala selebihnya adalah penduduk Makkah yang kebanyakan mereka masih baru lagi menganut Islam.

MUSLIM KEKURANGAN PERSIAPAN BERPERANG.. namun, RASUL PENDEKAR BIJAK.. Rasulullah telah meminjam 100 PASANG BAJU BESI daripada Safwan bin Umaiyah yang belum Islam lagi pada masa itu.

Tentera Islam telah sampai ke Hunain pada malam SELASA pada SEPULUH HARI AKHIR SYAWAL.

Malik bin Auf dan tenteranya telah sampai ke situ terlebih dahulu, beliau telah menyusun tenteranya di lembah Hunain, dengan meletakkan kelompok penyerang di sepanjang jalan dan pintu masuk malah di seluruh lereng-lereng bukit Hunain dan lorong-lorongnya, beliau memberi arahan supaya mereka memanah tentera Islam apabila mereka muncul di situ, kemudian menyerang serentak ke atas tentera Islam.

tentera ISLAM dan RASUL bakal diserang hendap…

RASUL PENDEKAR BIJAK… strategi diatur..

Di hujung malam Rasulullah menyusun tenteranya.. tentera dibahagi kepada pasukan-pasukan dan unit-unit. Di awal SUBUH mereka berjalan menuju ke lembah Hunain… pun, semasa tentera Islam turun ke lembah berkenaan, TIBA-TIBA mereka dihujani dengan serang hendap oleh tentera Malik yang telah pun lama menunggu di situ!!

Tentera Islam dihujani PANAHAN yang bertubi-tubi..!!

Malah serentak MEREKA DIASAK unit-unit tentera musuh.. tentera Islam pun berpatah balik ke belakang dalam keadaan berkecamuk dan huruhara.

lanya adalah satu KEKALAHAN!!

Muslim diburu… suasana KALUT!! Musuh menjerit dengan katanya:

“Hari ini sihir sudah tidak menjadi lagi”.

Seolah menempelak MUKJIZAT RASULULLAH..

Rasulullah s.a.w mengelak BERUNDUR ke sebelah kanan sambil melaung:

“Wahai kalian ayuh ke sini, aku adalah Rasulullah, aku Muhammad Ibni Abdullah”.

RASUL PEMIMPIN BERANI…

Rasul DEDAH diri bukan lagak KETUA NEGARA yang suka beri ARAHAN tapi MAIN SEMBUNYI-SEMBUNYI menikuskan diri.

Rasulullah tampil ke TENGAH MEDAN.. ke hadapan kaum kafirin dengan MEMECUT KELDAI sambil melaung:

“Aku adalah nabi sebenar tiada mendusta”

“Akulah putera Abdul al-Muttalib”

RASUL PEMIMPIN BERANI…

Kemudian Rasulullah s.a.w TURUN dengan tangan memohon kepada Allah dengan katanya:

“Ya Allah Ya Tuhanku turunkanlah pertolongan Mu itu…”

Syawal BULAN kemenangan… BULAN yang DIJANJIKAN KEBENARAN & KEMENANGAN..

Allah menyatukan semula TENTERA ISLAM dan mereka MENERUSKAN PERJUANGAN…

Rasulullah mengarah bapa saudaranya al-Abbas yang bersuara lantang untuk melaung kepada semua para sahabat.

Kata al-Abbas: Aku melaung sehabis lantang suaraku:

“Mana dia para sahabat setia?”

DEMI Allah, semasa mereka mendengar laungan itu segera mereka berpatah balik bagaikan kembalinya seekor lembu ke hadapan anak kesayangannya.

Jawab mereka semua:

“Ya Rasulullah, Ya Rasulullah”

Ada yang berunta namun TURUN meninggalkan tunggangan lalu mengambil pedang dan perisai, terus meluru ke arah suara yang melaung mereka. 100 muslim terkumpul.. MENGANGKAT PEDANG.. berperang TERUS!

Setelah itu LAUNGAN khusus ditujukan kepada golongan al-Ansar.. sesudahnya LAUNGAN khusus kepada golongan Banu al-Harith bin al-Khazraj DAN SETERUSNYA..

Dengan itu kelompck-kelompok Islam mula bercantum semula satu demi satu hingga pulih dan kembali keadaannya seperti sebelumnya.

KINI, kedua-dua belah pihak saling MENGASAK.

Baginda bersabda:

“Kini peperangan memuncak”.

Maka Baginda mengambil segenggam pasir dan melontarnya ke arah musuh sambil bersabda:

“Buta mata kalian”.

Dengan izin Allah setiap mata musuh terkena pasir lontaran Rasulullah menyebabkan daya saingan mereka luntur dan keadaan mereka kucar kacir.

KEKUATAN MUSUH BERPECAH…

MEREKA mula KALAH TERUK!!

INI KISAH BULAN SYAWAL…

INI KISAH KEMENANGAN terhadap KEEGOAAN dan KEKUFURAN yang MENIDAKKAN KEBENARAN..!!

Ia bukan KISAH DALAM BUKU SEJARAH TEMPATAN..

Ia SEJARAH CATATAN ALLAH dalam BUKU ALLAH..

Kisah HUNAIN saat SYAWAL ini Allah s.w.t SEBUT di dalam firmanNya pada SURAH YANG TIDAK DIAWALI BISMILLAH.. yakni Surah AT-TAUBAH..

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri”

“Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.”

AT-TAUBAH ayat 25 & 26

Ia kisah BESAR.. ia SIMPAN PENGAJARAN YANG AKHBAR!!

MUSUH ISLAM TAHU kisah ini.. mereka GENTAR akan SEJARAHNYA.. lalu, mereka juga gentar segala akannya.

MUSUH ISLAM gentar HIKMAH SYAWAL..

lalu, mereka JAJAH MINDA MUSLIM agar lupa KISAH SYAWAL..

MUSUH ISLAM tahu KEKUATAN ENERGI SYAWAL..

lalu, mereka LUMPUHKAN MINDA MUSLIM agar guna taqwim GREGORIAN bukan taqwim Islam!

Syawal kita hari ini.. SYAWAL ‘OPEN HOUSE’ nyanyi-nyanyi lagu RAYA lalala sambil joget naik kuda GANGNAM STYLE..

Syawal kian akhir…

26 SYAWAL 1433H

syawal
3 hari menjelang BULAN HARAM!!3 HARI LAGI.. BULAN HARAM akan KEMBALI.. dan ianya akan BERTERUSAN selama 88 HARI!!

88 HARI atau 3 BULAN LUNAR @ HIJRAH!!

Dzul Qaedah
Dzul Hijjah
MUHARRAM!!

3 bulan-bulan HARAM!!

Ya!!

HARAM!!

Bukan ‘ANAK haram’
Bukan ‘PENDATANG haram’
Bukan ‘DUIT haram’
Bukan ‘MAKANAN haram’
Bukan ‘PERTUBUHAN haram’
dan bukan juga ‘haram JADAH’…

ini kisah

HARAM yang DIMULIAKAN..

sama halnya seperti ‘Tanah HARAM’ dan ‘Masjidil HARAM’.

ia tajuk BESAR!!

Bukan kata kita… tapi tersisip dalam FIRMAN-NYA pada Surah AT-TAUBAH ayat 36 yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya EMPAT BULAN HARAM (dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”

Kata “MINHA ‘ARBA’ATUN’ HURUMUN’ membawa makna “padanya (ada) 4 (bulan) HARAM (dihormati)”.

dan 4 bulan iatu adalah:

REJAB.. yakni bulan ke 7 – duduk bersendiri dan digelar ‘BULAN HARAM YANG BERSENDIRI’

dan..

DzUl Qaedah, Dzul Hijjah & Muharram – digelar ‘3 BULAN HARAM YANG BERTURUTAN’.

lalu.. saat ini – kita 3 hari menuju “AL-SHAHRUL HARAMA” yang membawa makna BULAN-BULAN HARAM.. atau ‘BULAN-BULAN YANG DI HORMATI’.

TETAPI..

saat ini..

“ADA MAK KESAH DIK OII”!!

ada juga yang asyik berkuda kesana kesinun.. ‘gangnam style’

itulah sikap kita…

Kita biar SAUDARA KITA diperangi biarpun kita tahu ini BULAN HARAM!!

Kita biar SAUDARA KITA diseksa biarpun kita tahu ini BULAN HARAM!!

Kita biar SAUDARA KITA hidup susah biarpun kita tahu ini BULAN HARAM!!

KITA BIAR BULAN HARAM ini dicemar SEGALA PANTANG LARANGNYA… hanya kerana kita JAHIL!!

Hanya kerana kita TAK KESAH!!

Malah… yang UTAMA untuk setiap SEORANG dari kita… kita tidak MENGIMARAHKAN BULAN HARAM dengan ENERGI “YANG DIMULIAKAN” seperti maknanya sendiri.

SYAWAL bulan MENANG!!

sesudahnya HADIR bulan-bulan YANG DIMULIAKAN!!

SYAWAL zaman Rasulullah, baginda KELUAR KE MEDAN untuk TEBARKAN KEMENANGAN.. manakala BULAN HARAAM baginda manfaatkan untuk ACARA KEKUARGAAN, ACARA ‘RETREAT & RECHARGE’ ALAM DIRI dengan IBADAH, ACARA MASYARAKATAN, ACARA KERAI’AN dan sebagainya.

SYAWAL zaman kita.. kita penuhkan dengan OPEN-HOUSE, Pesta HIBURAN RAYA, Pesta ‘SALE’ dan PROMOSI dan sebagainya. Manakala saat BULAN HARAAM – ‘nil’ atau ‘NOL’ atau ‘KOSONG’ dari acara sempena kehadirannya kerana kita TAK PEKA akannya.

Ada tidak.. kita sambut EIDUL ADHA dan MAAL HIJRAH.. 2 HARI yang bakal dirai.. sedangkan ALLAH BERI 88 HARI (3 bulan) untuk dipenuhi acara YANG DIMULIAKAN!!

Yang PERGI HAJI.. fokusnya adalah ritual HAJI tanpa kesah dengan FAKTA – ianya berlaku dibulan HARAM. Bukankah IBADAH ITU RUKUN KE 5.. yang padanya ada banyak RITUAL yang berkaitan dengan ‘HARAM’.. seperti BER’IHRAM’ di TANAH HARAM.. tawaf di MASJIDIL HARAM dan sebagainya – yang dilakukan KHAS PADA BULAN-BULAN YANG DITETAPKAN.

Firman ALLAH yang bermaksud:

“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah BEBERAPA BULAN YANG TERMAKLUM. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

(Al-Baqarah 2:197)

Dan BEBERAPA BULAN YANG TERMAKLUM itu adalah BULAN HARAAM!!

dan

apakah HIKMAHnya hanya untuk mereka yang PERGI BUAT HAJI??!!

Hanya untuk sekitar 28,000 yang terpilih untuk buat HAJI.. ??

Tentulah tidak… HIKMAHNYA UNTUK SEMUA.. yang mahu AMBIL PELUANG di “BEBERAPA BULAN YANG TERMAKLUM” itu!!

apakah kita MASIH TAK AMBIL MAKLUM??

3 hari lagi.. BULAN HARAM bermula!

Saat ini RUH SYAWAL kian tiba HUJUNGNYA.. entah ada syawal lagi untuk kita kelak.

SEMALAM adalah SEJARAH..
ESOK adalah MISTERI..

HIDUPLAH untuk HARI INI.!!

Untuk HARI INI.. demiMU TUHAN..

27 SYAWAL 1433H

syawal
Hari ini JUMAAT TERAKHIR bagi syAWAL..Hari ini JUMAAT ke 42 bagi 1433H.. lalu, JUMAAT kini berbaki 8 KALI lagi untuk penggal TAQWIM 1433H.

Dari satu JUMAAT ke JUMAAT seterusnya… kitaran yang berterusan.. tanpa sedar bukan hanya syAWAL bakal BERAKHIR.. tapi JUMAAT juga begitu… malah TAHUN 1433H juga yang kini hanya berbaki sekitar 60HARI!!

ya!! 60 HARI LAGI MAAL HIJRAH!!

Plan sudah mahu diubah.. PETA TAQWIM BERUBAH lalu.. ENERGI DIRI juga BERUBAH!! Mana mungkin masih GUNA PETA LAMA.. mana mungkin MASIH DUDUK DI TAKUK LAMA. Diri mahu TERUS HIJRAH.. sama halnya seperti peredaran USIA.. sama halnya dengan peredaran ALAM.

Kita MERANCANG.. TUHAN menjayakan jika kita terus USAHA & DOA. Maka, 60 HARI AKHIR ini juga menandakan kita HARUS MAKMURKAN ia dengan LANGKAH & USAHA untuk MUHASABAH DIRI.. menilai PRESTASI DIR seterusnya MERENCANA PLAN HIJRAH DIRI YANG BARU..

Syawal kian HUJUNG… 27 HARI sudah berlalu.. PUASA 6 dari 30 HARI di bulan yang DITAWARKAN ‘REWARD’ pun terasa BERAT… inikan pula bulan-bulan lain seterusnya..

Peluang syaAWAL sudah berAKHIR.. menjelang malam ini.. AHLI FALAK mula mengilap KANTA TEROPONG untuk melihat HILAL bulan HARAM. Jika sebulan yang lalu… SAAT BULAN BARU ‘BERANAK’ ini AMAT MENERUJAKAN dan DINANTI-NANTIKAN.. ANAK bulan syawal ditunggu-tunggu.. tapi kini, ANAK bulan-bulan yang lain – hanya PAK AHLIL NUJUM (bintang) sahaja kena ambil kesah.. sebulan yang lalu, detik ini berbeza.. DEBARNYA KUAT.. hari ini, usahkan debaran.. ingatan terhadapnya pun tiada.

Kita hanya FIKIR yang BELUM PASTI..
Kita lupa SYUKUR apa yang SUDAH DIMILIKI…

hari ini ada kisah KECEWA.. anginnya sudah KUAT… auranya sudah terasa.. hanya, ia masih tak terucap…

Re-posting article: Nota Syawal I

1,2,3,4,5,6,7,8,9…SEPULUH!!

syawal

KISAH HARI ke 10…

Jika 10 itu HARI, maka ada 2 ‘HARI KE SEPULUH’ – satu di AKHIR TAHUN dan 1 di AWAL.

Hari ke 10 di AKHIR TAHUN (bulan terakhir yakni Dzulhijjah) adalah EIDILADHA – RAYA HAJI@QURBAN!!

Sekali lagi CERITA RAYA untuk muslim sesudah EIDULFITRI!!

jarak antara EIDULFITR ke EIDULADHA sekitar 7X10 hari

HARI KE 10 di AWAL TAHUN adalah 10 MUHARRAM yang dikenali sebagai HARI “ASYURA”.. dan kata ‘asyura’ itu bermaksud 10.

10 AWAL… 10 AKHIR…

KISAH MINGGU ke 10…

Jika 10 itu MINGGU, maka ianya adalah MINGGU ULANGTAHUN KELAHIRAN RASULULLAH & ULANGTAHUN RASUL TIBA KE MADINAH dalam KISAH HIJRAH!!

Minggu ke 10 – ULANGTAHUN RASUL?? HIJRAH RASUL??

jika seminggu ada 7 HARI, maka 10 minggu: 7X10 = 70 hari.

Dari 01 Muharram.. hari ke 70 adalah 12 RABIUL AWAL!!

kebetulannn…???

KISAH BULAN ke 10…

Jika 10 itu BULAN, maka ianya BULAN SYAWAL..

Syawal itu bulan RAYA, bulan KEMBALI ke FITRAH, bulan balik KAMPUNG (fitrah@asal diri), bulan BONUS RAYA, DUIT RAYA, CUTI RAYA, BAJU RAYA, PROMOSI RAYA dan pelbagai RAYA YANG LAIN.

Lalu, ia SEPULUH yang MERIAH!!

BULAN 10 bulan KEMENANGAN!!

KISAH TAHUN ke 10…

Jika 10 itu TAHUN, maka ianya 1 DEKAD..

setelah 10 tahun HIJRAH ke Madinah, RASUL pulang ke MEKAH untuk LAKUKAN HAJI – lalu, 10 DZULHIJJAH 10H itu ISTIMEWA – ia HAJI WADA’ . Ia HAJI AKHIR @ PERPISAHAN!! Perpisahan kerana Rasul WAFAT pada tahun sesudahnya.

SEPULUH…

“Jika 10 itu JARI-JEMARI di tangan sendiri.. DEMInya aku terus bersyukur, lalu ku angkat semuanya MENADAH TANGAN BERDOA – agar ’10’ INI TERUS BERGUNA – BERKHIDMAT dan BERIBADAH untukNYA. Juga BERDOA, agar bulan KE 10 ini terus BERMAKNA dan JADI PENANDA (ukuran) dari satu ‘SYAWAL’ ke satu ‘SYAWAL’ yang seterusnya…”

monolog:

Ini BULAN SEPULUH – SYAWAL… Begitu pantas peredaran masa, kini sudahpun BULAN KE SEPULUH. Sedari 01 01 1433H hingga 01 10 1433H.. sudah 266 HARI BERLALU.

Ia TEMPOH YANG DIPERLUKAN untuk menunggu SEBUAH KELAHIRAN. Sesudah 9 BULAN dalam kandungan IBU.. bulan ke 10 adalah bulan KEMUNCULAN KE ALAM.

 

SYAWAL bulan KEMENANGAN…

Syawal singgah lagi mengisi kerinduan perpisahan yang panjang. Sang perindu bakal menempiaskan dendam rindunya. Lagunya penuh kesyukuran kerana terus diberi peluang MENGHAYATI MAKNA SEBUAH KEMENANGAN dan erti ‘KELAHIRAN’ SEMULA.
Melodinya penuh keasyikan.. rentaknya penuh kecanduan spiritual!

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang… bergumbiralah…”

tempik dan ronta jiwa sang perindu bulan SEPULUH ini.
Ini TIKANYA yang dirindu PULANG ke pangkuan.

Kitakah ‘PERINDU’ itu…??

Atau KITAKAH YANG ALPA lagi BUTA makna EIDULFITRI itu??

Pasrah untuk tahu ANDAI kita ini adalah Sang Perindu itu..? Pasrah untuk tahu dan menerima hakikat bahawa apakah kita masih punya rindu itu? PASRAH UNTUK TAHU.. apakah kita masih punya PEKA itu..??

KERINDUAN & KEASYIKAN SPIRITUAL yang ROH & JIWA-nya bukan diprovokasikan oleh keinginan zahiriah, namun kerana FITRAH BATINIAH yang mencari DAMAI; mencari TUHAN-NYA. Pasrah untuk TAHU ANDAI KITA MASIH BERADA PADA KOORDINAT-NYA dan KIBLAT-NYA!!

Kata sang GURU;

“jujurlah kepada diri sendiri. Ia bukan untuk Dia, Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kita. Jujurlah kepada diri kita, apakah yang kita kehendaki?”.

Jelas..
GEMA rindu SYAWAL ini MERIAH dengan ACARA. BULAN SEPULUH SIBUK dengan ACARA RAYA-MERAYAKAN!! RAI-MERAIKAN!!

KULITNYA INDAH berbagai WARNA..
INTINYA entah ada entah tiada…

kita makin jauh…

MENANGKAH KITA??

SUKSESKAH KITA???!!!

10 HARI 10 MALAM… RAYA SAKAN!

 

INI KISAH SYAWAL…

syawal

IA KISAH BAGINDA RASULULLAH KESAYANGAN KITA..

Ia kisah BAGINDA di suatu SYAWAL…

Saat itu Rasul memeriksa sekeliling.. tiba-tiba baginda berhenti, menyaksikan dan membisu seraya air mata menitis di kedua belah pipi baginda.

RASUL bersabda;

“Tak pernah aku menderita sebagaimana yang kurasakan saat ini. Dan tidak ada suasana apapun yang lebih menyakitkan diriku dari pada suasana sekarang ini.”

Baginda sangat marah dan Allah menurunkan firmannya:

“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.”

(Surah an Nahl 16 – ayat 126)

SYAWAL 3 HIJRAH itu.. Rasul MENANGIS…

SYAWAL 1433 INI… kita tidak KESAH KISAH Rasul ini lagi..

 

Menjelang 07 SYAWAL 1433H…

syawal

 

Hari itu hari Sabtu tanggal 07 SYAWAL tahun ke 3 HIJRAH.

Di lapangan GERSANG dan BERBUKIT… Rasulullah menampil dirinya yang lengkap dengan BERBAJU BESI di tengah MEDAN.

PANGLIMA AGUNG ini bersuara LANTANG…menyuntik KATA SEMANGAT bagi merangsang para sahabat dan MUSLIM untuk berperang!

PANGLIMA AGUNG ini mengingatkan mereka supaya BERSABAR dan BERDAYA JUANG kelak saat pertempur.

PANGLIMA AGUNG @ Rasulullah mengeluar dan menjulang pedangnya dengan berkata:

“Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan menunaikan haknya dengan sebenar”

BINGKAS BANGUN beberapa sahabat untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab.

Bangun Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya:

“Apakah haknya wahai Rasulullah?”

 

Jawab Rasulullah s.a.w:

“Hendaklah pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok”.

 

Maka jawab Abu Dujanah:

“Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”.

 

Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.
Abu Dujanah adalah seorang WIRA yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah itu.

Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda:

“Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah KECUALI di suasana sebegini”.

DEBARAN KIAN MEMUNCAK…

AURA JIHAD membahang sudah… 7 SYAWAL itu MUSLIM SIAP SEDIA… sesudah BADAR, sirah UHUD mahu ditempa…

DEMI FITRAH…
DEMI SUNNAH…
DEMI AMANAH….

dan 

DEMI ALLAH!!!

 

07 SYAWAL 1433H…

syawal

TUJUH hari sudah berlalu… BULAN RAYA bulan penuh HIKMAH.

Sesudah mengharungi KEM IBADAH RAMADHAN bagi membersihkan diri dari DOSA dan merebut tawaran-tawaran PAHALA yang melimpah-ruah, SYAWAL disambut dengan JIWA YANG MENANG dan FITRAH.

Bulan RAYA juga adalah bulan untuk BERMAAF-MAAFAN. Saat ini 10 DAKTIL disusun memohon AMPUN dan MAAF atas segala kekhilafan dan kekurangan. Ucapan-ucapan SELAMAT dan KEMAAFAN meniti di bibir setiap mukmin bagi mencari ERTI SUCI dan FITRAH yang hakiki.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila mereka berpuasa sebulan Ramadan lalu pergi untuk mengerjakan solat”

EIDIL FITRI, Allah Taala berfirman:

“Hai para MalaikatKu, tiap-tiap orang yang beramal itu mengharapkan pahalanya, dan para hambaKu yang berpuasa dalam bulan Ramadan lalu menunaikan solat Hari Raya juga mengharapkan pahalanya, maka oleh kerana itu saksikanlah, bahawa sesungguhnya Aku telah MENGAMPUNI mereka.”

Lalu, kesempatan SYAWAL ini harus kita ambil untuk MENCUCI DIRI dan JIWA KITA agar KEMBALI menjadi HATI (QALB @ KALBU) YANG SUCI, BERSIH dan MERDEKA.
Mengapa tidak.. bukankah kita ini LEMAH SIFATNYA. Bukankah kita ini PELBAGAI RAGAM sifat NAFSUnya. Bukankah kita ini ada pelbagai KELEMAHAN kerana SIFAT HATI kita yang berbagai. QALBU @ KALBU @ HATI MEMILIKI SIFAT YANG KOMPLEKS atau UNIK. Sering tidak konsisten.. samalah seperti HALNYA IMAN KITA. Oleh kerana itu ia boleh terkena konflik dalaman atau kebatinan.

Pelbagai INTERAKSI berlaku di dalam HATI.. ada yang POSITIF ada yang sebaliknya. Lihat sahaja FIRMAN ALLAH dalam al-quran perihal SIFAT dan KEADAAN berkenannan dengan QALBU atau HATI.

  1. Keras dan kasar hati, surah Ali Imran 3:159,
  2. Hati yang bersih, surah al-Syuara 26: 89,
  3. Hati yang terkunci mati, surah al-Syura 42:24 dan surah al-Mumin 40:35,
  4. Hati yang bertaubat, surah Qaf 50:33,
  5. Hati yang berdosa, surah al-Baqarah 2:283,
  6. Hati yang terdinding, surah al-Anfa 8:24,
  7. Hati yang tetap tenang, surah al-Nahl 16:106,
  8. Hati yang lalai, surah al-Anbiya 21:3,
  9. Hati yang menerima petunjuk Allah SWT, surah al-Taghabun 64:11,
  10. Hati yang teguh, surah al-Qashashsh 28:10, dan surat Hud 11:120,
  11. Hati yang takwa, surah al-Hajj 22:32,
  12. Hati yang buta, surah al-Hajj 22:46,
  13. Hati yang terguncang, surah al-Nur 24:37,
  14. Hati yang sesak, surah al-Mu’min 40:18,
  15. Hati yang tersumbat, surah al-Baqarah 2:88,
  16. Hati yang sangat takut, surah al-Naziat 79:8,
  17. Hati yang condong kepada kebaikan, surah al-Tahrim 66:4,
  18. Hati yang keras membatu, surah al-Baqarah 2:74,
  19. Hati yang lebih suci, surah al-Ahzab 33:53,
  20. Hati yang hancur, surah al-Tawbah 9:110,
  21. Hati yang ingkar, surah al-Nahl 16:22,
  22. Hati yang takut, surah al-Mu’minun 23:60,
  23. Hati yang kosong, surah Ibrahim 14:43, surah al-Qashashsh 28:10, dan
  24. Hati yang terbakar, surah al-Humazah 104:6-7.

Dari keterangan ini, kita faham bahawa HATI @ QALB ini memiliki kedudukan yang sangat menentukan dalam sistem NAFSANI manusia.

Qalb-lah yang memutuskan MELILIH dan MENOLAK sesuatu, dan qalb juga yang memikul tanggung jawab atas apa yang diputuskan.

Lalu.. SEPANJANG RAMADHAN LALU.. kita sebenarnya BERSUNGGUH-SUNGGUH menjalani IBADAH demi untuk KEMBALI MEMILIKI HATI YANG SUCI!!

Dan SYAWAL bulan untuk NIKMATI HASILNYA.. malah, KELAHIRAN SEMULA atau SIKAP KEMBALI yang dikuasai ini membolehkan KUASA POSITIF terus DITAKHLUKI!!

SYAWAL bulan MEMUTIH!!

SYAWAL BULAN BERSIH!!

KITA HARUS MENCUCI HATI @ QALB ini lagi dan lagi.. sifatnya yang berubah-ubah boleh menyebabkan ia menjadi:

HATI YANG HITAM,

HATI YANG MATI,

SAKIT HATI,

MAKAN HATI,

REMUK HATI,

HATI BATU,

HATI HANTU,

HATI-HATI dan sebagainya.

Rasul beritahu:

“Sesungguhnya yang HALAL itu JELAS dan yang HARAM juga JELAS, tetapi di antara yang halal dan haram itu banyak perkara SYUBHAT yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Maka barang siapa menjaga diri dari yang syubhat bererti ia telah membersihkan agama dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjerumus ke dalam syubhat berarti ia telah terjerumus ke dalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembalakan ternaknya di sekeliling tanah larangan, dikhawatirkan akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai daerah larangan, dan ketahuilah bahwa daerah larangan Allah SWT adalah hal-hal yang di haramkan. Ketahuilah bahwa dalam setiap tubuh manusia ada sepotong ORGAN yang jika ia sehat maka seluruh tubuhnya juga sehat, tetapi jika ia rusak, maka seluruh tubuhnya terganggu, ketahuilah bahwa organ itu adalah QALB”

– Hadis Riwayat Bukhari Muslim.

HATI ini MAHU ‘HIJAU’

HATI ini MAHU SEGAR.. SIHAT.. dan SUKSES!!

SYAWAL bulan MINTA AMPUN MAAF agar HATI kit BERSIH dan SUCI!!

Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya Iblis yang dilaknat Allah itu berteriak pada setiap hari Raya, maka para bala tenteranya berkumpul di sekitarnya sambil berkata: “Wahai sri baginda kami, siapakah yang menjadikan baginda murka, maka sesungguhnya dia akan kami hancurkan.”Iblis berkata: “Tidak ada sesuatu pun. Akan tetapi Allah Taala pada hari ini telah MENGAMPUNI umat ini. Maka kamu semua harus membuat mereka SIBUK dengan segala macam yang lazat-lazat, dengan syahwat dan dengan minum khamar, sehingga Allah murka kepadanya.”

ITU JANJI IBLIS.. itu arahannya kepada SYAITHAN yang KEMBALI BEBAS..

HATI-HATILAH jaga HATImu…

 

Menjelang 8 SYAWAL…

 

syawal

Saat ini, lagunya LAGU RAYA.

Saat ini, acaranya ‘OPEN HOUSE RAYA’.
Saat ini, busananya BAJU RAYA
Saat ini, santapannya KUEH RAYA.

Saat ini, semua ORANG bersuka-ria ber HARI RAYA!

(termasuklah HANTU-HANTU RAYA!!)

Pun, bagi AKU YANG DUNGU.. kisah LUKA itu mahu terus dilagu..

AKU YANG DUNGU.. mahu menadah tangan berdoa.

Berdoa dan berdoa..

Memohon SYURGA seperti 70 pengshuhada yang syahid di UHUD pada 7 Syawal itu..

Memohon KETABAHAN laksana 700 perjuang ISLAM di UHUD pada 7 SYAWAL tahun 3 HIJRAH itu…

Memohon KEKUATAN dalam mengharungi UJIAN-UJIAN laksana PANGLIMA-PANGLIMA ISLAM di Uhud 1387 tahun masihi yang lalu..

Memohon KEMENANGAN dalam ‘peperangan’ seperti yang dianugerahkan ALLAH kepada Rasul dan muslim di BUKIT UHUD itu..

KEMENANGAN UNTUK MAKMURKAN TAQWIM ISLAM!!
KEMENANGAN UNTUK MAKMURKAN TEMA ‘HIJRAH’ ISLAMI!!
KEMENANGAN TERHADAP SERANGAN MINDA MUSUH ISLAM!!
KEMENANGAN UNTUK KEMBALIKAN CARA HIDUP ISLAM!!

7 SYAWAL 3 HIJRAH itu…

di daerah UHUD itu Saiyidina HAMZAH, sang SINGA ALLAH – gugur syahid!

di daerah UHUD itu BAGINDA RASUL di HENTAK hingga PATAH GIGINYA..

di daerah UHUD itu BAGINDA RASUL di PUKUL hingga BERDARAH KEPALANYA..

di daerah UHUD itu BAGINDA MENANGIS TERESAK-ESAK…

di daerah UHUD itu, usai musuh pergi meninggalkan medan, RASULULLAH MEMUJI ALLAH DAN BERDOA…

[Al-Imam Ahmad meriwayatkan mengenai keadaan selepas tentera musyrikin selesai pulang ke Makkah di mana Rasulullah bersabda dengan katanya: Ayuh berbaris lurus kamu sekalian yang ada, supaya ku memuji Tuhan Azawajjala, maka dengan itu sekalian mereka pun berbaris di belakang baginda dengan sabdanya…]

“Ya Allah ya Tuhanku bagimu jua segala puji-pujian,Ya Tuhanku tiada penghalang bagi apa yang Engkau berikan dan tiada pemberi bagi apa yang Engkau pegangkan, tiada petunjuk bagi orang yang Engkau sesatkan dan tiada penyesat bagi orang yang Kau hidayatkan, tiada pemberi barang sesuatu yang Engkau sekatkan dan tiada penyekat barang sesuatu yang Engkau berikan, tiada siapa dapat mendekatkan sesuatu yang Engkau jauhkan dan tiada siapa pun dapat menjauhkan sesuatu yang Engkau dekatkan.Ya Tuhanku tebarkanlah ke atas kami barakah Mu, rahmat Mu, kelebihan Mu dan rezeki Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon nikmat yang berkekalan yang tidak terhalang dan tidak hilang.Ya Tuhanku, Sesungguhnya daku memohon bantuan di hari kesuntukan, keamanan di hari menakutkan , ya Tuhanku sesungguhnya daku berlindung dengan Dikau dari kejahatan yang ada pada yang Kau berikan kami dan kejahatan yang ada pada apa yang Kau halang pemberiannya kepada kami.Ya Tuhanku perkenankanlah kecintaan iman itu kepada kami serta hiasilah di persada hati nubari kami, hidupkanlah kebencian terhadap kafir, fasiq dan pendurhakaan di dada kami, jadilah kami dari mereka yang terpimpin.

Ya Tuhan kami matikanlah kami sebagai muslim serta hidupkan kami sebagai muslim, letakkanlah kami bersama mereka yang solih tanpa sebarang kehinaan atau terfitnah.Ya Allah ya Tuhanku, hancurkanlah golongan kafir yang mendusta utusanMu, menghalang di jalanMu, humbankan ke atas mereka kemurkaanMu dan siksaanMu. Ya Tuhanku hancurkanlah golongan kafir yang sebelum ini telah diturunkan kepada mereka kitab lalu mereka mendustakannya. Ya Allah ya Tuhanku yang sebenar, perkenankanlah”.

 

lewat hari itu… saat menjelang 8 SYAWAL itu..

Rasulullah s.a.w telah sampai ke MADINAH.

Sesampainya ke rumah, Baginda menyerahkan PEDANGNYA kepada anaknya Fatimah dengan sabdanya:

“Cucikan darah-darah dari pedang ini, demi ALLAH, ianya telah membenarkan kerja-kerjaku.”

 

Malam ini AHAD 8 SYAWAL…

 

syawal
KISAH INI adalah SEBAHAGIAN DARI PERISTIWA UHUD yang BERLAKU pada TANGGAL 7 (atau 11) SYAWAL tahun 3 HIJRAH.

RASUL MENANGIS TERESAK-ESAK awal Syawal itu… begitu juga sahabat-sahabat. Satu persatu korban SYAHID diuruskan. Jenazah disolatkan.

Pihak musuh YANG MENANG telah pergi tinggalkan MEDAN UHUD. Amat LANGKA, kerana kebiasaannya yang menanglah akan tunggu kerana MENGUMPULKAN RAMPASAN & TAWA
NAN. Lain benar laku “MENANG” Quraisy kali ini..

Miski ‘TEWAS’.. namun MUSLIM lagaknya MENANG. Masih di medan menguruskan mereka yang terkorban.. penuh IMAN.

SYAWAL itu penuh TANGISAN, hatta ‘JABAL UHUD’ sendiripun MENUNTUT HAQNYA dan menangis. Lalu, 70 SYAHID disimpan di kaki JABAL UHUD.

Usai menyelenggarakan pengkebumian para syuhada serta berdoa restu kepada Allah, RASUL dan muslim bergerak pulang ke Madinah…

letih & sedih.

Setiba di pinggir KOTA MADINAH.. ramai yang sudah menanti dengan penuh kecintaan dan ketulusan hati nubari.

ADA BERITA YANG DINANTI…

RASUL memberhentikan LANGKAH setiap kali bertemu dengan WARIS syuhada di UHUD bagi MENYAMPAIKAN SENDIRI berita SYAHIDNYA keluarga mereka itu.

Seorang IBU yang suami dan saudaranya telah syahid berteriak.. “Apa yang berlaku ke atas diri Rasulullah??”

jawab hadirin: “Wahai ibu, Baginda baik, Alhamdulillah”

Kata IBU itu lagi “Tunjukkan aku diri Rasulullah, hingga dapat ku pastikan kebenarannya”, maka RASUL tampil.. lalu kata wanita itu: “Keselamatan diri Rasulullah menjadikan segala yang lain kecil sahaja”.

Itulah IBU Saad bin Muaz.

Lantas Rasulullah berdoa:

“Ya Allah Ya Tuhanku! Hilangkanlah duka nestapa dari hati-hati mereka, perbaikilah musibah dan kesusahan mereka, dan jadikanlah yang tertinggal sebagai keluarga terbaik bagi mereka yang telah pergi.”

MALAM Ahad 8 SYAWAL tahun 3 Hijrah itu MALAM YANG SULIT.

Ada RESAH dijiwa RASULULLAH dan penduduk Madinah. Bukan PENAT yang dikesahkan..

SELURUH MUSLIMIN BERJAGA-JAGA.. kawalan dibuat di setiap penjuru Madinah dan pintu masuknya, mengawal dan menjaga keselamatan pemimpin agung – baginda Rasulullah khasnya.

Ada CURIGA… seperti ada beberapa perkara yang tidak kena dengan suasana Madinah pada malam SYAWAL itu.

Di rumahnya, Baginda Rasulullah sangsi dengan sikap Quraisy AWAL-AWAL berlalu meninggalkan medan peperangan di Uhud sedangkan mereka beroleh kemenangan. Rasul GUSAR mungkin dalam perjalanan pulang ke MEKAH, mereka bernekad MAHU BERPATAH-BALIK dan menyerang MADINAH.

Lalu, RASUL TERFIKIR untuk melakukan “OPS BURU” terhadap tentera Quraisy tersebut.

RASUL MAHU KELUAR BERPERANG SEKALI LAGI…!!!

Ahli SIRAH & PERANG menyebut dalam satu kata sepakat:

SIANG AHAD – 8 SYAWAL 3 HIJRAH – Rasulullah MENYERU & MEMERINTAH muslimin untuk KEMBALI KE MEDAN PERANG.

Sabda Baginda:

“Tidak akan menyertai kita di hari ini kecuali mereka yang menyertai peperangan Uhud kelmarin.

LELAH SEMALAM BELUM TERAWAT.. LUKA SEMALAM MASIH BERDARAH.. SEDIH SEMALAM BELUMPUN BERLALU…

MUSLIM SIAP UNTUK BERJUANG LAGI!!!

8 SYAWAL itu…

RASUL BERSAMA sekitar 230 muslim yang lain.. KEMBALI BERAKSI!! Biarpun semalamnya KALAH.. kini, BANGKIT untuk MEMBURU YANG MENANG – “OPS BURU” bermula…
Rasulullah bergerak bersama tentera Islam, hingga tiba ke tempat bernama SAHRA’ al-ASAD, sekitar 8 batu dari kota Madinah, di situ mereka berkhemah.

CURIGA dan GUSAR RASUL ternyata BENAR. Nun di suatu kawasan bernama Al-RUHA, sekitar 36 batu dari Madinah.. TENTERA QURAISY BERGOLAK.. laksana TERSEDAR dari LAMUNAN, lalu mula kecam mengecam di antara kabilah mereka dengan provokasi; “Sebenarnya kamu tidak melakukan sesuatu apa pun, walaupun dapat pecahkan kekuatan muslim, kemudian kamu biarkan begitu sahaja, kepala-kepala mereka masih hidup dan dapat bersatu semula, ayuh kita patah balik semula untuk memerangi mereka hingga ke akar umbi!!!”.

MAJORITI TENTERA QURAISY tiba-tiba SETUJU untuk berpatah balik dan MENYERANG Madinah.

KETUA PERANG Abu Sufian MENGEPALAI gerakan. Dalam perjalanan mereka bertemu Perisik mereka, Ma’bad bin Abi Ma’bad al-Khuzaei (yang tidak diketahui tentang kelslamannya). Abu Sufian bertanya:“Ada apa-apa yang tidak baik?”

Ma’bab (yang BARU SAHAJA MUSLIM) BERNAS mengatur SERANGAN SAIKOLOGI melalui jawabnya : “Sebenarnya Muhammad keluar bersama-sama sahabatnya, memburu kamu dalam satu KUMPULAN yang belum pernah ku lihat lagi seperti itu, kelihatan perasaan mereka meluap-luap untuk menuntut bela!! Ia KUMPULAN yang tidak bersamanya di dalam peperangan Uhud kelmarin, seolah-olah mereka ini ingin MENEBUS KETIDAK-HADIRAN mereka kelmarin”

Abu Syfian lagaknya SANGSI…

Ma’bad menambah ‘serangan saraf’: “Jika tidak percaya, kamu boleh maju sedikit ke hadapan ke arah Madinah DAN kamu akan melihat SEBAHAGIAN dari KUMPULAN PENINJAU MUSLIMIN di sebalik bukit itu”

Kata Abu Sufian: “Kami sudah sebulat suara untuk membuat serangan mengejut untuk menghapus mereka sama sekali!!”

Jawab Ma’bad: “Aku menasihati kamu, jangan bertindak BODOH!!”

Saat itu, ATAS KUASA ALLAH – semangat juang tentera musyrikin mulai runtuh, malah mereka sudah mula dalam ketakutan. Mereka rasa sebaik-baik jalan ialah BERUNDUR KE MEKKAH.

Abu Sufian TETAP BERDEGIL…

Ditiupnya semangat juang di kalangan tentera, menyeru mereka TETAP MENYERANG MADINAH.

Abu Sufian MENGIRIM utusan Abu Abd al-Qais – ketua kabilah peniaga yang kebetulan lalu di situ mahu ke Madinah; “Kamu sampaikan kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya bahawa kami telah membuat keputusan untuk menyerang mereka, hingga dapat kami MENGHAPUSKANNYA dan pengikut-pengikutnya”.

Tatkala Abu Abd al-Qais menyampaikan utusan itu kepada RASUL, Allah berfirman:

“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

“Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. ”

“Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. “

Surah Ali’Imraan 3: ayat 173 – 175

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

RASUL TAHU APA YANG LAIN TIDAK TAHU..

ALLAH BERSAMA MUKMIN DI HAMRA’ AL-ASAD!!!

Rasulullah bersama tentera Islam berkhemah 3 malam di Hamra’ al-Asad…

SYAWAL tanggal 9, 10 dan 11 Syawal tahun 3 Hijrah itu… MEREKA TEGUH DI MEDAN HAMRA’ AL-ASAD.. Menanti MUSUH yang ‘TIDAK BERANI’ menyerang kembali!!

KISAH UHUD BERAKHIR DENGAN PENUH MARUAH!! PENUH DAULAH!!!

ALLAHUAKHBAR…!!

 

Menjelang 31 OGOS 2012… Ulangtahun MERDEKA ke 55!!

syawal
Awal tahun lalu, 01 JANUARI 2012 – Saat tengah malam 31122011 itu.. AMBANG TAHUN BARU – Langit MALAM itu adalah LANGIT 05 SAFAR 1433H.

05 SAFAR adalah TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA!!

AWAL TAHUN 2012 …. MERDEKA!!

SEBULAN YANG LALU…

Tatkala MINGGU ke 2 bulan RAMADHAN – BULAN PURNAMA RAMADHAN menghiasi LANGIT DUNIA.

MALAM itu.. malam 13 RAMADHAN – BULAN PENUH – malam itu MALAM 01 OGOS 2012.. HARI AWAL di BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA (ogos)!!

BULAN MENGAMBANG PENUH – di AWAL BULAN OGOS!!

MALAM INI.. malam 13 SYAWAL – MALAM AKHIR BULAN KEMERDEKAAN yang juga merupakan TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA iaitu 31hb OGOS!!

Malam ini BULAN sekali lagi MENGAMBANG PENUH!!

YA!! Bulan KEMBALI BULAT & PENUH dalam tempoh SEBULAN iaitu AWAL OGOS 2012 dan AKHIR OGOS 2012!!

2 BULAN PURNAMA PENUH dalam SATU BULAN!!

Bukankah itu LANGKA!!

Dan ianya BERLAKU PADA 2 bulan-bulan MULIA ISLAM iaitu RAMADHAN & SYAWAL!!

Ya!! Bulan PURNAMA RAMADHAN & PURNAMA SYAWAL – keduanya berlaku dalam BULAN OGOS 2012 @ BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA!!

dan TAHUN ini ia adalah KEMERDEKAAN ke 55!!

Angka 5 BERULANG 2 KALI!!

BUkankah angka 5 itu ANGKA YANG DI TENGAH-TENGAH sedari 1 (AWAL) hingga 9 (AKHIR)??

Bukankah DI TENGAH-TENGAH (NISFU) bulan kalendar Islam – SANG BULAN akan PURNAMA PENUH – BULAT & BERCAHAYA TERANG!

Bukankah 5 itu LAKSANA posisi TENGAH yang ADIL, SELAMAT, PENUH, TERANG, INDAH dan sebagainya yang dikiaskan oleh sang bulan di langit dunia??

lalu…

HARI INI.. kita menyaksikan PURNAMA KE 2 (berulang) dalam SATU BULAN TAQWIM MASIHI – dan BULAN ITU ADALAH BULAN OGOS iaitu BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA!!

MALAH.. bukankah angka LAPAN itu ada 2 BULATAN – seolah 2 BULAN yang disatukan…

o (di atas)
o (di bawah)

bertemu @ bersatu menjadi..

8

fikirkan….

……………………………………….

FENOMENA 2 PURNAMA dalam SATU BULAN itu bukan kisah BIASA! Bukan setiap bulan (kalendar) ada 2 BULAN PURNAMA.

FENOMENA ini dinamakan “BULAN BIRU”!!

FENOMENA “BULAN BIRU” (blue moon) – Bulan biru bukanlah menunjukkan keadaan bulan yang berwarna biru tetapi istilah ini diberikan bagi bulan purnama yang jarang berlaku yakni ‘masa kemunculannya’ dalam sesuatu masa.

Kebanyakan tahun akan mempunyai dua belas kali fenomena bulan penuh @ purnama yang berlaku lebih kurang sekali sebulan.

1 bulan 1 purnama – itulah LAZIMNYA!

Namun kita maklum bahawa terdapat berbezaan jumlah hari bagi kalendar masihi (365 hari) dan kalendar lunar (354 hari), iaitu bagi setiap tahun kalendar Masihi terdapat 12 kitaran bulan dan lebih 11 hari. Apabila hari yang lebih itu dikumpul, maka setiap dua atau tiga tahun sekali akan mempunyai tambahan bulan mengambang (setiap 2.72 tahun) dan keadaan ini dinamakan “BULAN BIRU”.

Terdapat banyak TAFSIRAN yang berbeza tentang BULAN BIRU. Dan ada 3 TAFSIRAN yang UTAMA iaitu:

1. Dalam separuh kedua abad ke 20, takrifan biasa bagi bulan biru merupakan bulan purnama yang kedua muncul dalam tempoh sebulan iaitu 30 hari.

2. Dahulunya, golongan petani mentakrifkan bulan biru sebagai bulan penuh @ purnama tambahan yang muncul dalam satu MUSIM (setahun ada 4 musim). Satu musim ditakrifkan sebagai tiga bulan purnama. Jika musim itu mempunyai empat bulan purnama, maka bulan purnama yang ketiga dinamakan bulan biru.

3. Pendapat yang mengatakan bulan purnama yang ke 13 muncul dalam satu tahun kalendar masihi.

LALU, dari tafsiran-tafsiran ini..

APA YANG BERLAKU DI BULAN OGOS TAHUN 2012 INI ADALAH:

Bulan OGOS 2012 ini dimulai dengan PURNAMA BULAN KALI KE 8 iaitu PURNAMA RAMADHAN. Dalam tempoh 30 HARI.. bulan yang PURNAMA itu menyusut dan berakhir. Bulan BARU pun muncul – ANAK BULAN @ HILAL SYAWAL menjelma. Peredaran dari satu tahap ke tahap seterusnya iaitu dari SABIT ke SEPARUH lalu kini kian PENUH semula.

LALU… 31 OGOS ini (malam ini dan esok) bulan SEKALI LAGI PURNAMA!! Dan ianya MASIH DALAM SATU BULAN KALENDAR MASIHI iaitu OGOS!

KERANA ITULAH ianya dinamai ‘BULAN BIRU’!!

OGOS – BULAN BIRU!!

maha suci ALLAH meletakkan ATURAN MAHA HEBAT ini untuk MUSLIM MALAYSIA nikmati dan HARGAI!!

BUKANKAH ia PETUNJUK ALLAH!! Namun, jika kita tak ambil PEDULI akan ATURAN ALAM (falaq) ini.. maka ianya PETUNJUK YANG SIA-SIA!

55 (angka berulang sama) dengan PETUNJUK SURAH AR-RAHMAN yang padanya ada 31 KALI ayat yang SAMA BERULANG-ULANG!!

55 TAHUN MERDEKA.. 31hb OGOS.. semua itu ‘KISAH untuk KITA’!! Kisah UNTUK MUSLIM MALAYSIA khasnya!! Agar kita mendapat GAMBARAN dan TERUS MEMBERI PERINGATAN!!

Malah..

ALLAH MAHA PEMURAH.. hadiahkan ANTARA 2 PURNAMA ITU dengan HADIAH BESAR untuk MUSLIM MALAYSIA HAYATI!!

ANTARA 2 PURNAMA di bulan KEMERDEKAAN MALAYSIA ini – ALLAH anugerahkan…

EIDUL FITRI!!

[KEMBALI ke FITRAH DIRI]

SEPANJANG 55 TAHUN MERDEKA… ini adalah KALI PERTAMA 31 OGOS TEPAT PADA BULAN PURNAMA SYAWAL – BULAN EID FITRI!!!

sekadar BERKONGSI KISAH.. tahun 2011 ALLAH telah beri KEAJAIBAN untuk kita FIKIRKAN.

TAHUN 2011 @ 1432H merupakan TAHUN KE 55 kemerdekaan MALAYSIA bersandarkan TAQWIM HIJRIAH!! Lalu, pada tahun 1432H itu – EIDUL FITRI – sebagai HARI AGUNG umat ISLAM, ALLAH letakkannya TEPAT dengan HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA iaitu 31 OGOS 2011!!

SEJAK 54 TAHUN MERDEKA.. ITULAH kali PERTAMA – HARI KEMERDEKAAN bertindih RAPAT dengan EIDUL FITRI!!!

Jika kita RASA ia BIASA…

KETAHUILAH…

Kisah sebegini (untuk tepat 31 OGOS = 01 atau 02 SYAWAL) HANYA berlaku 163 TAHUN LALU (kita belumpun MERDEKA) dan akan berulang sekitar 67 tahun lagi!! (kita belum tentu masih HIDUP)

YA!!

Ia LANGKA!! Jarang BERLAKU!!

2011 – 31 OGOS – MERDEKA & EIDUL FITRI di sambut BERSAMA!!

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP!!

2012 – 31 OGOS – MERDEKA & EIDUL FITRI – MASIH di sambut BERSAMA dan KALI ini SAAT “BULAN BIRU” SYAWAL!!

Adakah ia KEBETULAN YANG BIASA??!!

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP!!

semoga ada sesuatu untuk kita semua… semoga EIDUL FITRI ini menjadi ISTIMEWA kerana HIKMAH YANG TERSIRAT amatlah ISTIMEWA!!

MESEJ dariNya berterusan..

LIHATLAH PESAN-PESAN dari ALAM…

“NIKMAT MANAKAH YANG MAHU KAU DUSTAKAN??”

 

Re-posting article: Nota RAMADHAN IV

Nota RAMADHAN THD 21

ramadhan
MERDEKA adalah KEBEBASAN.. atau BEBAS. Perkataan MERDEKA dikatakan berasal dari BAHASA SANSKRET – “MAHARDDHIKA” yang membawa maksud ‘KAYA, MAKMUR dan BERKUASA’. Bagi Kepualauan Melayu, terma ini merujuk kepada BEBAS DARI DIJAJAH (diperhambakan). Lalu, suatu masa dahulu; kata MERDEKA adalah merujuk kepada BEBASNYA NEGARA DARI JAJAHAN pihak INGGERIS.

54 TAHUN BERLALU.. TERMA INI SUDAH JAUH BEREVOLUSI. Merdeka hari ini bukan lagi BEBAS DARI JAJAHAN kerana sesungguhnya secara ZAHIRNYA kita telah lama BEBAS dari diperintah atau dijajah. Merdeka hari ini adalah VERSI MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG ‘KAYA, MAKMUR dan BERKUASA’ sebagaimana maksud asal kata ‘maharddhika’ itu sendiri. Ia adalah sebuah PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.. ia adalah MISI YANG BERTERUSAN dalam MEMBANGGUNKAN MODAL INSAN. Ia adalah PERJUANGAN “1 MALAYSIA menjana TRANSFORMASI”.

TRANSFORMASI bererti BERUBAH. Menjana Transformasi bermaksud MENJANA PERUBAHAN untuk tujuan perkembangan. Ia tema yang dilaungkan.. ia tema yang dicanangkan. Ia tema yang didoakan agar seluruh rakyat ‘hadir’ menjana perubahan untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik iaitu yang ‘kaya, makmur dan berkuasa’.

PENJANAAN hanya akan terhasil andai setiap SATUnya menggerakkan usaha (jihad) ke arahnya. Dan USAHA AWAL ITU adalah HIJRAH DIRI (perubahan diri ke arah insan yang lebih bagik). Malah Hijrah amat dituntut;

seperti firman Allah dalam surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar.”

Sejarah membuktikan, MELALUI HIJRAH-lah ISLAM BERTRANSFORMASI. Dan peristiwa itu adalah ARAHAN ALLAH buat Rasul yang Rasul tanpa KOMPROMI MELAKSANAKANNYA. Ia bukan TEMA.. ia bukan PALUAN atau RAYUAN pihak pemerintah.. IA ADALAH PERINTAH ALLAH!!!. Demi melihat sebuah TRANSFORMASI BERLAKU, Allah SWT memerintahkan baginda Rasullullah dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”

HIJRAH DIRI bukan hanya untuk mereka yang berjaya. Ia bukan PILIHAN, siapa yang nak buat – dia buat. IA ADALAH WAJIB untuk semua!! Kerana ada hijrahlah manusia membina tamadun. Kerana ada hijrahlah, manusia berenovasi dan evolusi. Kerana hijrahlah, manusia semakin mahir dengan ilmu kehidupan. Lalu hijrahlah untuk MERDEKA iaitu ‘KAYA, MAKMUR dan BERKUASA’. Ia untuk MARTABAT DIRI di BUMI BERTUAH ini.

Ramadhan MASA UNTUK TRANSFORMASI HIJRAH DIRI. Ramadhan mengizinkan “HIJRATUL QALBI” berlangsung pada ALAM DIRI setiap dari kita. Ini kerana ibadah PUASA merupakan ritual INDIVIDUAL yang dikerjakan secara JEMAAH (beramai-ramai) secara SERAGAM dengan NIAT & AMAL (kaedah) yang sama secara tempoh MASA, HARI hingga BULANNYA di seluruh dunia. Ia adalah PENJANAAN ENERGI (KUASA) SECARA BERJEMAAH yang LUAR BIASA untuk MEMBEBASKAN DIRI (setiap individualnya) dari PENGHAMBAAN OLEH KUASA NAFSU & KUASA SYAITAN. Ramadhan dengan ritual PUASA, SOLAT, TADARUS dan SEBAGAINYA mengizinkan diri untuk HIJRAH bagi berevolusi dan MENJANAKAN TRANSFORMASI.

Lalu, 10 HARI LAGI, sambutan HARI KEMERDEKAAN ke 54 ini sebenarnya MENDAPAT RAHMAT kerana ditakdirkan jatuh di HUJUNG Ramadhan & AWAL SYAWAL. Kini, kita di ambang MERDEKA.. sekarang kita berada di malam-malam 10 terakhir Ramadhan…

Jika tidak kerana SEMANGAT 1 MALAYSIA pun, ENERGI TRANSFORMASI itu tetap TERJANA kerana HIKMAH Ramadhan.. LALU, MENGAPA TIDAK KESEMPATAN INI DIGUNAKAN JUGA UNTUK VISI 1 MALAYSIA SEBAGAI BUMI YANG DIPIJAK.

Nota RAMADHAN THD 22

ramadhan
Mencari Esensi Ramadhan

Allah memerintahkan kita untuk berpuasa dan menyebut: “la allakum tattaqun” (agar kamu bertaqwa). Lalu dapat difahami bahawa antara tujuan puasa adalah melatih diri untuk bertaqwa. Taqwa adalah “himpunan dari segala macam kebaikan”.. Ilmu itu taqwa, sabar itu taqwa, sedekah itu taqwa dan sebagainya lagi…Ringkasnya, segala amal menuju kebaikan itu adalah taqwa.

Puasa ibarat MENENUN PAKAIAN TAQWA, Eidul Fitri hari untuk ‘memakai’ pakaian taqwa ini.

Lalu, puasa yang dilakukan dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang dilarang padanya bertujuan untuk MENJANA & MENGHIMPUN KEBAIKAN DALAM ALAM DIRI (makna kata taqwa tadi) seperti yang disebut di dalam Al Quran “diwajibkan kepada kamu berpuasa supaya kamu bertakwa”.

Rasulullah bersabda, Allah berfirman yang bermaksud;

“Puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi ganjaranNya.”

Ada ulama berpendapat dan menafsirkan bahawa yang dimaksudkan ‘Aku yang memberi ganjaranNya’ adalah hanya Allah yang akan MENILAI AMALAN PUASA seseorang kerana puasa itu adalah rahsia antara yang berpuasa dengan Allah, maka itu sebabnya Allah berfirman: “puasa untukKu”. Kata ‘untukKu’ merupakan sebuah kata yang tinggi martabatnya serta dalam maknanya hingga ia ditafsirkan sebagai ‘rahsiaKu’ iaitu hanya Allah yang tahu esensinya puasa itu. Maka puasa itu mengandungi HIKMAH yang amat besar dan tak mampu terfikir oleh insan hikmahnya (ganjarannya).

Hatta tingginya HIKMAH yang tersembunyi di bulan Ramadhan, adalah sangat-sangat merugikan seandainya kita tidak mahu mencari dan menghampiri esensinya.

Di bulan inilah tempatnya kita meminta syurga, dan di bulan ini pula tempatnya kita meminta agar dijauhkan dari neraka.

Ramadhan ke 22 menandakan TEMPOH HIKMAH ini kian menuju akhirnya. Tempoh untuk TEMPUH JALAN TAQWA semakin habis. Bulan yang PINTU-PINTU KEBAIKAN (syurga) TERBUKA LUAS semakin tiba ke hujungnya. Pintu yang terbuka ini seumpama kita MENERIMA JEMPUTAN KE RUMAH-NYA. Bukan JEMPUTAN BIASA.. kerana PINTU-PINTU RUMAH-NYA TELAH DIBUKAKAN UNTUK MENERIMA KEHADIRAN KITA. Tidak perlu diketuk-ketuk.. tidak perlu menunggu-nunggu.. tidak perlu merayu keizinan mohon diterima masuk ke dalamnya.

Ramadhan BULAN MEMBINA TAQWA, dan Taqwa pula bukan hanya solat, zakat atau puasa (tahan makan-minum sahaja).. TAQWA adalah HIMPUNAN KEBAIKAN yang dapat dijana dari pelbagai amal baik. Tatkala diri istiqamah ber’shaum’, iaitu MENAHAN DIRI dari segala LARANGAN-NYA yang bersifat NAFSU SYAWAT atau NAFSU HAIWAN, serta MENAHAN DIRI dari SIFAT MAZMUMAH yang memalas dan mengalpakan.. DIRI ITU SEDANG MEMBINA TAQWAnya.

Tatkala diri itu istiqamah MENCARI SYAFAAH & HIDAYAHNYA melalui keikhlasannya MENJANAKAN aktiviti membaca/menuntut ilmu Allah, membantu mereka yang susah, memberikan senyuman dengan penuh murah (kerap), memperbanyakkan sedekah jariah, menonton rancangan TV yang berfaedah dan berilmiah, memakmurkan majlis tilawah atau tadarus, memasak dengan kasih untuk keluarga, memudahkan laluan mereka yang tua dan 1001 perkara kebaikan lain yang mampu dilakukannya. .. DIRI ITU SEDANG MENJANA TAQWAnya.

Itulah ESENSI RAMADHAN..

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Banyak orang yang puasa, tetapi tidak mencapai esensinya, melainkan hanya lapar dan haus.”

Ramadhan bukan hanya menahan makan-minum.. Ramadhan adalah BULAN KENDALIKAN DIRI SERTA MENGHIASINYA DENGAN SINAR KETAQWAAN. Itulah esensinya Ramadhan… Ayuh kita cari dan gali yang ‘inti’.. ITULAH ESEN DIRI YANG SEJATI!!

Nota RAMADHAN THD 23

ramadhan
Pada 22 Ogos, malam ke-23 Ramadhan, Bulan berdekatan dengan gugusan bintang tujuh beradik atau Plaeides di langit timur.Gugusan Plaeides ialah kumpulan gugusan bintang terbuka dikenali juga sebagai objek Messier 45 yang terletak dalam buruj Taurus. Mereka boleh dilihat dengan mata kasar pada jam 03.30 pagi dan kelihatan seperti kelompok bintang yang halus dan rapat antarasatu sama lain. Gugusan bintang ini di kelilingi oleh nebula pembalikan yang kelihatan KEBIRUAN.Nebula pembalikan ini terdiri dari debu-debu yang menyerakkan cahaya dari bintang yang berdekatan. Proses penyerakan cahaya dari bintang itu menghasil warna BIRU. Proses yang sama berlaku apabila cahaya Matahari diserakkan oleh atmosfera menyebabkan langit berwarna BIRU.

Gugusan Plaeides @ Sevens Sisters juga dikenali dengan kod M45. BINTANG TUJUH BERADIK ini sebenarnya adalah sebuah gugusan bintang yang terdiri daripada tidak kurang daripada 100 bintang. Gugusan bintang ini adalah gugusan yang tercerah dan ianya boleh dilihat dengan mata kasar, malah kelihatan ada 7 bintang yang menyerlah seolah-olah 7 SEKAWAN atau BERADIK!

Bagi yang mahu MELIHATNYA, ia terletak disebelah utara buruj Belantik. bersebelahan bintang Aldebaran, iaitu bintang besar berwarna oren.

PADA 23 RAMADHAN @ 23 OGOS WAKTU IMSAK atau MENJELANG SUBUH – Planet Neptune mula memasuki POSISI untuk menjadikan FENOMENA ‘NEPTUNE OPPOSITION’. Si PLANET BIRU ini akan berada paling hampir dengan Bumi dengan jarak minima 29.1 AU (Astronomyical Units; 1 AU = 150 million km).

KEDUA-DUA FENOMENA – iaitu BINTANG 7 BERADIK (yang kebiruan) dan PLANET NEPTUNE (planet BIRU) berlaku HARI INI 23 OGOS!! Dan ianya adalah MALAM 10 AKHIR RAMADHAN!! Malam, TERSEMBUNYINYA ‘MALAM 1000 BULAN’!!!

Tidakkah kita perhatikan ‘PESAN’ yang berulang-ulang sepanjang tahun 1432H ini..??! Kisah 1432H yang dimulakan dengan PURNAMA MUHARRAM – GERHANA BIRU dan SOLSTIS; seolah ada PESANAN TENTANG ‘KISAH BIRU’ di atas. Juga petunjuk lain yang BERTINDIH SAMA 2 FENOMENA BESAR seperti Kisah ISTIWA ‘AZAM dan NISFU SYAABAN dan sebagainya lagi..

Hari ini Ramadhan ke 23… semoga LILIN IMAN tetap mahu dan mampu menyala miskipun ujian saban hari kian keras. Diri akur dengan rencanaNya kerana pasti DIA yang Maha Merencana… pun diri masih pasrah akan segala perencanaan.

“Tuhan.. 22 hari bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan rahmatMu telah pun berlalu, sungguh.. terasa amat pantas sekali… dan SESUNGGUHNYA begitu banyak yang aku sia-siakan.Lalu, Tuhan… apalagi yang aku boleh harapkan melainkan belas kasihanMu juga maghfirahMu! KAU kasihanilah aku dengan taufikMu untuk aku menghadapi hari-hari akhir Ramadhan ini andai aku terus diberi usia dariMu. KAU jadikanlah baki Ramadhan tahun ini detik-detik yang HADIR MAKNA buat alam diriku agar LILIN IMAN ini bisa terus nyala.. suburkan minda, ruh dan jasad ini dengan NUR-Mu hingga aku gagah meneruskan fikir dan zikirku, ibadahku, syukurku, taubatku dan segalanya semata-mata untukMu dan dengan RahmatMu jua..Juga Tuhan.. Murahkan Rezekiku, agar mudah segala urusan duniaku. Limpahilah aku dengan kekayaan, sekayanya rahmat bulan Ramadhan ini. Sinarlah barakah ke atas rezekiku dengan cahaya malam agung LailatulQadr dan jadikanlah aku dikalangan hambaMu yang mensyukuri.. “

Nota RAMADHAN 24

ramadhan
Ramadan 1432H semakin berakhir dan diri ini menyaksikan ramai yang semakin menggiatkan ibadah. Ceramah dan Kuliyah juga memperkatakan tentang hikmahnya. Ramai tahu akan malam hikmah Lailatul Qadr… dan ramai yang meyakini pahala dari malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan @ 84 tahun usia! Sirah mengisahkan bahawa Rasulullah sawmengasingkan dirinya dari isteri-isterinya untuk beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah sambil diikuti oleh para sahabat yang lain.Firman Allah swt bermaksud;

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar”

(Al-Quran).

Pun, diri ini masih lelah..

Pesan Ustaz Zahiruddin (di petik dari blog beliau), bahawasanya di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَErtinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul

( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

—————–———————–———————————— —-

Pun diri ini masih bebal …

Sungguh, perjalanan hidup untuk mencari pencerahan penuh dugaan dan cabaran. Miskipun keras usaha dan ikhtiar, namun ia belum cukup… jauh belum cukup.

TERLALU BANYAK KEKURANGAN DIRI…

Menatap perjalan diri untuk bertemu denganNya.. hati terus menerus rasa takut. Lutut ini lemah.. tubuh ini longlai. Bicara ini bisu.. fikir ini tepu. Sungguh, jangankan bertemuNya.. bertemu ‘pintu’Nya pun tak jumpa.

“Sesungguhnya mereka yang tidak berharap untuk liqa’ (bertemu) dengan Kami, ridha dengan kehidupan dunia dan merasa tenteram dengannya, serta terhadap ayat-ayat Kami mereka lalai, tempat mereka adalah An-Naar kerana apa yang mereka kerjakan.”

(Yunus : 7 – 8)

Ramadhan semakin habis (habisslah aku…). Seorang ariff menafsir kata Sang Pujangga Sufi :

Bakar habis segala yang mengisi kepala dan perut
dengan menahan lapar, maka setiap saat
irama baru akan keluar dari api kelaparan yang nyala berkobar.
Ketika hijab habis terbakar, keperkasaan baru akan membuatmu melejit
berlari mendaki setiap anak tangga di depanmu yang digelar.

Jadilah kosong,
lalu merataplah
seperti indahnya ratapan bambu seruling yang ditiup pembuatnya.

Miskipun usaha ini masih kecil (kerana melihat istiqamahnya mereka yang lebih ‘besar’ usahanya).. diri ini terus pasrah agar kekuatan luar biasa terus hadir. Agar ‘mahu’ luar biasa terus hadir. Agar rasa insaf itu terus hadir. Agar RINDU itu tak padam.. kerana itulah ‘tujuan’ kehidupan, liqa’ (bertemu) -Nya. Diri terus cari cahaya itu.. Walaupun sikit.. walaupun sekumit.

Diri ini akur dan tahu.. Allah sendiri yang menjaga setitik cahaya kerinduan itu. Lalu, tatkala masih ada (diizinkan), diri harus menjaga cahaya itu dan syukur akannya. Diri harus usaha untuk buat atau mengerjakan apa yang Dia perintahkan untuk dijalankan, sebelum Dia mengambil kembali cahayaNya itu. Biarpun sikit, jadilah… asalkan jangan terus PADAM!.

RASA RINDU itu BENIH untuk ibadah. Kerana yang pasti pada dasarnya, ibadah tidak boleh dipaksa-paksa. Ia harus terhasil dari ‘gerak’ yang rela.. Ikhlas, Redha dan Pasrah!

Juga diri harus akur… :

Jika Dia mahu menarik diri mendekatiNya, maka ada dua cara iaitu diri ini akan liqa’ (bertemu @ mendekati) dengan sukarela, ATAU diri ini akan DIPAKSA atau DISERET-NYA dengan OMBAK TSUNAMI UJIAN atau DUGAAN HIDUP yang penuh kesulitan, kebingungan dan derita emosi dalaman. Lalu, dari ujian-ujian itu, timbullah kembali rasa MAHU KEAMPUNAN, KERAHMATAN dan HIDAYAH demi mencari jalan keluarnya.

Pun, jalan kedua ini amat payah dan sulit.. kerana UJIAN-UJIANNYA itu belum tentu akan MEMBUKA HIJAB HIKMAH DISEBALIKNYA (sebalik ujian tersebut) buat diri, yakni diri mungkin terKUNCI dengan ujian dan BUTA UNTUK MELIHAT HIKMAH disebalik ujian tersebut. Maka, diri akan bergelumang dengan ujian hingga SAKITNYA menyulitkan indera, anggota, minda dan jiwa. Juga, yang pasti.. belum tentu mudah bertemu jalan keluarnya (TANPA izinNya) hinggalah sang diri kembali ke hadzratNya memohon ‘jalan’ keluar.

Pilihan yang kedua ini – SULIT. Lalu, jika boleh.. biarlah diri ini liqa’ (bertemu) Dia melalui jalan mudah iaitu secara sukarela. Namun, mudah untuk sebut ‘sukarela’ namun payah sekali untuk jadi ‘SUKA’ dan ‘RELA’.

Ya Allah… hadirkanlah rasa ‘sukarela’ itu buat diri ini.. sungguh aku masih jauh untuk ‘suka’ beribadah, malah ‘rela’ memakmurkannya.. aku masih terlalu lemah.. lemah menyantunkan qalbuku, nafsuku, aqalku, zahirku untuk Mu. Kembalikanlah aku ke FITRAH ku..aku mahu EIDUL FITRI!!!

[Adapun kata arab ID atau AUD, berasal dari kata “‘Âda-Ya’ûdu-’îdan-wa-’audan” yang bermaksud KEMBALI. Manakala kata arab FITR berasal dari kata yang bermaksud FITRAH. Menurut bahasa Arab (berasal dari kata fathara) yang berarti “membuka” atau “menguak”. Makna fitrah sendiri bererti “keadaan yang suci”. Lalu, IDUL FITRI diertikan sebagai KEMBALI KEPADA FITRAH.]

6 hari menjelang EID.. diri belum benar-benar suci..

Ya Allah… MISKIPUN AKU, BELUM BENAR-BENAR ‘SUKA’ & ‘RELA’.. aku REDHA, aku IKHLAS.. aku PASRAH…

SUKAKAN AKU…

RELAKAN AKU… YA ALLAH!

Nota RAMADHAN THD 25

ramadhan
Ramadhan terus menjanjikan keberkatannya. Insan yang asyik mencari dunia akan perolehi dunia manakala insan yang mencari REDHA ILLAHI akan ‘bertemu’ 1001 kerahmatan dalam berbagai ‘wajah’ dan ‘rupa’. Hari-hari akhir Ramadhan kita dipesan untuk tingkatkan amalan dan kebajikan. Perkayakan ibadah dalam pelbagai bentuk dan rupa agar TABUNGAN SIMPANAN KEBAIKAN kita sejak Syaaban yang lalu kian meningkat.Antara CARA MENABUNG yang mudah dan mendapat FAEDAH yang tinggi adalah MEMAKMURKAN IKATAN PERSAUDARAAN atau SILATURAHIM.

“Mereka yang beriman adalah bersaudara” – Al Hujurat: 10

Allah kata ‘mereka’ yakni kita. Allah kata “mereka yang beriman” yakni dikalangan kita yang memiliki kepercayaan melalui ilmu dan meyakini akannya, dalam konteks ‘iman’ kepercayaan ini adalah kepercayaan terhadap ALLAH dan agamaNya. Dan Allah kata “mereka yang beriman (itu adalah mereka-mereka yang) bersaudara”… lalu dalam kata lain.. Mereka yang tidak bersaudara iaitu menghormati dan menyayangi saudaranya ADALAH BUKAN ORANG BERIMAN.

Soalnya, adakah kita tahu dan kenal sesiapa yang tiada saudara? Dalam konteks yang paling asas pun, saudara itu bermaksud ‘yang serumpun atau serupa’.. lalu kalau kita sebangsa; kita menyebutnya ‘saudara sebangsa’.. jika kita senegara; ‘saudara senegara’ dan jika kita seagama; ‘saudara seagama’. Apatah lagi yang ada serumpun darah dan keturunan seperti adik, abang, kakak, makcik, pakcik dan sebagainya.

MAKANYA, tatkala kita mengetepikan IKATAN SILATURAHIM, KASIH SAYANG, sifat HORMAT-MENGHORMATI dan INGAT-MENGINGATI sesama saudara – WALAU APAPUN ALASAN YANG KITA BERI UNTUK KITA BERBUAT DEMIKIAN – kita SEDANG MERUNTUHKAN IMAN KITA SENDIRI HINGGA MENJADIKAN KITA DALAM KATEGORI : “BUKAN MEREKA YANG BERIMAN”. Bukankah kata-kata Allah itu RINGKAS dan JELAS!! Mengapa mahu menidakkannya semata-mata nak BERI ALASAN bila kita tak menjalankan ‘sifat bersaudara’ yang Allah tuntutkan itu??

Bukankah Ramadhan mengajar kita MEMPERKUATKAN IKATAN PERSAUDARAAN. Lihatlah apa hikmahnya makan sekeluarga ketika SAHUR dan IFTAR, solat terawikh berjemaah, membayar ZAKAT FITRAH, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

Malah tidakkah kita lihat ‘suasana’ BAZAR RAMADHAN, jualan HARI RAYA, majlis memasak dan menghadiahkan BUBUR LAMBOK, majlis IFTAR dengan RUMAH ANAK YATIM, rancangan KALAMULLAH di TV untuk tontonan sekeluarga dan sebagainya.. SEMUANYA INI ANTARA ‘SUASANA’ dan ‘AKTIVITI berkeluarga atau bersaudara!! Lalu, silaturahim semakin IMARAH dan MULIA sepanjang bulan

Ramadhan ini dan bakal berlarutan di EIDUL FITRI kelak iaitu solat Raya, ziarah pusara, ziarah sanak saudara, makan besar dan sebagainya lagi. SEMUANYA INI SEBUAH GERAKAN yang membina MOMENTUM UKHWAH PERSAUDARAAN!!

Semuanya kerana ALLAH MAHU KITA TERUS BERADA DALAM LABEL : “Mereka yang beriman adalah bersaudara” ..

Subhanallah… subhanallah… subhanallah…

Adakah WAJAR jika kita memahami hakikat ini TAPI kita masih lagi KERAS HATI nak perbaiki PERHUBUNGAN yang RETAK atau DINGIN atau KEKOK atau tema “kau – engkau dan aku – aku” atau apa juga statusnya yang TERKURUNG DALAM PETI AIS BEKU hingga WARNA PERSAUDARAAN itu pudar dan kelam??

Adakah WAJAR jika kita masih buat ‘DONNO’ dengan saudara-saudara yang ada di sekeliling kita yang masih daif mutu hidupnya sedangkan jika baru sahaja beli sepasang lagi kasut baru untuk hari raya??

Adakah WAJAR jika kita masih buat-buat TAK NAMPAK dengan KEKURANGAN akibat kemiskinan hidup yang mungkin dialami oleh sepupu kita, makcik sebelah emak kita, opah saudara sebelah ayah atau sesiapa sahaja dalam lingkungan ‘saudara’ kita – yang kesana-kemarinya masih menaiki bas sedangkan kita pulang beraya dengan ESTIMA – ATAU yang anak-anak mereka berpakaian raya 2 tahun lepas sedangkan kita baru sahaja melengkapkan koleksi 4 pasang persalinan di Eidul Fitri??

BERSAUDARAKAH KITA…??

Bukankah dulu ketika kita kecil, kita di ajar untuk berpakaian SAMA dan SERUPA dengan saudara-saudara kita? Jika temanya hijau, semuanya saudara berpakaian hijau.. dari kain dan fesyen yang sama cuma saiz yang berbeza. Lalu, hari ini apabila kita DEWASA, bila kita dah berkeluarga.. adik atau abang atau kakak kita juga sudah berkeluarga.. ‘tema serupa’ tak lagi kita teruskan dengan saudara kita ini MALAH kita tak rasa apa-apa bila melihat anak-anak saudara kita tak adapun pakaian raya!! Kini FORMULANYA kita ubah..

Inikah BERSAUDARA??

Rasul beritahu:

“.. jika seseorang itu memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi keperluannya; jika seseorang itu meringankan beban saudara muslimnya, Allah akan meringankan bebannya di hari pembalasan..”

(Sahih dari Al Bukhari dan Muslim)

Inilah TAWARAN ISTIMEWA yang Allah beri dan janji : “Allah akan meringankan bebannya di hari pembalasan”!!

ouch..ouchh..ouchh…

Mungkin kita harus lakukan sesuatu.. perbetulkan jika KIBLAT dan HALATUJU KAPAL KITA MULA SALAH. Kita masih diberi peluang.. PELUANG UNTUK BETUL!! Mengapa tidak kita cuba ‘melihat’ sekali lagi saudara-saudara yang kita ada dan kenal. “Lihat” betul-betul.. jika ada apa-apa yang boleh kita hulurkan agar kita ‘meringankan’ jika ianya ‘nampak berat’ pada saudara kita. Jika ada ruang-ruang kemesraan yang mula dingin, kita ‘suam’kan ia kembali. Jika ada yang KURANG-LEBIH tentang ISU LAMA.. ini masanya untuk TAK MENANG DAN TAK KALAH.. lalu bermesra kembali.!! Jika kita tak dapat nak memberi apa-apa sekalipun.. setidaknya kita BERDOA untuk saudara kita (juga kita hanya perlu tak terlalu berlebih yakni besederhana!!).

Rasul kata lagi:

“Doa secara sulit yang dipohon oleh seorang muslim untuk saudaranya akan dimakhbulkan. Ada Malaikat di sisinya setiap kali dia berdoa bagi saudaranya, yang berkata: amin, dan yang sama untukmu” – Muslim

Hadis ini membawa maksud yang sangat indah:

Bila kita berdoa untuk saudara kita miskipun secara sulit iaitu rahsia atau diam-diam tanpa pengetahuan saudara kita itu – Rasul cakap: TUHAN AKAN MAKHBULKAN. (Itu janji Tuhan.. RASUL TAK PERNAH DUSTA!!) Maka, untuk jadi “Mereka yang beriman adalah bersaudara” dan “seseorang itu memenuhi keperluan saudaranya” , kita hanya perlu BERDOA UNTUK SAUDARA KITA ITU DENGAN PASRAH dan BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Bila kita berdoa untuk saudara kita, MALAIKAT AMINKAN DOA ITU – sedangkan doa untuk diri sendiri belum tentu malaikat tolong aminkan. JUGA.. MALAIKAT AMINKAN PERMINTAAN (DOA) ITU UNTUK DIRI KITA JUGA – Maknanya ada 2 kali amin, seolah-olah – “satu untuk kau… satu untuk aku”

Terlalu banyak HIKMAH YANG HADIR DI BULAN RAMADHAN.. mengingatkan diri yang terlalu lalai dengan ‘dunia’ sendiri.. Saya harus terus berdoa dan berdoa.. (jom…)

“Ya Tuhanku.. miskipun aku belum sempat mendoakan untuk kesemua saudara-saudara ku satu persatu (alasann….), aku redha, aku ikhlas.. dan aku pasrah ya Allah..

Lalu, berkat hari-hari akhir Ramadhan ini ya Allah.. aku mohon KAU sejahterakan saudara-saudara ku,

KAU peruntukan kecukupan untuk mereka KERANA SESUNGGUHNYA KAULAH YANG MAHA CUKUP dan MENCUKUPKAN.

KAU kurniakanlah ke qalb mereka NUR MUHAMMAD, kekasihMU.. agar kelak cahaya ini menjadi PELITA menuju NUR-MU.

KAU limpahkan REZEKIMU YANG BARAKAH buat mereka agar mereka dapat meneruskan SEDEKAH & AMAL JARIAH mereka terhadap yang memerlukan.

Jika ada antara mereka ini JAUH DARI MU, mohon ya Allah kau dekatkan ia kembali (EIDULFITR) serta kau bangkitkan semula rindu asmaranya terhadapMU. Sesungguhnya KAU MAHA DEKAT.. KAU hampir pada setiap dari kami… BAWA KAMI DEKAT PADAMU YA ALLAH…

dan ya Allah.. saudara-saudaraku ini lebih memerlukannya dariku.. lalu jika boleh, KAU kurniakanlah ia kepadanya.

Jika ada dikalangan kami yang TERHIJAB untuk melihatMU dalam setiap sesuatu yang terbentang untuk kami di dunia ini… MOHON KAU CELIKKAN MATA HATI KAMI.. berikanlah ILMU YANG BERMANFAAT, ilmu yang membawa kami KE JALAN YANG LURUS dan MUDAH. Ringankan usaha dan ikhtiar kami..LIMPAHKAN KAMI CAHAYA ILMU ITU..

dan Ya Allah.. saudara-saudaraku ini lebih MAHU kerana aku lihat kepasrahannya saban waktu terhadap keperluannya itu.. lalu, tolonglah ya Allah, BERILAH CAHAYA ITU KEPADANYA.. dia layak dan bakal manfaatkannya, sedang aku miskipun mahu tapi masih dungu untuk mengimarahkannya.

Tuhanku Yang Maha Agung.. jika ada antara saudara-saudaraku yang sakit.. kau sembuhkanlah dia agar dia dapat terus berbakti kepada keluarganya..

Andai ada saudara-saudaraku yang berada dalam keretakan emosi dek perhubungannya dengan saudaranya sendiri atau keluarga atau temannya yang lain.. KAU lapangkanlah dadanya serta lupakanlah dia pada sengsaranya hingga dia kembali menjadi PENGHIBUR dikalnagan saudaranya, PENYELAMAT dikalangan keluarganya serta PENYERI dalam ikatan pertalian yang dibina olehnya dengan sesiapa jua.

Ya Allah.. jadikan EIDUL FITRI 1432H, sebuah TRANSFORMASI HIJRAH DIRI yang hebat pada ALAM DIRI (SPIRITUAL) saudara-saudaraku serta keluarga mereka serta handai taulan mereka yang lain. Jadikanlah ia sebuah PARAMETER BARU untuk KOMPAS KERUHANIANNYA menuju KEAKRABAN denganMU. Hingga transformasi ini menjadikannya insan kamil dan soleh.

Ya Allah… selamatkan perjalanan saudara-saudaraku. Selamatkanlah mereka tatkala mereka DI JALANRAYA sewaktu nak pulang berhari raya kelak. Selamatkanlah juga perjalanan kembali ke daerah mereka mencari rezekimu.. agar mereka terus boleh beribadah dan bersedekah dengan penuh kemerdekaan dan kesejahteraan.

Ya Allah.. andai tak terucap doaku ini sedangkan KAU tahu apa isi hatiku.. mohon KAU tetap dengarinya..

Jika doa ini yakni doa hambaMu yang fakir ini tak layak untuk di beri perkenan.. aku redha.. PUN aku terus memohon agar KAU TETAP MAHU MEMBERI PERKENAN KEPADA DOA-DOA SAUDARA-SAUDARAKU…

ammiin.. Ya Rabbala’lamiinn..”

Nota RAMADHAN THD 26

ramadhan
Ramadhan oh Ramadhan…Malam ini Ramadhan 27 pun berlabuh. 27 @ 2+7=9, Ramadhan adalah bulan ke 9 dan sehingga hari ini sudah 261 hari bagi kalendar Hijrah berlalu @ 261 = Gt-nya 9Tadi, tazkiroh Ustadz Hassan Din – Ramadhan itu BULAN KEAMPUNAN. Menjalani ibadah SYIAM & SHAUM itu sendiri laksana sedang MENJANAKAN PENYUCIAN atau proses pengampunan. Dan malam-malam 10 akhir Ramadhan adalah untuk MENJAUHKAN DIRI DARI API NERAKA.

Dlam satu tazkiroh lain, ustadz menyebut yang 10 malam-malam akhir Ramadhan adalah malam kemuncaknya. Terutama malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 & 29. Budaya lama menyambut 7 malam terakhir Ramadhan sebagai ‘malam 7 lekor dan salah satu darinya itu adalah Malam Lailatul Qadr.

Menurut Dr Hamka, Lailatul Qadar membawa dua maksud. Yang pertama bererti kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; manakala kedua ia bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

Jika dipakai erti kemuliaan ini maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira’. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya petunjuk Allah.

Jika diberi erti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid.

Dan penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam (Hamka, J. 10, hlm. 8068).

(petikan tazkiroh Datuk Dr Abdul Monir – IKIM)

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku. Banyak perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis mengenainya. Ramai ulama’ yang bersetuju ia berlaku di malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Maka kerana itulah kita digalakan supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat terutamanya menuju malam-malam akhirnya.

“Barangsiapa mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar, kerana iman dan mengharap pahala dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari (Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

An-Nasa’i menambahkan:

“Diampuni dosanya, baik yang telah lalu mahupun yang datang belakangan.”

Sebuah lagi hadis dari Rasul ada menyebut:

“Solat lima waktu, Jum’at sampai dengan Jum’at berikutnya dan Ramadhan sampai Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tersebut, selama dosa-dosa besar ditinggalkan.”
hadis dari Muslim.Ramadhan sungguh menginsafkan.. terlalu banyak yang harus diperbaiki dan diperelokkan.Terima kasih atas Rahmah ini Wahai DIA yang maha Agung. Miskipun mungkin sesekali aku tersasar dan sesat dalam pencarianku.. aku redha Ya Allah, kerana aku tahu kau sedang mengujiku dengan ujianMu..

[dan diri ini berdoa lagi… dan lagi…. ]

Ya Allah.. hindarkanlah aku dari menjadi hambaMu yang lalai dan tersasar..

Ya Allah.. hindarkanlah aku dari menghukum saudara-saudaraku dengan hanya menilai luaran mereka.. sedang aku tak tahu sejauh mana hubungan Kau dan mereka.. hindarkan aku dari berasa atau berkata yang bersifat menghukum ‘status’ amalan dan ibadah saudara-saudaraku semata-mata dengan penilaianku yang cetek.. hindarkanlah aku dari bersifat cuba menjadiMu iaiti menjadi HAKIM lalu menghukum saudara-saudaraku yang tidak bersalah.. MISKIPUN NIAT DAN HASRAT yang aku sandarkan (menurut akalku) adalah mahu menasihati mereka.

Ya Allah.. jika ada dikalanganku yang sedemikian sikapnya terhadapku.. mohon kau hindarkan aku dari mereka-mereka ini.. kerana aku tahu ya Allah.. ‘apa yang aku lihat, dengar dan tahu.. sebenarnya belumpun permulaan untuk apa yang sepatutnya aku tahu’.

Ya Allah Ya Rahmaan.. aku menunduk pasrah kepadaMu, memohon keinsafan yang kekal, kekuatan yang hebat serta semangat hijrah diri yang kental untuk aku laksanakan Transformasi Hijrah Diri lagi dan lagi.. mencapainya melalui syahadahku dan zikir “Wahai DIA” yang ku seru sebagai mentera untuk meminta perhatianmu. mencapainya melalui solat-solatku yang bersulamkan tasbih-tasbih menyeru kebesaranMu.. mencapainya melalui ibadah ‘fikir’ dan renunganku terhadap keindahan penciptaanMu yang ada pada diri dan alam.. mencapainya melalui kembara hajj alam diriku.. menghampiri ‘rumahMu’ yang menjadi kiblatku.. mencapainya dengan 1001 cara dan rasa yang kau gerakkan untukku.. sesungguhnya aku tahu.. Kaulah yang menggerakkan segalanya..

Ya Allah… Ramadhan kian berlalu pergi .. izinkannya lagi untukku pada Hijrah yang baru. .

ammiin.. Ya Rabbala’lamiinn..”

Nota RAMADHAN THD 27

ramadhan
Lihatlah di sekeliling.. SUASANANYA SEDANG ISTIMEWA!! Semua sedang sibuk!! Hakikatnya suasana kian menjadi istimewa kerana semakin tibanya HARI LEBARAN EIDUL FITRI yang diraikan secara istimewa oleh seluruh umat Islam di mana juga. Lihat sahaja di bazar-bazar, pusaraya atau di mana juga kedai-kedai di bandaraya, suasananya ‘istimewa’ dari hari-hari biasa. Tawarannya juga ‘istimewa’ dari hari-hari biasa.. (hingga hampir semua kedai ada promosi istimewa.. tandas awam pun ada promosi.. bayar sekali masuk 2 kali.. hehe )Sebab ianya ISTIMEWA, maka banyaklah PROMOSI.TAPI… Apakah yang lebih istimewa selain YANG ALLAH KATA ISTIMEWA!! Firman Allah:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3} تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5}. القدر 1-

5“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam kemuliaan (lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

(SurahAl Qadar: 1-5)

Melaluinya Allah juga dah maklumkan PROMOSI-Nya. Jika Rejab dengan ISRA’ MIKRAJ, Syaaban pula dengan NIFSU SYAABAN.. MAKA – RAMADHAN dengan LAILATUL QADR. Dan PROMOSI RAMADHAN dari Allah menyatakan bahawa; Lailatul Qadar dinyatakan lebih baik dari 1000 bulan.

1000 bulan…

Setahun ada 12 bulan.. maka, 1000 bulan adalah 83 tahun 4 bulan!!!

(Ouch..ouchh..oouuchhh….. banyak tu…)

1 MALAM lebih baik dari 83 tahun 4 bulan ataupun lebih kurang 30,500 HARI.

(Ouch..ouchh..oouuchhh….. 30,500 hari! giler banyak…)

Allah kata. ‘malam itu’ iaitu dari tenggelam matahari hingga terbit fajar. Sekitar 12 jam..

12 jam (sahaja) atau 1 MALAM lebih baik dari 83 tahun 4 bulan ataupun lebih kurang 30,500 HARI atau 732,000 JAM.

(Ouch..ouchh..oouuchhh….. BIAR BETUL..732,000 jam!! banyak giler…)

Jika setiap jam ada 60 minit, maka 12 jam ada 720 minit… (dup-dap..dup-dap.. suspen…) LALU, 1 MALAM lebih baik dari 83 tahun 4 bulan ataupun lebih kurang 30,500 HARI atau 732,000 JAM atau 527,040,000 minit!!!

(Subhanallahh…. subhanallah… subhanallah……)

Setakat ini kalkulator usiaku menunjukkan datanya..

25hb June, 1972 hingga 27hb Ogos, 2011
39 TAHUN + 3 bulan + 2 hari

atau
14307 hari @ 343,368 jam @ 20,602,080 minit

Dan dari conggakan saya, ianya TAK SAMPAI 6 JAM dari malam Lailatul Qadr!!!.

Pun bukan itu yang UTAMA.. ada yang lebih penting untuk dilihat.. iaitu: Cuba kita renungkan sejenak :

adakah usia kita mampu mencecah 83 tahun??
jika dizinkanNya pun… mampukah kita kekal sihat???
jika sihatpun.. pada umur 60-an ke atas.. KUATkah kita??
jika kuat dan sihatpun… MAHUKAH KITA…??? (kerana nilai iman boleh turun naik)

Malah, jika semua itu kita ada.. MAMPUKAH KITA TERUS MENERUS DALAM FREKUENSI IBADAH SELAMA 83 TAHUN atau 30,500 HARI TANPA HENTI???!!!

Sedangkan untuk BERIBADAH SEKITAR 6 JAM PADA MALAM AKHIR RAMADHAN INIPUN DIRI INI TAK MAMPU!!!

usah kata 6 jam.. NAK MENADAH TANGAN MENGAMINKAN DOA IMAM TERAWIKH YANG TAKPUN SAMPAI SEJAM (SEBAB DOA PANJANG LEBAR), PUNNN… DIRI INI TAK MAMPU!!! astaghfirrullah…

Sedangkan ‘Aisyah r.a.; isteri Nabi s.a.w. mengisahkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ.

“Dahulu, semasa hidupnya, Rasulullah sa.w. bersungguh-sunguh dalam beribadah pada sepuluh hari terakhir dari bulan ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu-waktu lainnya.” (Riwayat Muslim)

Rasul memberi taulan untuk kita KEJAR ‘FREKUENSI IBADAH seolah SELAMA 83 TAHUN atau 30,500 HARI INI’!!! (pun, aku belum benar-benar mencontohinya…)

‘Aisyah r.a. juga mengisahkan tentang kesungguhan baginda s.a.w. dalam menjalani kehidupan di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan:

إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.

“Bila telah memasuki sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, dahulu Nabi s.a.w. mengencangkan sarungnya, menghidupkan malam harinya (dengan mendirikan sholat dan banyak doa) serta membangunkan keluarganya.” (Riwayat Muslim)

Begitu besar perhatian Rasul tentang malam itu sehingga menjadikan ‘Aisyah merasa perlu untuk bertanya kepada baginda akan Lailatul Qadr:

“Wahai Rasulullah, andai aku mengetahui bahwa aku mendapatkan malam Lailatul Qadar, apa yang sewajarnya aku ucapkan?”

Baginda Rasulullah menjawab,

“Katakanlah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”

(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Subhanallah… Rasul memberi taulan untuk kita KEJAR ‘FREKUENSI IBADAH’ dengan mencari malam Lailatul Qadr UNTUK KITA MINTA AMPUN DARI ALLAH!!!

MAKNANYA.. Rasul TAHU KITA AKAN BANYAK DOSA.. kita akan jadi umatnya yang LALAI dan kita akan KAYA DENGAN DOSA KECIL ATAU BESAR. Kita tergolong dalam mereka yang TAK BERSUNGGUH MENCARI ILMU DAN PANDUAN TENTANG HIKMAH-HIKMAH RAMADHAN, apatah lagi tentang malam 1000 bulan!!!

Rasul tahu sebab ALLAH DAH BERITAHU DIA.. sebab itu Rasul pesan selalu, lagi dan lagi.

Malam Lailatul Qadar disebut didalam ayat Al-Quran dan banyak Hadis Rasulullah saw. Beribadah pada malam itu lebih baik dari beribadah 1000 bulan atau 83 tahun. Lailatul Qadar dapat menghapus dosa yang telah lampau, dengan syarat meninggalkan segala bentuk dosa besar seperti zina, mencuri, minum arak, riba, derhaka terhadap orang tua, memutuskan hubungan kekeluargaan dan memakan harta anak yatim dan sebagainya. Dalam firmanNya, Allah menjamin orang-orang yang menjauhi dosa besar akan diampuni semua dosa kecil mereka:

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecilmu) dan Kami memasukkanmu ke tempat yang mulia (Syurga).”

– An-Nisaa’: 31

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Jibril mendatangiku seraya berkata; ‘Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya) ‘ Jibril berkata lagi; ‘ Ucapkan amin’ maka kuucapkan, ‘Amin.’“ – Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah

Astaghfirullah.. astaghfirrullah… Subhanallah… subhanallah.. subhanallah.. Ya Allah.. tolong aku ya Allah.. berilah kekuatanMu ya Allah.. aku takut ya Allah.. aku mahu bertaubat ya Allah!!..aku mohon janjiMu agar terizin buatku..:

“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap dijalan yang benar.” – Thaaha: 82

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” – Az-Zumar: 53

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. – An-Nuur: 31

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai” – At-Tahrim: 8

Saat ini aku layu.. miskipun aku tahu, tapi aku masih lemah untuk terus melangkah..

Nota RAMADHAN THD 28

ramadhan
Ruhul Ramadhan semakin pergi meninggalkan kita. Tempoh untuk melakukan pelaburan sudah hampir tamat.. Tempoh untuk mohon keampunan dan bertaubat sebanyak-banyaknya juga hampir tamat. Miskipun jika izin nyawa, kita bisa terus usahakan amal di bulan-bulan yang lain, PUN.. ramadhan tetap berbeza. Lalu.. Ramadhan yang PERGI tanpa BEKAS, adalah suatu kerugian yang NYATA.

Bukan pakaian baru yang didambakan.. bukan rupa yang cantik yang diidamkan.. bukan mobil mewah.. bukan mahligai kaca.. bukan pangkat.. juga darjat.. atau apa juga yang konon mampu menjanjikan bahagia, NAMUN TENTUNYALAH nilai RASA yang INDAH dan TENANG yang dicitrakan. Miskipun syahadah tetap dibibir, solat terus subur, puasa (menahan lapar dan dahaga) cukup sebulan, bacaan ayat-ayat CINTA (al-Quran ) semakin lancar… dan sebagainya lagi amalan yang terus terjana; YANG HARUS DIPERTINGKATKAN ADALAH “FAHAM AKAN IBADAH” dan PEMAKNAANNYA untuk diri. Itulah harga TAQWA yang lahir dari AMAL yang berasaskan IMAN terhadap ILMU ALLAH.

Ramadhan adalah SEKOLAH UNTUK MEMAHAMI IBADAH. Bukan hanya melakukannya.. kerana yang pasti, semua orang upaya melakukannya namun belum tentu semua HADIR dalam ibadahnya. Bagaimana mahu ‘hadir’ jika yang dikerjakannya itu tidak difahaminya.. dan faham yang dicari adalah faham yang INTI. Juga, kefahaman bukan suatu yang boleh dipaksa-paksa.. ia adalah ANUGERAH ALLAH. Setiap ilmu ada tingkatan HIJAB. Lalu faham seseorang adalah berbeza mengikut tingkatan hijabnya.

Para ilmuan menyebutkan bahawa “ilmu adalah hijab yang paling besar” sehingga seseorang tidak boleh berlama-lama dalam kedudukan (tingkatan) ini.

Pada faham saya, apa yang dimaksudkan ialah ‘ILMU’ adalah pengetahuan yang AKAL terima. Namun akal belumpun mampu menafsirkan segala ILMU tersebut TANPA ada sentuhan CAHAYA ILMU oleh kesemua instrumen JIWA yang lain. Jiwa yang tempatnya di makam al-Qalb mampu untuk mentafsir apabila diberi CAHAYA ILMU dari ALLAH. Dan ianya adalah hidayah milik Allah. Terserah padanNya untuk DIA tentukan kepada siapa yang DIA izinkan cahaya tersebut. Instrumen jiwa yang memiliki kemampuan dan kapasiti untuk mencapai tingkatan-tingkatan PEMAHAMAN atau ILMU yang lain yang tak dapat terjangkau oleh akal. Lalu dengan memohon IJAZAH CAHAYA ILMU dariNya, seseorang mampu melepaskan dirinya dari hijab ilmunya sendiri.

Ramai orang yang rasa dia sudah FAHAM sesuatu perkara itu, lalu sudah rasa menguasainya. Malah dengan mudah menghukum orang lain yang tidak dipersetujuinya dengan alasan kononya dia lebih arif atau faham. Hingga tanpa dia sedar, rupanya dia berada dalam hijab ilmu untuk memahami apa yang orang lain itu faham!!

Lalu, diri ini masih harus terus berpuasa (menahan diri) dari tersasar langkah, kata dan rasa terhadap insan lain. Agar tidak menghukum atau mentafsir hanya bersandarkan akal diri yang terbatas. Agar tidak membuat bandingan dalam ‘ukuran’ yang salah semata-mata mahu rasa cukup atau sempurna. Juga agar tidak mudah berasa puas dalam menjadi ‘pencari’ terhadap DIA!!

Ramadhan 28.. diri suram dan muram。 Antenna diri masih belum benar-benar efisyen.. frekuensi spiritualnya masih ‘low’ dan resepsinya selalu terganggu. Jiwa ini pasrah.. usia diri semakin meningkat, kredit hadmasanya semakin tamat.. tapi diri belum ‘capai’ seluruh mahunya.. apatah lagi ‘mahu’ penciptanya. Banyak yang belum tepat letak duduknya..

Yang masih ada adalah keinsafan (sekurang-kurangnya kut..), tapi transformasinya belum total. Malah destinasi dan definisi ‘total’ pun masih belum total. Diri pasrah dalam keterbatasan yang tercipta, dalam kemalasan yang ada. Ya Tuhan.. mohon kekuatanMu, mohon petunjukMu.. lagi dan lagi..

TERUS MENCARI ‘CINTANYA’…

Nota AKHIR RAMADHAN 29

ramadhan
Garis PENAMAT perlatihan pun tiba… sesudahnya ada PERMULAAN MEDAN JUANG yang PANJANG…Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri – malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu, Allah SWT menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong.Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang diciptakan oleh Allah SWT kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, “Wahai umat Muhammad! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar,”

Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah SWT akan berkata kepada para malaikat,

” Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?” Baginda bersabda, “Para malaikat akan berkata, Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah SWT berfirman:

“Kerana itu, Aku telah menjadikan kami sebagai saksi. Wahai malaikat-Ku! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasannya kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadan dan berdirinya mereka (beribadat kepada-Ku di dalam Tarawih) ialah keredaan-Ku dan keampunan-Ku!

Allah SWT akan berfirman lagi:

“Wahai hamba-hamba-Ku! Pohonlah dari-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan kehebatan-Ku, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikkanmu. Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadap-Ku. Demi kemuliaan-Ku dan demi kehebatan-Ku, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah meredakan kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah telah berikan pada umat ini apabila mereka telah selesai daripada puasa di bulan Ramadan.

(Hadis riwayat Baihaqi).

SALAM EIDUL FITRI..

ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR… ALLAHUAKBAR…
LAAILAHAILLALLAHHH HUWALLAHHUAKBAR..
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM..

8

Re-posting article: Nota RAMADHAN III

Nota RAMADHAN THD 11

ramadhan

Suatu hari Rasulullah SAW mahu pergi membeli. Baginda membawa bekal wang 8 dirham, baginda mahu membeli pakaian dan peralatan rumah tangga.

Dalam perjalanan ke pasar, baginda terjumpa seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis. Baginda bertanya kepada anak tersebut apakah dia ditimpa musibah? Kanak-kanak perempuan itu memberitahu bahawa dia telah kehilangan duit sebanyak 2 dirham milik majikannya, dia menangis sangat takut dimarahi dan dipukul oleh majikannya.

Rasulullah terus sahaja mengeluarkan 2 dirham dari saku baginda dan diberikan kepada kanak-kanak tersebut untuk menyenangkan kembali hatinya. Rasulullah kemudiannya berlalu pergi..

Kini tinggal 6 dirham. Baginda bersegera ke pasar, membeli gamis berharga 6 dirham. Gamis adalah pakaian kesukaanya.

Baru beberapa langkah mahu meninggalkan pasar, seorang lelaki tua miskin berteriak berkata; “Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan mendandaninya kelak.” Rasulullah mehampiri suara itu, mengamati laki-laki tersebut. Pakaiannya amat lusuh sehingga sudah tidak sesuai dipakai lagi. Tak hairanlah mengapa laki-laki itu meminta pakaian kepada umum.

Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepada lelaki tua tersebut. Baginda tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah yang ringan baginda bergerak untuk segera pulang. Namun, perjalanannya terhenti lagi. Baginda terjumpa kembali kanak-kanak perempuan yang baginda berikan 2 dirham tadi. Budak perempuan itu menangis seolahnya masih ketakutan.

Baginda bertanya, budak perempuan itu mengadukan bahawa dia takut untuk pulang kerana dia sudah benar-benar lewat. Dia takut dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak hambaan, saat itu mereka ini seumpama tidak lebih dari seekor binatang yang sering dipukul atau dimarahi majikan.

Rasulullah, lantas bersetuju berjalan menemani budak perempuan ini untuk pulang ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, baginda memberi ucap salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah.

Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Baginda menghantar budak hamba perempuan yang baginda temui menangis di jalanan kerana takut mendapat hukuman dari majikannya.

Rasulullah kemudian menyampaikan; “Jika budak perempuan ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya”.

Mendengar ucapan Rasulullah itu, penghuni rumah terkejut dan malu. Mereka merasa mendapat pengajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah.

Secara segera mereka menyampaikan dengan keinsafan; “Budak belian ini merdeka kerana Allah”.

Bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu.

Baginda bersyukur dengan wang 8 dirham yang awalnya baginda berhasrat untuk berbelanja di bazar, ceritanya berakhir dengan mendapat keuntungan ribuan dirham yakni nilai harga tebus budak hambaan itu sendiri. Baginda berkata, “Tiadalah aku melihat delapan dirham demikian besar berkatnya dari pada delapan dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian (hamba)”.

RAMADHAN KIAN LARUT…

BAZAR RAMADHAN KIAN MERIAH…

PASARAYA ‘SALE’ HARI RAYA KIAN MERIAH…

ACARA BUFFET RAMADHAN JUGA SEMAKIN MERIAH…

Hari ini, belanja kita bukan untuk PAKAIAN 6 DIRHAM. Kantong wang kita bukan hanya berbaki 8 DIRHAM.. kerana yang pasti KAD EMAS, PLATINUM, PERAK, GANGSA dan sebagainya itu ‘TERSEDIA’ untuk digunakan bagi MEMUASKAN SARAKAH mahu nafsu kita.

Hati-hatilah… pesan ini untuk diri sendiri yang lali.

Lihatlah dan amatilah sekeliling… JANGAN TUNGGU ‘TERJUMPA’.. tapi “””CARILAH””” dengan mata hati & jiwa, mereka-mereka yang lebih memerlukan dari kita.

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada yang fakir atau miskin akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Bahwanya Allah menolong hambaNya, selama hamba itu menolong saudaranya”.

Nota RAMADHAN THD 12

ramadhan

Ramadhan kian menuju ke pertengahannya. Kala ini sistem tubuh mula serasi dengan ritma sirkadiannya yang baru. Koordinasi rasa lapar, dahaga, lesu bukan lagi cabaran utama. Pergantungan kepada ‘makanan tubuh’ tunduk akur dengan lazatnya makanan jiwa. Lazat ramadhan kian terasa, miskipun diri ini tak tahu apakah ini ‘rasa’ lazat yang diperkatakan oleh mereka yang ariff.

Mungkin rasaku tak sama dengan apa yang mereka maksudkan. Mungkin ianya hanya pe’rasa’an ku semata.. namun rasa ini anugerahNya buatku. Dan aku faham ‘rasa’ ku.

Carilah ‘rasa’ itu kerana ia inti kepada amal. Miskipun rasa yang hadir berbeda-beda setiap detiknya.. sekejab naik, sekejab turun. Itu biasa! Pun bukan turun naiknya yang utama… KEHADIRAN RASA itulah yang utama. Biar rasa itu sedikit.. asal hadirnya dapat dirasa. Suburkanlah ia.. perlahan-lahan ia akan ‘tumbuh’ lalu ‘rasa’ itu kian biasa (mudah) hadir. Hingga perlahan-lahan kelak kian membesar dan ‘asyik’ pada rasa pun muncul.

Usahlah ditanya apa rasa ‘rasa’ itu.. namun kesanlah’isyarat’nya yakni bila jiwa rasa qiam, hening ditenggelami ketenangan. Seluruh rasa yang hadir bersandarkan kepada hanya satu perkara… DIA!.

Maaf andai bicaraku lagaknya pandai.. sungguh itu bukan aku. Kerana yang pasti aku masih belajar merasai ‘rasa’. Maaf juga andai bicaraku seolah membunyikan yang aku sudah atau pandai merasai ‘rasa’.. sungguh, bukan itu niatku. Kerana yang pasti.. aku hanya berkongsi rasa akan apa aku rasa telah ku ‘rasai’. Kerana ‘sedap’nya dia.. aku rasa bahagia untuk bercerita akannya agar dapat mendorong lagi diri ini mencarinya.

Ramadhan mempersembahkan peluang untuk merasai yang hikmah.. mungkin struktur tubuh yang didisiplinkan sebegini (puasa), dengan aturan waktu sahur dan iftar-nya, dengan senaman olah raga terawikh, dengan senaman deria halwa telinga dengan melodi ayat-ayat cintaNya, dengan hidupnya ‘software’ jejak tarikh hijrah untuk seluruh mukmin, dengan kitaran energi luarbiasa tahun 1432H sebagai tahun mufrad 1.. simbol AWALAN, simbol PERMULAAN laksana AWALAN SEBUAH PERMULAAN yakni KELAHIRAN KITA, dengan tenaga makrokosmos yang menuju nisfu ramadhan serta dengan peningkatan energi mikrokosmos alam diri melalui olah nafas, minda dan tubuh… ‘RASA’ itu mudah mendekati diri.

Syukur… syukur atas kesempatan.

Nota RAMADHAN THD 13

ramadhan

Manusia dengan segala kekurangan dan kelemahan berusaha segenap fitrah penciptaannya untuk mendekatkan dirinya kepada ‘akar’ diri yang asal dan sejati. Meraba dalam kegelapan mencari ‘dirinya’ yang seterusnya akan membawanya kepada sang penciptanya. Manusia mencari kekuatan jalan spiritualiti hidup, kekuatan rohaniah, ketenangan batiniah dan seterusnya kebahagiaan hakiki melalui pelbagai praktis dan ritual semada berbentuk keagamaan atau seni keharmonian diri semata. Tidak kurang juga yang mencari titik ketenangan dan kedamaian ini melalui jalan-jalan pintas yang berwadahkan keseronokan dan hiburan, namun kekecewaan demi kekecewaan akan membawa kembara jiwanya kembali ke asal pencarian. Tidak boleh tidak, manusia kembali kepada fitrahnya mencari agama sebagai sumber jalan spiritualiti yang menjanjikan JALAN TASAUF untuk dirinya yang keliru di dalam kembara pencarian diri yang dalam.

Adapun jalan tasauf itu adalah sebuah kembara perenungan ke alam diri. Padanya ada jalan membersihkan diri (takhalli) disusuli penjanaan jati diri (tahalli). Padanya seseorang akan melihat diri dengan berbagai macam perlatihan (riadhatun nafs) sehingga semakin lama kembaranya semakin terbukalah selubung diri lalu timbullah padanya NUR atau cahaya yang gemilang. Seterusnya cahaya inilah yang dapat menembuskan hijabnya yang menyelubungi jalan-jalan kehidupannya selama ini.

Ahli falsafah; Sokrates pernah berkata:

“Kenalilah dirimu!”

manakala ahli-ahli tasauf pula berpatah:

“Barangsiapa yang mengenal akan dirinya, nescaya kenallah ia akan Tuhannya.”

Ramadhan MAMPU MENJANJIKAN JALAN ITU… Ramadhan bulan yang ditakdirkan untuk insan membongkar ALAM DIRINYA menuju kembali ke FIRAHNYA. Ramadhan mengizinkan PROSES PEMBERSIHAN DAN PENJANAAN (takhalli & tahalli) BERLANGSUNG MUDAH. Rumah-rumah ibadah menyediakan PENTAS untuk insan KEMBALI BERAKTIVITI SPIRITUAL dengan imarahnya melalui pelbagai aktiviti riadah olah jiwa. Ramadhan memberi ALASAN untuk memulakan apa yang selama ini mungkin SUNYI pada seseorang. Ia menjadi asbab untuk kembali ke JALAN TASAUF atau bergiat semula tareqatnya (proses penempuh jalan spiritualnya).

Ramai ilmuan bersetuju bahawa Jalan Tasauf asalnya berakarkan ‘perasaan’, namun menggunakan kekuatan Iradat atau keinginan yang tinggi terhadapnya. Walau bagaimana tinggi dan tebalnya tembok halangan dan cabaran dalam perjalanan seseorang di dalam jalan tasaufnya (jalan mencari diri) yang membataskan dirinya mengenal diri dan tuhannya; namun kerana kekuatan iradat, dapatlah dinding itu ditembus atau dirobohkan untuk dirinya menikmati anugerah pengalaman perjalanannya.

REIKI atau apapun sebutan namanya, menceritakan tentang TENAGA ALAM dan perhubungan akrabnya dengan alam diri. Walau asalannya bersifat ilmu ‘Seni Penyembuhan Diri’, namun kontek penyembuhan diri yang terungkap di dalamnya amat luas meliputi alam jasmaniah dan rohaniah. Kembara di dalam ilmu REIKI pastinya tidak lengkap apabila hanya berkitar tentang penyembuhan derita sakit fizikal kerna yang pasti manusia itu sendiri tentu ada derita psikologi dalam pelbagai sudut kehidupannya. Samaada hakikat kecerdasan spiritual pada alam diri seseorang disedari atau tidak, sistem itu telah sedia ada dan telah dimuat turunkan oleh yang maha agung untuk menjalankan tugasannya menjaga alam diri seseorang. Ilmu Reiki bukan hanya mengajak seseorang merenung kepada penciptaan alam, ia juga menyentuh jiwa-jiwa ini dengan hakikat kecerdasan roh yang menjadi inti kepada setiap benda. Melalui Reiki, seseorang akan melewati perjalanan spiritualitinya menuju ke alam dirinya yang kemudian pasti menemukan ia pada hakikat penciptaannya. Pun begitu, hanya masa yang akan menentukan cepat atau lambatnya seseorang yang mendalami ilmu Reiki untuk bertemu akan Jalan tasaufnya. Hanya masa dan keadaan yang akan membawa kembara Reiki seseorang ke tahap pemahaman yang halus lagi mendalam tentang keakraban Reiki dan Tasauf (ilmu mengenal diri). Segalanya ditentukan oleh kepasrahan dan iradat (kemahuan) sang pengamalnya. Sesungguhnya yang mengatur semuanya adalah Allah! Alam berjalan sempurna dan teratur, Allah yang mengaturnya! Alam berjalan menurut undang-undang, Allahlah HAKIMnya! Alam dihiaskan dengan keindahan, Allahlah yang menebarkan Keindahan itu!

Ramadhan MASA UNTUK BERUBAH.. manakala melalui kaedah REIKI, ADA CARA & WADAH MENJANA KUASA UNTUK HIJRAH!!

Nota RAMADHAN THD 14

ramadhan

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud’.

(Al-Hijr : 28-29)

Renungan :

Ayat Al-Quran diatas mengesahkan secara ringkas dan padat hubungan mistik antara Allah dan manusia ciptaanNya. DIA menjadikan manusia dari beberapa elemen, seterusnya menghembuskan nyawa (ruh) ke dalamnya. Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan arab ‘nafas’ bagi merujuk kepada ‘meniupkan’, dan perkataan arab ‘ruh’ merujuk kepada ciptaan/nyawaNya. Perkataan-perkataan ini juga kita gunakan sebagai merujuk kepada penafasan manusia (nafas) dan nyawa manusia (ruh). Ini jelas membuktikan yang manusia adalah dari ALLAH, milik ALLAH, untuk ALLAH dan kelak akan kembali kepada ALLAH.

Nota RAMADHAN THD 15

ramadhan

Malam ini Ramadhan dihias cahaya purnama yang indah. 15 hari telah berlalu.. separuh Ramadhan telah meninggalkan diri. Dan diri ini masih diri yang dulu.. alpa dan lesu dengan urusannya sendiri. Penuh bebal… penuh kesal.

Nafsu masih menjadi RAJA. Amat payah untuk ditundukkan, miskipun suasana dan energi yang ada begitu mengizinkan. Itulah diri.. itulah manusia.

Tersebut alkisah suatu zaman dahulu di sebuah negeri di bumi Arab, seorang Raja yang bijak bistari sedang diarak di atas kereta kuda khas. Dikelilingi para pengawal dan tentera berkuda yang lain, berderetan melalui jalan-jalan kota dalam sebuah keraian. Seluruh penduduk berkumpul di tepian jalan, turut sama dalam keraian tersebut untuk melihat sang Raja serta rombongannya. Untuk melihat keindahan kereta kuda perhiasannya serta keperkasaan rombongan istana.

Seluruh rakyat berlumba, bersorakan dan berlambaian saat terlihat dipandangan mata kelibat sang Raja. Paluan gendang, kompang, gong serta segala macam bunyi-bunyian menyambut sang Raja penuh gemilang. Sorakan sembah rakyat bergema. Sang Raja melambai megah dari kereta kuda yang terhias indah berkilauan cahaya batu permata. Sungguh, dimatanya.. segenab rakyat tunduk menyembahnya. Dia Raja yang diterima.. dia Raja yang Utama.

Dari singgahsananya yang tinggi, setiap aksi rakyat di jalanan bisa diperhatikan. Sekejap melihat ke sisi kiri.. sekejap menoleh ke sisi kanan. Senyum sombongnya saja yang diperlihatkan. Lambaian rakyat tidak dihiraukan.

Tiba-tiba anak matanya terpandang seorang tua berjubah lusuh duduk sendirian jauh terkebelakang dari kumpulan rakyat lainnya yang penuh berdiri di sisian jalan. Si tua lagaknya duduk tidur sambil kepalanya tunduk ke tanah, seolah tidak mengendah kebisingan di sekelilingnya. Aksi si tua amat menjengkelkan Sang Raja.. bisik hatinya: “Sungguh biadap.. sudahlah tidak turut bersama yang lain untuk menghormati kehadiranku, malah boleh tertidur di tengah majlisku ini!!”.

Lalu, Sang Raja mengangkat tangan memberi isyarat.. rombongan perarakan berhenti. Seluruh bunyi berhenti. Seluruh rakyat diam hingga bunyi nafaspun lagaknya berhenti. Panglima dan tentera kehairanan.. rakyat juga kebinggungan. Semua tumpuan menuju ke arah Raja.. dan Raja menunjukkan jarinya ke arah si Tua yang masih tertidur.

Kini seluruh pandangan dan tumpuan adalah kepada si tua. Panglima di arah Sang Raja untuk menangkap si tua di bawa mengadap. Sang Raja mahu menuntut penjelasan mengapa si tua tidak turut serta memberi penghormatan kepadanya dalam keraian itu.

Tatkala dihadapkan dihadapan Raja, dengan nada keras si Panglima Utama mengajukan soalnya:

“Wahai orang tua, mengapa kamu tidak berdiri di bahu jalan bersama yang lain untuk memberi hormatmu kepada Raja??! Apakah kamu sakit ?? Atau kamu sengaja berpelakuan demikian??

Si tua menjawab lembut;

“Sungguh, aku bukanlah sakit malah berada dalam kesihatan dan kewarasan yang benar. Biarlah semua orang ini menghormat kepadamu. Mereka semua menginginkan apa yang ada padamu yakni harta, kedudukan, dan kekuasaan. Alhamdulillah, segala hal ini tak berarti bagiku. Lagi pula, untuk apa aku menghormat kepadamu apabila aku punya dua budak yang merupakan tuan kepadamu?”

Semua orang di sekelilingnya ternganga. Merah muka si Panglima dan para pembesar yang ada. Merah lagi wajah Sang Raja menahan marah.

“Apa maksudmu?” bentak Sang Raja secara berdiri dari tempat duduknya. Jarinya menunjuk ke arah si tua.

Si tua dengan pandangan redup menatap wajah Sang Raja seraya berkata;

“Kedua budakku yang menjadi tuanmu adalah amarah dan ketamakan, selagi mereka ini adalah tuanmu selagi itu kau bukanlah raja yang merdeka”

Raja yang bijak itu terduduk lalu tersadar. Mulutnya terkunci, amarahnya tiba-tiba bersepah jatuh bertaburan ke lantai pijakannya. HATINYA DIAM seakan membenarkan ucapan orang tua itu. Semua pembesar diam.. semua rakyat terdiam.

renung-renungkan…

Nota RAMADHAN THD 16

ramadhan

Ramadhan, masa untuk mencuci QALB – Jantung @ Hati @ JIwa. Masa untuk kembali ke jiwa yang MURNI. Kembali kepada hati yang suci membawa kita meneliti laluan ini kembali kepada seawalnya. Apakah ‘hati’ ini adalah Al-Alaq (segumpal darah) itu? Yang membawa kita kembali kepada peristiwa hebat di malam 1000 rahmat; 1445 tahun yang lalu. Sebagaimana hampir setiap tahun kita meraikannya pada setiap 17 ramadhan, mengingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran.

Soalnya, adakah kita benar-benar menghayatinya…???!! Melewatkan hati-hati kita ke saat keramat itu untuk mengupas dan menghargainya?

Sedangkan, setiap syariat (aturan Allah) merupakan jalan dengan segala rambu-rambunya menuju hikmah yang dikandung di dalam teks dan praktik secara sempurna, serta pembuka tabir dibalik “firman”. Syariat bukan hanya untuk dibaca dan disucikan tanpa menyentuh isi tujuan yang dibaca, seperti tercantum dalam surat Al ‘Alaq ayat 1-5 :

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari ‘alaq. Bacalah! dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang telah mengajar manusia dengan perantara kalam. Dia telah mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”

(QS 96:1-5).

Kata “iqra” merupakan jendela untuk melihat kehidupan alam semesta yang luar biasa luasnya. Ayat ini menyiratkan makna, betapa Al Quran membuka cakerawala dunia ilmu (pengetahuan) yang dapat digali melalui kata ‘baca’. Sejarah dunia pun mengakui bahawa pada abad ke tujuh Islam telah mengalami masa kejayaan dan peradaban yang pesat. Islam telah berhasil mengembangkan khazanah landasan ilmu pengetahuan dan teknologi, sehingga sampai abad ke empatbelas (7X2) dilakukan secara terus-menerus penggalian dan pengembangan ilmu pengetahuan yang kelak dijadikan landasan ilmu pengetahuan moden.

Kalau pendengaran dan penglihatan adalah sarana bagi akal untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan, maka instrumen jiwa lainnya yang memiliki kapasiti (kemampuan) untuk memperoleh ilmu atau hikmah adalah “hati”. Al-Qur’an menggunakan tiga istilah yang berbeda yang menunjukkan tentang hati, iaitu al fuâd, al qalb, dan al shudr. Ketiganya merupakan istilah yang berbeda tetapi mengacu pada satu hakikat, iaitu hakikat dasar manusia, hati. Masing-masing menunjukkan perbezaan “karakter” sesuai dengan perbezaan keadaan hati.

“Dan Allah mengeluarkan kalian dari keadaan tidak mengetahui sesuatupun. Dan dia memberi kalian pendengaran, penglihatan dan hati, semoga kalian bersyukur”.

(Surat An-Nahl [16] : 78)

 

Sifat dan Keadaan Qalb (Hati)

Menurut pandangan Prof. Dr. Achmad Mubarok MA :

Qalb mempunyai karakter yang tidak konsisten, oleh kerana itu ia boleh terkena konflik dalaman atau kebatinan. Interaksi yang terjadi antara pemenuhan fungsi bagi memahami realiti dan nilai-nilai (positif) dengan tarikan potensi negatif yang berasal dari kandungan hatinya, melahirkan satu keadaan psikologi yang menggambarkan kualiti, jenis dan kondisi dari qalb itu sendiri.

Proses pencapaian kondisi qalb itu melalui tahap-tahap perjuangan rohaniah, dan dalam proses itu, menurut al-Quran, manusia mempunyai sifat suka tergesa-gesa, seperti yang dipaparkan dalam surah al-Anbiya 21:37 dan surah al-Isra 17:11, dan berkeluh-kesah seperti yang terdapat dalam surah al-Ma’arij 70:9-20.

Proses interaksi psikologi itu mengantar hati pada kondisi dan kualiti hati yang berbeza-beza, iaitu:

  1. Keras dan kasar hati, surah Ali Imran 3:159,
  2. Hati yang bersih, surah al-Syuara 26: 89,
  3. Hati yang terkunci mati, surah al-Syura 42:24 dan surah al-Mumin 40:35,
  4. Hati yang bertaubat, surah Qaf 50:33,
  5. Hati yang berdosa, surah al-Baqarah 2:283,
  6. Hati yang terdinding, surah al-Anfa 8:24,
  7. Hati yang tetap tenang, surah al-Nahl 16:106,
  8. Hati yang lalai, surah al-Anbiya 21:3,
  9. Hati yang menerima petunjuk Allah SWT, surah al-Taghabun 64:11,
  10. Hati yang teguh, surah al-Qashashsh 28:10, dan surat Hud 11:120,
  11. Hati yang takwa, surah al-Hajj 22:32,
  12. Hati yang buta, surah al-Hajj 22:46,
  13. Hati yang terguncang, surah al-Nur 24:37,
  14. Hati yang sesak, surah al-Mu’min 40:18,
  15. Hati yang tersumbat, surah al-Baqarah 2:88,
  16. Hati yang sangat takut, surah al-Naziat 79:8,
  17. Hati yang condong kepada kebaikan, surah al-Tahrim 66:4,
  18. Hati yang keras membatu, surah al-Baqarah 2:74,
  19. Hati yang lebih suci, surah al-Ahzab 33:53,
  20. Hati yang hancur, surah al-Tawbah 9:110,
  21. Hati yang ingkar, surah al-Nahl 16:22,
  22. Hati yang takut, surah al-Mu’minun 23:60,
  23. Hati yang kosong, surah Ibrahim 14:43, surah al-Qashashsh 28:10, dan
  24. Hati yang terbakar, surah al-Humazah 104:6-7.

Dari keterangan di atas, yang berkaitan dengan fungsi, potensi, kandungan dan kualiti hati yang disebut dalam al-Qur’n, dapat disimpulkan bahwa qalb memiliki kedudukan yang sangat menentukan dalam sistem nafsani manusia. Qalb-lah yang memutuskan dan menolak sesuatu, dan qalb juga yang memikul tanggung jawab atas apa yang diputuskan.

Dalam perspektif inilah, Nabi menyatakan bahwa qalb lah penentu kualiti manusia, seperti yang disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari Muslim yang menyebutkan tentang kejelasan sesuatu yang halal dan haram serta kesamaran sesuatu yang syubhat itu di gambarkan bahwa qalb memiliki kedudukan yang sangat menentukan kualiti keputusan seorang manusia.

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara yang halal dan haram itu banyak perkara syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Maka barang siapa menjaga diri dari yang syubhat berarti ia telah membersihkan agama dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjerumus ke dalam syubhat berarti ia telah terjerumus ke dalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembalakan ternaknya di sekeliling tanah larangan, dikhawatirkan akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai daerah larangan, dan ketahuilah bahwa daerah larangan Allah SWT adalah hal-hal yang di haramkan. Ketahuilah bahwa dalam setiap tubuh manusia ada sepotong organ yang jika ia sehat maka seluruh tubuhnya juga sehat, tetapi jika ia rusak, maka seluruh tubuhnya terganggu, ketahuilah bahwa organ itu adalah qalb – (H.R. Bukhari Muslim).

Jika berfungsi sempurna sifat akal, tidaknya akal pada manusia diungkapkan al-Quran dengan kalimat tanya atau yang sebangsanya, maka besarnya peranan qalb dalam pengambilan keputusan diugkapkan oleh hadis riwayat ahmad dan al-Darimi dengan kalimat perintah, yang artinya mintalah fatwa kepada qalb-mu. Qalb di sini adalah tempat bertanya bagi seseorang jika ia harus memutuskan sesuatu yang sangat penting.

Tepuk dada.. tanya qalb.. apa cerita…

 Nota RAMADHAN THD 17

ramadhan

Salam NUZUL QURAN..

Ramadhan semakin dewasa. (Kita belum..) PURNAMANYA kembali menyusut bentuk menuju fasa pengecilan semula. Semalam tatkala sekali lagi mengamatinya, terasa ‘BULAN’ AMAT DEKAT. Jarak ketika dekat dengan Bumi dinamakan perigee sejauh 221,500 batu dan ketika jauh dari Bumi dinamakan Apogee sejauh 252,700 batu.

Cerita tentang BULAN tak pernah habis.. malah berkejaran untuk menceritakannya. Tatkala masih terasyik dengan usia awalnya (anak bulan), bulan menuju REMAJA dan DEWASA (bulan PURNAMA) dan terus menuju USIA EMASnya (bulan menurun memasuk bulan yang baru). Jika dibanding dengan BUMI YANG DIPIJAK.. bulan hanya ¼ dari bumi. (diameter bulan ialah 3476km manakala Bumi adalah 12,756km). Miskipun bulan hanya membalikkan 7% cahaya dari Matahari, namun dek kerana MALAM yang kelam.. CAHAYANYA begitu menerangkan. Jika dikumpul cahayanya sebanyak 465,000 kali cahaya bulan penuh (PURNAMA) barulah sama cahaya yang kita terima dari SANG MATAHARI.

Sang Bulan bergerak mengelilingi bumi didalam orbitnya dalam masa 27.3217 hari bagi satu pusingan lengkap. Disamping itu bulan juga berputar diatas paksinya dan masa yang diambil sama seperti bulan beredar mengelilingi bumi bagi satu pusingan lengkap. Makanya, akibat tempoh bulan berputar di atas paksinya sama dengan tempoh edarannya mengelilingi bumi maka kita selalu dapat melihat permukaan bulan yang sama menghadap bumi.

Diriwayatkan dari riwayat Abu Hurairah ra.:

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, apakah kami dapat melihat Tuhan kami pada hari kiamat?”

Rasulullah saw. bersabda,

“Apakah kalian terhalang melihat bulan di malam purnama?”

Para sahabat menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah.”

Rasulullah saw. bersabda, “Apakah kalian terhalang melihat matahari yang tidak tertutup awan?”

Mereka menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah.”

Rasulullah saw. bersabda, “Seperti itulah kalian akan melihat Allah. Barang siapa yang menyembah sesuatu, maka ia kelak mengikuti sembahannya itu. Orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, orang yang menyembah berhala mengikuti berhala.”

[Hadis Riwayat dari Muslim]

 

Sepintas lalu hadis ini membicarakan tentang melihat Allah di hari kiamat, namun kalau diteliti lebih jauh perumpamaan yang digunakan oleh Rasul pada masa itu (miskipun ilmu astronomi yang pada saat itu belum semaju sekarang, yang dibantu oleh pelbagai teknologi dan peralatan moden) sebenarnya hadis ini juga seolah cuba menerangkan sebuah ASPEK TENTANG TUHAN yang tak akan mampu kita kenali. Hal ini hanya akan terfaham apabila kita MEMIKIRKAN SECARA CERMAT PERUMPAMAAN yang Rasul sandarkan iaitu tentang BULAN PURNAMA pada hadis ini.

Kita tahu bahawa tatkala BULAN PURNAMA di langit yang cerah, kita akan dapat melihat BENTUK BULAN ‘SELURUH’ (PENUH). Kita seolah dapat MENGENAL SEMUANYA PERIHAL BULAN dengan PENAMPAKANNYA YANG PENUH tersebut.

PUN, KITA TAHU HAKIKATNYA, yang kita LIHAT PENUH ITU BELUMPUN SELURUH. Ini kerana kita BELUMPUN DAPAT MELIHAT RUPA WAJAH “DIBELAKANG” BULAN TERSEBUT. Yang terlihat oleh kita selama ini adalah BARU MUKA HADAPAN SANG BULAN. Zaman ini, tatkala imej bulan dapat dirakam oleh satelit angkasa; kita maklum bahawa BULAN ITU BOLA (sama halnya seperti Bumi). Kita tahu bulan BUKAN SEPERTI “PIRING” BULAT kerana KAMERA SATELIT merakam imej dari pelbagai sudut bulan untuk dikaji dan difahami. Hingga FAKTA SAINS mendapati tempoh bulan berputar di atas paksinya sama dengan tempoh edarannya mengelilingi bumi, LALU SAINS MENDAPATI BAHAWA kita selalu dapat melihat permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Tidak berubah.

Rotasi Bulan: sisi yang selalu menghadap bumi

SUNGGUH!! Selama hari ini, kita hanya melihat SATU BAHAGIAN MUKA PADA BULAN sedangkan kita tak pernah TAHU dan LIHAT rupabentuk bahagiannya yang belakang (lain). Ada sisi lain di balik bulan yang TIDAK DAPAT DILIHAT DARI BUMI, iaitu yang SENTIASA MEMBELAKANGI bumi, tidak akan pernah terlihat dari bumi.

Bayangkan jika anda berdiri di sisi bulan yang terlihat dari bumi, maka imej anda akan terus boleh di nampak oleh yang lain dari bumi walaupun bulan yang anda pijak sedang berputar dan mengorbit. MAKA, SEBALIKNYA.. jika anda berdiri di sisi yang tidak terlihat dari bumi… biarpun bulan berputar, namun anda akan terus tidak kelihatan dari bumi.

Inilah sebabnya, sejak zaman dahulu, permukaan bulan yang nampak dari bumi SEOLAH TIDAK BERUBAH. Ini kerana yang menghadap ke arah bumi sentiasa merupakan sisi yang sama!!!

Pada hadis ini Rasul memisalkan Allah sebagai bulan purnama yang mana seperti yang dijelaskan tadi, hanya ada satu sisi yang bisa terlihat atau diperlihatkan kepada kita. Maka, yang TERSIRAT pada hadis ini adalah SESEMPURNA MANA seseorang mampu mengenali Allah (biarpun pada makam pemahaman yang tinggi seperti para sahabat Rasul, para wali Allah dan lainnya) sebenarnya fahamnya itu barulah dari satu sisi dari ALLAH saja. Sisi yang memang Dia hadapkan sepenuhnya kepada manusia. Sisi inilah yang dalam bahasa agama disebut sebagai “Wajah-Nya” yang disisip rapi pada asma-Nya dan af’al-Nya.

TUGAS KITA ADALAH BERUSAHA KERAS UNTUK MELIHAT WAJAH-NYA ITU.. memahami asma dan af’alNya dan melihatnya pada seluruh ALAM. KEGELAPAN MALAM adalah simbolik kepada GELABNYA JIWA KITA. Bulan Purnama simboliknya adalah CAHAYA PERTUNJUK ILLAHI yang menerangi perjalanan dan hayat kita. Berubahan saiz bulan simboliknya berubah-rubahnya sifat qalb kita yang ditekan nafsu dan diinjak syaitan. Purnama yang terang simboliknya pencapaian yang mampu teraih melalui amal yang istiqamah dan ilmu yang terang. Bulan yang kembali menurun simboliknya status iman dan taqwa yang boleh berubah-ubah. Dan berbagainya lagi simbolik tentang bulan yang mampu direnung-renungkan jika kita mahu merenung.. (berfikir).

Ramadhan masa untuk merenung dan berfikir kerana RAMADHAN ADALAH BULAN TURUNNYA AL-QURAN SEBAGAI SUMBER & CAHAYA ILMU. Ramadhan dikenal sebagai Syahrul Qur’an, ‘bulan’nya al Qur’an. Hari ini Ramadhan ke 17 diraikan sebagai HARI ULANGTAHUN TURUNNYA (NUZUL) AL-QURAN yakni 1445 tahun yang lalu.

Tahap Turunnya al-Qur’an

Pendapat mereka yang arifbillah, bahawa al-Qur’an telah diturunkan melalui dua tahap:

1. Dari Lawh al-Mahfûdl ke Bayt al-‘Izzah (langit dunia yang paling rendah) secara keseluruhan dan turun sekaligus, yang terjadi pada malam Qadar (Laylah al-Qadar).

2. Dari Bayt al-‘Izzah ke dalam hati Rasulullah saw. secara bertahap selama 23 tahun kenabian Muhammad saw. Adapun yang pertama kali diturunkan terjadi di bulan Ramadhan, melalui malaikat Jibril as.

Manakala untuk pendapat ke 2 di atas, terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu:

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah. (berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal).

Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan. (ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan).

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq dan peristiwa ini terjadi ketika nabi S.A.W sedang bertahannus iaitu menyendiri di Gua Hira.

Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibril a.s dengan berkata: Bacalah wahai Muhammad! Beliau bersabda: Aku tidak tahu membaca. Rasulullah saw. bersabda:

Malaikat itu kemudian memegang aku lalu memelukku erat-erat sehingga aku pulih dari ketakutan. Kemudian Malaikat itu melepasku dengan berkata: Bacalah wahai Muhammad! Beliau sekali lagi bersabda: Aku tidak bisa membaca. Rasulullah saw. bersabda: Malaikat itu kemudian memegang aku untuk kedua kalinya lalu memelukku erat-erat sehingga aku pulih dari ketakutan. Malaikat itu seterusnya melepasku dengan berkata: Bacalah wahai Muhammad! Beliau bersabda: Aku tidak bisa membaca.Rasulullah saw. bersabda: Malaikat itu kemudian memegang aku untuk ketiga kalinya serta memelukku erat-erat sehingga aku kembali pulih dari ketakutan. Kemudian Malaikat itu melepaskan aku dan membaca firman Allah

(اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ )

Yang bermaksud :

Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku, bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui.

Hari ini bukan hari AGUNG itu, kita meraikannya (cuti umum).. hari ini kita mengenangnya sebagai sebuah titik mula untuk insan bernama Muhammad memikul MISI KENABIANNYA. Dari situlah bermula MISI KERASULANNYA (menyampaikan).. dan melaluinyalah hadirnya kita umat baginda yang mewarisi ilmunya. Detik itu berlaku di BULAN MULIA INI.. detik itu mengubah seluruh sejarah sebelumnya… detik itu CAHAYA ALAM BERMULA….

Renung-renungkan…

Nota RAMADHAN THD 18

ramadhan

Ramadhan berlalu pantas… demi masa, insan sering berada dalam kerugian dan kealpaan. Terasa lelah mengejarnya, semalam Ramadhan 18 berlari memintas saya hingga tak kesempatan mengirim nota ini.

Puasa mengajar diri untuk TEKUN. Menekuni apa yang ada serta tekun untuk meningkatkan kualitinya. Secara biologi, puasa membina kesihatan jasmani. Melaluinya kita mengatur amalan pemakanan dan tidak terlalu banyak makan, makanan dapat dicernakan dengan lebih baik dan perut mempunyai ruang untuk ‘berehat’. Setahun yang setiap harinya bekerja, pasti akan amat melelahkan.. lalu, ramadhan mengizinkan organ pencernaan sedikit rehat dari bulan-bulan yang biasa. Perut adalah sumber perkembangan penyakit. Melalui perut juga, akan hadir sumber yang boleh mengganggu kesihatan akal dan hati. Lukman ul-Hakim berkata kepada anaknya:

“Wahai anakku, apabila perutmu terlalu kenyang, maka otakmu tidur, fikiranmu rosak dan badanmu malas beribadat.”

Kebaikan dari segi mental dan jiwa melalui ritual puasa pula adalah ianya akan membersihkan qalb (hati @ jiwa) insan. Ianya ‘dibersihkan’ daripada penyakit hati seperti hasad dengki, iri hati dan rasa sombong, takbur dan riak serta sebagainya yang lain. Pun kondisi ini hanya mampu tercapai jika membina KEINGINAN UNTUKNYA SEPANJANG RAMADHAN serta PASRAH mengharapkan EHSAN-NYA. Hati yang sentiasa mengingati Allah dan mencari kesempatan untuk berbuat kebaikan. Ini akan melahirkan sifat terpuji yang secara automatik menyebabkan seluruh jiwa ingin sentiasa berzikir kerana menginagati dan mengagungkan KEBESARAN ILLAHI. Hati yang lembut juga akan memupuk fikiran yang suci bersih, diselaputi sifat insan kamil.

Ramadhan begitu mendidik dan melatih… JIWA AKAN BEBAS dari CENGKAMAN NAFSU. Bebas dan MERDEKA!!!

Tanggal 18 Ramadhan membawa kita mengimbas sirah Rasul pada hari ini di tahun 8 Hijrah.. Rasulullah bersama 12,000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa ini begitu terkenal dengan sebutan ‘Futuh Makkah’.

Pembebasan kota Makkah oleh golongan Muslimin menandakan satu era baru dalam Islam, selepas kaum Muslimin diseksa dan ditindas, bahkan yang terakhir dikepung oleh pasukan tentera Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Malahan, Rasulullah menyifatkan pembebasan Makkah itu begitu penting, melalui sabda Baginda, yang bermaksud:

“Kaum Quraisy tidak akan berani lagi mendatangi (menyerang) kamu selepas tahun ini, lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita selepas hari ini dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, insya-Allah.”

Hari ini kita harus mengenang PERISTIWA INI serta merefleksikan ke alam diri kita. JIWA YANG MERDEKA adalah seumpama Makkah yang AMAN & MAKMUR dan kondisinya kekal begitu. Tawanan nafsu dan bisikan syaitan jika terus berleluasa akan MEMPERHAMBAKAN JIWA kita, kelak ini ia akan terus akur pada mahu dan perintah yang mendorong kepada kerusakkan yang kekal. Pun jiwa yang bebas dari belenggu irama nafsu & syaitan mampu berkembang menjadi JIWA YANG MERDEKA yang menuju Rabb-Nya.

Salam Ramadhan AURA KEMERDEKAAN…

Nota RAMADHAN THD 19

ramadhan

[Hari ini sekali lagi seperti tahun sebelumnya, kekandaku ke Makkah untuk menerima jemputan Allah ke rumahNya. Semuga semuanya selamat dan semuga Ramadhan menjanjikan kelebihan dan keistimewaannya]

Hari ini 19 RAMADHAN .. HARI KE 256 untuk tahun 1433H. Jika dihitung tempoh minggu.. andainya ini USIA KANDUNGAN.. SEMINGGU LAGI, BAYI INI AKAN LAHIR KE ALAM!!!

Angka 19 simbol AWAL & AKHIR. Seumpama KASIH SANG KEKASIH AWAL & AKHIR yang tiada batas dan syarat.. umpama diri yang awal dariNya, akhir kembali padaNya.

Ini sebuah kisah CINTA.. dan kisah ini kisah CINTA RASUL. Kisah ini kisah kasih dan cinta seorang ANAK KEPADA AYAHNYA… dan anak itu adalah Fatimah Azzahro, ayahandanya adalah BAGINDA RASULULLAH Muhammad s.a.w.

Diriwayatkan bahawa Fiddah, pembantu wanita Fatimah berkata kepada Waraqah bin Abdullah al Azdi: Ketahuilah bahwa ketika Rasulullah saw meninggal dunia, maka orang tua dan muda sangat terguncang dengan kematiannya dimana mereka semua larut dalam tangisan. Musibah ini sangat berat dipikul oleh kaum kerabat beliau dan para sahabatnya. Dan tak seorang pun yang lebih bersedih dan lebih banyak menangis daripada tuanku, Fatimah dimana selama tujuh hari Fatimah mengadakan majlis ratapan.

Selama hari-hari itu Fatimah tidak pernah berhenti menangis dan merintih, bahkan setiap hari tangisannya lebih banyak dari hari sebelumnya. Dan ketika memasuki hari kedelapan, Fatimah meluapkan kesedihannya yang terpendam dimana ia meratapi ayahnya:

“Oh ayahku, oh pilihan Allah, oh Muhammad, oh Abu Qasim, duhai pelindung para janda dan yatim, siapa lagi yang mendirikan shalat, siapa lagi yang melindungi putrimu yang kehilangan orang tuanya”

Bahkan dikatakan bahwa Fatimah kehabisan suara saat meratapi ayahnya dan sempat mengalami pengsan. Lebih jauh lagi, ia berkata:

Duhai ayah, sepeninggalanmu

aku bak orang yang hidup sendirian.

Kehidupanku dipenuhi dengan duri-duri bencana dan petaka.

Sepeninggalmu banyak peristiwa besar terjadi yang membuat kami menderita dan semua jalan tertutup buat kami hingga kami tak dapat meloloskan diri.

Sepeniggalmu aku kecewa melihat dunia ini dan aku senantiasa menangis.

Kemudian Fatimah membacakan syair:

Tiap hari aku memperbaharui kesedihanku atasmu

Demi Allah, luka hatiku semakin besar dan berat

Tiap hari deritaku semakin menjadi-jadi

Beratnya perpisahnku denganmu tak dapat dipungkiri

Adalah benar di dalam hati ada kesabaran

Namun sunguh berat mempertahankannya saat berkenaan denganmu

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib bahkan membangun rumah untuk Fatimah di Baqi yang terkenal dengan sebutan “Baitul Ahzan” (rumah kesedihan). Saat pagi hari, Fatimah membawa Hasan dan Husein ke Baqi dan menangis di sana.

Nota RAMADHAN THD 20

 

 

ramadhan

Hari ini Ramadhan 20..hari ini kita masih berpuasa. Hari ini seperti hari semalam dan sebelumnya, kita masih ‘menahan diri’ dari lapar dan dahaga. Hari ini sudahpun 20 hari lamanya kita terus istiqamah begitu.. dan hari ini ‘RASA’ & ‘MAKNA’ berpuasa kian ‘hadir’ untuk ramai dari kita. Pun bukan semua rasa ‘rasa’ yang sama. Bukan semua faham makna yang sama.. Semuanya atas HIDAYAHNYA juga untuk setiap dari kita. Andai hijab kita terbuka.. makna & rasa kita mungkin mencapai makam yang tinggi.

Alquran menyebut 2 perkataan yang merujuk makna puasa dari segi bahasanya. Kata yang pertama adalah “shiyam” dan yang kedua adalah “shaum” – Keduanya iaitu ‘Shaum’ dan ‘shiyam’ berasal dari akar kata yang sama bermaksud menahan diri.

Menahan diri dari amarah juga ‘shaum’.. menahan diri dengan bersabar semasa ujian-ujian getir hidup juga adalah ‘shaum’. Menahan resah gundah juga adalah ‘shaum’.. malah menahan kesakitan juga adalah ‘shaum’. Lalu, BERPUASA tidak sekadar tak makan, tak minum.. ia lebih dari itu. Berpuasa adalah MENAHAN DIRI.. menahan diri agar TERUS BERADA PADA PAKSI & KIBLAT yang betul selaras dengan kiblat dan paksinya ISLAM (agama).

Adapun kata ‘shiyam’ lebih tepat menguraikan erti menahan diri secara ibadah puasa iaitu “menahan diri untuk tidak makan, tidak minum, tidak berhubungan suami isteri dari terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari”. Maka, PUASA KITA HARI INI lebih merujuk kepada ‘SYIAM’ dan bukannya ‘SHAUM’ iaitu kita menahan diri dari makan dan minum (termasuk jima’ bersama pasangan suami/ isteri) dari waktu Subuh hinggalah waktu Maghrib. Justeru itu juga, bolehlah dikatakan bahawa RAMAI YANG BER’SYIAM’, hanya SEDIKIT YANG BER’SHAUM’ – miskipun luarannya semua kita BERPUASA (menahan diri).

Yang pasti ‘shaum’ dan ‘shiyam’ ; keduanya adalah menahan diri. Orang yang tidak menahan dirinya dari makan dan minum di waktu siang bulan Ramadhan ini – dia TAK PUASA atau tepatnya DIA TIDAK SYIAM!! Jika dia sengaja melakunya tanpa apa-apa alasan keuzuran yang diterima ; DIA BERDOSA!!

Hatta, orang yang tidak menahan diri dari hal-hal yang tidak dibenarkan oleh agama – adalah orang yang tidak “shaum” dan tidak melakukan “shiyam”. Dia juga TAK PUASA dan DIA JUGA BERDOSA!!

Ada manusia yang berpuasa menahan makan (masih minum) dan nafsu perilakunya (dalam ritual spiritual agama), maka orang itu juga ‘shaum’ namun tidak ‘syiam’ sepenuhnya. Ada juga yang berdiet kerana mahu kuruskan badan dengan menahan makan (namun dalam masa yang sama dia melakukan maksiat), maka orang tak ber’shaum’ dan tak ber’syiam’ sepenuhnya.

Juga, jika kita ‘syiam’ maka ada IFTAR-nya (berbuka puasa) iaitu tatkala masuknya waktu Maghrib. NAMUN untuk ‘SHAUM’ belum tentu ada majlis iftar-nya selagi kita hidup. ‘Syiam’ melatih diri untuk ‘shaum’.. ‘Syiam’ memudahkan ujian untuk terus ‘shaum’.

Contohnya , sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s., pelbagai tuduhan dan fitnah dilontarkan terhadap Maryam. Ujian yang berat ini dihadapinya dengan berkata:

“Aku bernazar puasa (menahan diri), kerana aku menahan diri maka aku menahan diri tidak mau berbicara kepada seorang manusia pun”.

Inilah ‘shaum’ yang dimaksudkan oleh Al Quran.

Lalu, tatkala ramadhan kita “shaum” dengan melakukan “syiam”.. di masa (bulan) yang lain kita masih tetap perlu “shaum” untuk perkara yang dilarang agama. Jika keduanya itu adalah PUASA.. maka, PUASA adalah ibadah yang TERUS MENERUS harus dijana sepanjang masa (cuma tatkala Ramadhan ianya disertakan dengan melakukan ‘syiam’). ACARA MENAHAN DIRI bukan setahun sekali, ACARA MENAHAN DIRI adalah RUTIN YANG HARUS DIJANA HARI-HARI HIKMAHNYA!!

PUASA yang ‘shaum’ & ‘syiam’ adalah PUASA YANG DITUNTUT.. Rasul mengajar kita begitu. Lalu, hari ini kita masih berpuasa.. semaklah adakah ianya hanya ‘syiam’ atau gabungan ‘shaum’ dan ‘syiam’.

8

Re-posting article: Nota RAMADHAN II

NOTA RAMADHAN THD 1

ramadhan

HARI INI 01 RAMADHAN..hari ke 236 bagi KALENDAR HIJRAH. 30 HARI LAGI ADALAH 01 SYAWAL!!!

Fetus dalam KANDUNGAN IBU mengambil masa 38 minggu atau 266 hari sebelum TERBIT ke alam. Keseluruhan masa suatu kandungan penuh, fetus difahamkan sebagai 280 hari ataupun 40 minggu selepas akhirnya haid, ataupun lebih tepat sekali, 266 hari ataupun 38 minggu selepas penyuburan.

30 HARI LAGI – 01 SYAWAL yang merupakan hari ke 266 bagi kalendar HIJRAH.Jika kalkulator perhitungan masa kelahiran bermula dari 01 MUHARAM.. maka ‘sang fetus’ ini akan cukup tempohnya pada 30 RAMADHAN.. yakni akan lahir ke ALAM PADA 01 SYAWAL!!!Lalu, hari ini- 01 RAMADHAN…KANDUNGAN INI berusia 235 HARI.. tinggal kira-kira 30 hari untuk ianya TERBIT ke alam.Jika ini adalah KITA… kita sudah semakin hampir untuk MUNCUL KE ALAM DUNIA. Dan kita lahir sebagai ‘ENERGI SUCI’ (fitrah) – KAIN YANG PUTIH!!!PERJUANGAN & KEPAYAHAN SI IBU KIAN SAMPAI KE KEMUNCAKNYA – PERTARUNGAN UNTUK SEBUAH ‘KELAHIRAN’ AKAN BERLAKU KIRA-KIRA 30 HARI LAGI…PERJUANGAN UNTUK SI FETUS (KITA) KIAN SAMPAI KE KEMUNCAKNYA – DEBARANNYA SEMAKIN KUAT UNTUK MEMULAKAN ‘HIDUP’ DI DUNIA YANG BARU.. memulakan QADA’ & QADAR yang ditentukan untuknya di alam yang serba ASING. Si FETUS bakal berpisah dengan ALAM ENAKNYA kira-kira 30 HARI LAGI.30 hari ini adalah PROSES AKHIR – SAAT KRITIS untuk SEGALA PERSIAPAN sebagai PERSEDIAAN untuk sebuah PERMULAAN YANG BARU!!!

RAMADHAN laksana PROSES AKHIR menentukan ADANYA KELAHIRAN.. Ramadhan adalah PROSES AKHIR MEMPERELOKKAN BENIH yang bakal dilahirkan ini.. Ramadhan adalah PROSES AKHIR PEMBENTUKAN agar yang LAHIR ini INSAN HEBAT & CEMERLANG! Ramadhan adalah BULAN PENENTUAN – bulan pengharapan dan bulan kepasrahan mengharap IHSAN & CINTA dari Tuhan untuk NASIB SEBUAH KELAHIRAN yang BAKAL HADIR KE ALAM…

adakah KEBETULAN TEMPOH MATANG SI FETUS adalah SAMA DUDUKNYA dengan tarikh 01 SYAWAL iaitu HARI KE 266?? TIDAK!! ia adalah aturan yang HEBAT untuk RENUNGAN DAN PANDUAN insan.

RAMADHAN BULAN PEMUTIHAN AGAR BENIH INI KEMBALI SUCI.. SESUCI FITRAHNYA YANG ASAL.

HARI INI 01 RAMADHAN… kita mulakan IBADAH PUASA. Di suatu sudut lain, KITA SEDANG MEMBERSIHKAN DIRI, mempersiapkan diri untuk JADI INSAN LEBIH BAIK dari sebelumnya. Mengembalikan FITRAH DIRI yang asalnya SUCI & BERSIH sebagai sehebat-hebat PENCIPTAAN ILLAHI.

Seketika sewaktu ‘merenung (fikir) dan menlai’ ALAM DIRI.. di pentas alam (arafah).. diri terfana dengan keindahan SUSUNAN yang BUKAN KEBETULAN.. segalanya DALAM QUDRAH-NYA. Segalanya DALAM LINGKUNGAN-NYA.

Marhaban..

Marhaban…

Marhaban Ya Ramadhan…

(anak mataku tenggelam dalam airnya sendiri… 30 hari lagi, ‘sang aku’ ini bakal ‘dilahirkan semula’ laksana ‘kembali mahu menjadi fitrah dirinya’… mampukah aku kembali ke situ??)

NOTA RAMADHAN -THD 2

ramadhan

Ramai yang maklum..ramai yang menyebutnya. Lagi dan lagi diulang.. buat kiblat bagi yang hilang arah.

Pak Ustaz semalam menyentuhnya dalam ceramah ramadhan. Kata ustaz; Rasullullah s.a.w. kata (hadis):

“Berapa banyak orang berpuasa, akan tetapi hanya mendapatkan rasa haus dan lapar …”

Abu Hurairaah ra berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda:
“jika kamu sedang puasa, maka jangan berkata keji, dan jangan marah dan jika ada orang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah diberi tahu : saya sedang berpuasa.” ( Bukhari, Muslim)
Dalam hadis lain : dari Abu Hurairah ra. berkata: Bersabda Nabi s.a.w.
“siapa yang tidak suka meninggalkan kata-kata dusta, dan perbuatan yang palsu, maka Allah tidak berkehendakan dari padanya puasa meninggalkan makan dan minumnya” ( Bukhari )
Makanya.. jelas bagi kita Allah tidak menerima puasa orang yang sekadar menahan rasa lapar dan dahaga. Malah Allah tidak menerima puasa orang yang masih suka berkata keji dan dusta. Lalu jika kita amati; ibadah berpuasa bukan hanya aktiviti syari’at fizik atau tubuh semata, ia juga adalah LATIHAN KEROHANIAN yang dalam. Puasa melenturkan nafsu dan memantapkan perlatihan jiwa agar tabah, sabar, rukun (rajin) dan istiqamah mejalani ibadah berpuasa (lapar, dahaga dan menahan nafsu lainnya). Hasilnya ALAM DIRI YANG KENTAL dan SEJATI dapat dibentuk perlahan-lahan. Diri yang jauh dari perbuatan atau sifat yang keji, hasad, dusta, nafsu haiwan, nafsu shawwat dan sebagainya.“TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS..” – (alfatihah:6)Puasa membentangkan jalan hikmahnya untuk kita belajar menuju yang lurus. Puasa melatih kita untuk menahan lapar dan dahaga (nafsu perut), menahan nafus shawwat (jimak), meninggalkan segala perbuatan mazmumah dan melalaikan seterusnya melatih diri untuk sabar, redha, ikhlas dan pasrah.Perlatihan berterusan selama sebulan secara tekan tubi ini kelak akan menghasilkan sebuah ANJAKAN PARADIGMA iaitu sebuah akhlak KESEDARAN penuh keinsafan (yang tanpa dipaksa-paksa / provokasi) secara lahiriah dan bathiniah. Kesedaran ini secara umumnya akan mengembalikan DIRI KEPADA FITRAH!!! (Eidul Fitri)
Bagaimana kita mampu mencapai FITRAH ini??!!Tatkala lazatnya berpuasa itu mula ‘hadir’ pada diri.. disaat mengantuk (lemah) bukan lagi cabaran besar, ..nafsu mata terhadap kecantikan (wanita) tunduk ke bumi, ..saat selera mulut (lidah) terhadap makanan diam bersederhana, ..saat mulut juga lebih suka diam membisu dari terlalu suka berbicara, ..saat telinga tidak inginkan muzik atau bunyi yang melalaikan jiwa yang berfikir (zikir), ..saat berdiam lebih bermakna dari berkata-kata.., ..saat berfikir lebih baik dari tidur atau berleka.., ..saat solat terasa ringgan untuk tubuh (yang ringgan akibat tiada makan).., ..saat haus dahaga ilmu memuncak hingga haus tekak jadi terlupa dan saat diri rasa ‘akrab’ dengan Illahi. SEMUA INI hanya mampu diperolehi setelah MEMADAMKAN NAFSU ZAHIRIAH.. SEMUA INI hanya mampu dicapai tatkala mampu MERENDAMKAN KEHENDAK LUARAN TUBUH dan MENGIZINKAN KEPERLUAN ROHANIAH (dalaman) TUMBUH!!

Lalu, andai kita TAHU & FAHAM inilah TUJUANNYA kita berpuasa.., maka kita akan memasuki kesedaran baru iaitu kesedaran & kecerdasan roh suci seperti bayi …itulah kesejatian …itulah ‘aku’ yang hakiki . Sang diri yang kembali kepada khalidnya.., yang tidak pernah berbohong, yang selalu mengikuti kehendak-kehendak Ilahi seperti firman-Nya:

“..qulil ruh min amri rabbi, … katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku” – ( Al Isra’:85)

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu – (Ar Rum:30)”

Kalaupun kita terlalu lemah untuk FAHAM apa dan dimana fitrah kita.. namun kita akan berusaha untuk berpegang kepada apa yang fitrah buat kita iaitu Al-Quran dan Sunnah, kerana padanya terdapat panduan-panduan untuk kembali suci seperti fitrah. Inilah HIKMAH BERPUASA RAMADHAN yang harus dilatih (tekan tubi). Latihan membersihkan diri dari SIFAT yang membinasakan tubuh dan ruh hingga jauh dari erti SUCI.

“Sungguh beruntung orang yang membersihkan jiwa itu” (Asy syams :9)

Jika lulus ujian perlatihan ini, barulah GODAAN FIZIK tidak lagi menjadi halangan untuk JIWA atau SUARA HATI bebas dari belenggu nafsu (nafsulah yang banyak mengendalikan gerakan tubuh kita selama ini). Suara hati yang bebas ini akan berada aman, harmoni, damai serta lazatnya Ramadhan. Tiada lagi resah dan gundah.. nilai pasrah meningkat, rasa redha dan ikhlas terbit mudah dan indah.

Lalu.. Andai saat ini terasa amat lapar… ingat pesan rasul:

“Berapa banyak orang berpuasa, akan tetapi hanya mendapatkan rasa haus dan lapar …”

NOTA RAMADHAN THD 3

ramadhan

Ada sebuah cerita yang diceritakan oleh ahli ilmu..

Alkisahnya bertanya sang guru kepada muridnya (demi menguji cara fikir muridnya sendiri):

“Muridku.. andai syaitan membisikkan kepadamu untuk melakukan dosa dan maksiat.. apa tindakanmu?”“Aku akan menentangnya.. ” jawab murid dengan yakin.
Tanya sang guru lagi..:“Jika dia kembali membisikkan lagi?”Jawab murid itu (angin):“Aku tetap menentangnya juga.”

Tanya guru itu lagi:

“Kalau dia terus kembali lagi?”

Sang murid keras menjawab:

“Aku terus akan menentangnya. Syaitan yang direjam!”

Kemudian guru itu berkata:

“Jika itulah caranya.. kisah ini tiada akhiran dan akan terus berpanjangan”

Murid : (…. diam sambil angguk perlahan tanda setuju)

Guru yang bijak teruskan bicara:

“Wahai muridku.. andai setiap hari dalam perjalananmu ke sini kamu dikejar dan disalaki anjing yang menyangka kamu cuba mengganggu kawasan tanah tuannya yang dia jaga, apakah yang kamu lakukan?”

Jawab sang murid:

“Aku cuba mengelaknya dan menghalaunya sekuat tenagaku.”

Komen guru :

“Jika begitu, setiap harilah akan kamu harungi perkara yang sama. Hinggalah kamu akhirnya keletihan atau mengalah atau dibaham anjing tersebut.”

“Bukankah cara itu seolah tiada akhirannya seperti kamu diganggu syaitan tadi?”

Murid tersentak.. lalu bertanya:

“Maka.. bagaimana harus aku hadapinya?”

Guru tersenyum.. senyap seketika.. lalu berbisik perlahan:

“Mengapa tidak kamu cuba memohon bantuan tuan punya tanah agar mengizinkan kamu melintas tanahnya. Lantas mohon juga agar tuan tanah itu menghalang anjingnya dari mengejarmu atau menyalak padamu.. Jika anjing itu diajar hormat kepadamu.. kelak pasti si anjing akan menurut.”

Murid menggaru kepala sambil tersenyum sumbing.

Mohonlah kepada ALLAH agar kita mampu melawan godaan nafsu dan syaitan. Hanya Allah yang memiliki KEKUATAN, melalui hidayah-Nya kita mendapat kekuatan itu dan mampu melawan ujian yang hadir terus-terusan. Tanpa DOA dan INGATAN (zikir @ fikir @ faham) terhadap yang EMPUNYA SEGALA, kita akan tewas dengan bisikan nafsu dan godaan yang pelbagai. Lalu, KUNCINYA bukan DENGAN SIKAP “MELAWAN” (iaitu merasa diri KUAT dan BERKUASA hingga mahu LAWAN, TENTANG atau SERANG).. KUNCINYA ADALAH SIKAP ABDI iaitu LEMAH DAN MOHON PERLINDUNGAN dari ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

Kata ta’awudz : “Aku BERLINDUNG kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.. “ mengajak kita MELENTUR DIRI UNTUK MEMBENTUK RASA KEHAMBAAN yakni LEMAH dan PERLUKAN PERLINDUNGAN dari ALLAH. Lalu, jika kita fahami maknanya serta hayati ‘rasanya’.. pasti kita akan menyebutnya dengan penuh SANTUNAN DAN RASA PASRAH. Bukan seperti sesetengah mereka yang menyebut kalam ta’awudz dengan NADA PENUH KERAS seolah LAGAK SEORANG PANGLIMA (yang penuh adrenalin) mahu menyerang musuhnya.

Malah Allah mengajar kita mengucapkan KALAM PERLINDUNGAN ini bukan hanya ketika berhadapan dengan godaan syaitan, kita disuruh mohon perlindunganNya ketika membaca Al-Quran seperti firmanNya:

“Apabila kamu membaca al Qur-an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.” (An Nahl : 98).

Lalu, tatkala solat kita akan membaca surah-surah dari Al-Quran, maka bacaan doa ta’awudz ini adalah sebuah tuntutan (sunnah). Dan pendapat ini adalah yang paling sahih dalam madzhab Syafi’i dan diperkuat oleh Ibnu Hazm (Lihat al Majmuu’ III/323 dan Tamaam al Minnah 172-177).

Fikir-fikirkan…

Berkata Syaikh Abul Faraj rahimahullah;

Ketahuilah bahwa perumpamaan Iblis itu apabila dia berada dengan orang yang bertaqwa dan orang yang lalai banyak dosanya, ialah seperti seorang lelaki yang sedang duduk di tangannya ada makanan, lalu datang kepadanya seekor anjing, maka orang itu menghalaunya, dan anjing itu pun segera pergi.

Kemudian anjing itu melalui seorang lelaki yang lain yang di tangannya ada makanan dan daging, dan setiap kali dihalaunya anjing itu, dia tetap menetap di tempatnya tidak mahu pergi.

Begitulah perumpamaannya orang yang bertaqwa itu, bila datang kepadanya syaitan cukuplah ia menghalaunya dengan sebutan zikir dan sebagainya. Dan perumpamaan yang kedua seperti orang yang banyak dosanya dan lalai pula, syaitan sama sekali tidak berpisah dengannya disebabkan dosanya yang banyak dan lalainya yang tidak berhenti.

Ayuh kita PASRAH.. tunduk lemah penuh ‘hadir’ jiwa untuk MOHON PERLINDUNGAN DARI UJIAN NAFSU & SYAITAN YANG TERKUTUK… RAMADHAN masa untuk melatih keABDIan jiwa kepada yang MAHA MILIK dan yang MAHA BERKUASA.

NOTA RAMADHAN THD 4

ramadhan

Suatu petang yang indah, seorang murid duduk berehat di bawah sepohon pokok yang rendang. Hatinya penuh gundah. Resah memikirkan kondisi ruhaniahnya. Banyak soalan bermain di benaknya.. yang utama adalah di mana beradanya dia saat itu? (tahap spiritualnya).

Berat hatinya.. liku hidup yang dilalui dan yang terbentang banyak mengajarnya erti ‘hidup’ dalam kehidupan. Sedar pada tiap nafas yang diizinkan serta pasrah pada ketentuan yang mendatang. Dia tahu hala kiblatnya .. namun kekadang hatinya bergolak mahu tahu status dirinya pada alam.Tiba-tiba hadir Sang Guru duduk dampingan menemani muridnya yang gundah. Lembut tuturnya bertanyakan sang murid akan kisah apakah gundahnya.. hingga terpacullah persoalan yang bermain dibenak murid tadi kepada sang Guru.Guru menjawab tenang:

Lihatlah pohon ini muridku.. (seraya menunjuk pokok yang mereka berteduh). Ia bukan kebetulan ada di sini, segalanya berada dalam ATURAN DIA. Suatu masa dulu, benih pohon ini tiba di sini. Atas KUDRAT & IZIN Yang maha Berkuasa, ia mulai tumbuh. Akarnya berkembang menusuk ke bumi, berselerakan dan mencengkam. Lalu di atas permukaan benih tumbuh menjadi pohon. Masa berlalu, pohon kian membesar, batang pokoknya mula kuat serta dahan-dahannya mantap. Ranting-ranting tumbuh ke setiap arah semakin tinggi, dedaun merimbuninya hingga mula menghasilkan bunga lalu berbuah.

Semakin banyak buah berhasil.. semakin hilang ikatannya dengan tanah asal di bawahnya. Miskipun batangnya masih berdiri atas kuatnya akar yang di dalam tanah, namun BUAH kini adalah HASIL yang dilihat – lalu HUBUNGANNYA adalah kepada MANUSIA dan haiwan.”

Murid merenung dalam kata-kata hikmah Sang Guru.. namun maksudnya belum terbayang… dia tunduk diam, akur diri belum faham dan mahukan bingkis cerita difahamkan untuknya. Lalu sambung Guru:

“Demikianlah hidup ini muridku.. Walaupun kau tumbuh tinggi seperti pokok itu, namun AKAL, HAJAT, NAFSU, INGIN, HASRAT-mu tetap terikat pada bumi (dunia) yang kamu akari. Padanya kau berdiri, padanya kau bina hidup dan padanya kau ‘terikat’. Sedangkan dalam masa yang sama kau mahu ‘terbang’ bertemu Rabb-mu.. mahu akrab dengan DIA yang kau sembah serta mahu rasa SELAMAT dalam dakapan-Nya.”

“Itulah permintaan di dalam qalbumu.. itulah yang kau resahkan sedangkan kau tahu kau masih kerdil untuk rasa SELAMAT.. kau masih JAUH untuk rasa DEKAT.. serta kau masih TERIKAT di bumimu ini!!”

Murid terus terkedu.. ternyata Guru tahu apa rasanya hingga tahu bagaimana mahu perkatakannya. Ya benar.. kekadang itulah gundahnya.. dia terikat dengan amalan syariat – zahiriah sedangkan yang mahu dicapai adalah ‘rasa’ makrifat – bathiniah. Yang dicarinya adalah CINTA ALLAH yang ‘cinta’ dan ‘Allah’ itu bukanlah sesuatu yang zahir untuk dilihat, disentuh atau diraba. Cinta itu hanya sebuah ‘rasa’ dan ia adalah dibalik nyata (fizik). Akalnya bukan pengukur kerana jawapan yang dicari tak ditemui. Pe’rasa’an-nyalah yang menghukum (pengukur) kerana keadaannya (cinta) untuk diberasai.

Sang Guru menyambung bicara..:

“Muridku.. tanpa akar tiadalah pohon hingga tiadalah buahnya. Tanpa ibadah syariat (fizik) ini tiadalah akan kau kenal makrifahnya (khasiat – rasa) lalu tidaklah kau capai matlamatnya yang kau cari.”

“Kau berfikir tentang Tuhan dan mahu menuju (mencariNya), maka sebanyak manapun IKATANMU pada tuhanmu – jika kau mahu menuju Tuhan PERANAN FIZIK ini menjadi ukurannya. Kau harus jadi seumpama pohon yang tetap subur (sihat) berdiri untuk membolehkan daun mencapai cahaya matahari. Yang kelak kerananya hasil debunga yang akan menghasilkan buah. Rasa adalah buah itu.. Untuk kau perolehi ‘rasa manis’ kau harus buahi pohonmu dengan ILMU & AMAL kerana sesungguhnya yang manis pada buah itu adalah TAQWA. “

“Lalu muridku… jagailah kesihatanmu kerana ia amanah, Jagailah maruahmu kerana ia juga amanah. Bajailah ilmu-mu dengan amal yang tekun kerana dari usaha fizikmu itu akan berhasil khasiat ‘rasa’ yang amat lazat. Tumbuhlah (usaha) sebagai pohon yang segar batang, dahan dan rantingnya.. demi mengizinkan daun-daun dan bungamu menuju-Nya (niat & tawaqal) sehingga kau berhasilkan ‘BUAH’ yang dapat dimanfaatkan semua makhluk (buat baik untuk sekelian alam). Itulah jalan menuju-Nya.. jalan yang kau berada sekarang.”

Petang itu, bersama bayu yang lunak.. senyum terukir dan rasa bahagia bertebaran ke alam.

Ramadhan bulan untuk menyuburkan akar pohon ini.. memantapkan setiap dahan islam dan imannya.. menguatkan duduk ranting ibadah lainnya hingga mengasah ‘rasa’ yang mahu dicapai agar tepat kiblat (arah) nya. Melentur atau mengukir memerlukan disiplin masa, tenaga dan DOA. Mohonlah pada-Nya agar Ramadhan ini menghasilkan ‘buah’…

Ya Allah… rahmatkanlah kami…

NOTA RAMADHAN THD 5

ramadhan

Rehat sejenak.. bersandar dan bernafas sempurna. Rehat!

Tarik nafas perlahan, senyap dan panjang… (subhanallah)…

Lepas nafas perlahan, senyap dan panjang… (subhanallah)…Teruskan beberapa ketika hingga terasa nyaman, tenang dan hening.. (hadir jiwa)………………….Fikirkan diri sendiri dan ucapkan dalam hati :Sejahteralah untuk ku.. Ya Allah, mohon kekuatan (qudrah / energi)..Semoga aku sihat dan bahagia..

Semoga aku bebas daripada kemarahan dan kebencian..

Semoga aku bebas daripada penderitaan jasmani dan rohani..

Semoga aku dapat mempertahankan kebahagiaan sendiri…

Semoga aku dapat terus merancang kehidupan dengan penuh bijaksana…

Teruslah bernafas tenang…

Tarik nafas perlahan, senyap dan panjang… (subhanallah)…

Lepas nafas perlahan, senyap dan panjang… (subhanallah)…

MUHASABAH DIRI – BINA STRATEGI

Apa rancangan anda hari ini? Iftar dimana?? Rumah atau di hotel 5 bintang di kotaraya? Apa rancangan sesudahnya? Terawikh di rumah atau di surau FB?.

Apa pula perancangan ESOK.. emm.. bagaimana pula persiapan HARI RAYA?

Keluar sahaja rumah kena ada ‘plan’ nak ke mana.. jalan mana nak guna.. pukul berapa nak tiba dan sebagainya. Apatah lagi soal HIDUP.. SOAL PERKEMBANGAN HIDUP.. SOAL SUKSES!! Ohya.. apa ‘plan’ SUKSES tahun 2011 ini?

SEMUANYA PERLU ‘PLAN’ aka RANCANGAN..

Segalanya perlu dirancang. Tanpa perancangan, MANA AKAN ADA (tiba) HASILNYA. Sudah kita acapkali dengar dan lihat.. segalanya TERHASIL atas PERANCANGAN MINDA atau PERASAAN. Samada secara sedar atau tidak.. minda merancana perancangannya.. EMOSI juga turut merancang atau mengiyakan perancangan minda sedar. Lantas.. kita ini adalah PERANCANG YANG HEBAT. Tiap saatnya suka merencana dan merancang.. besar atau kecil bukan ukurannya. Baik atau tidak juga bukan ukurannya.. TRANSMISI DOA INI terus-menerus BERSIARAN LANGSUNG 24 jam tanpa henti (tanpa sedar).

Ustaz saya kata.. “hatta, nak buat reban ayam sahaja pun, kita perlu merancang terlebih dahulu”.

SOALNYA.. APA YANG KITA RANCANGKAN ITU?? Apa yang kita langsungkan TRANSMISINYA kepada alam itu?? Sesuai ke tidak?? Baik ke tidak?? atau manfaat ke tidak??

Jika yang diGEMAkan itu RISAU.. (biarpun kita tak namakan ia sebagai ‘rancangan’), MAKA YANG ‘DITONTON’ ALAMDIRI ADALAH SIARAN “RISAU”.. lalu ANTENNA SIARAN INI MEMANCAR KEPADA ALAM (umpama doa). Dan ALAM pula menjawap (TANPA PERLU TUNGGU PERSETUJUAN KITA) DENGAN “NADA YANG SERUPA” iaitu “RASA RISAU”. Maka yang berhasil (yang kita perolehi – tanpa sedar atau rela) adalah LEBIH BANYAK RISAU. Seterusnya ini menjadi TABIAT RISAU.. hingga akhirnya MENJADI PENYAKIT RISAU.

Alam diri kita ini umpama TV LED 3D model canggih yang telah siap ASTRO PAKEJ PENUH.. Tak terkira SIARAN yang ada.. Tak terhitung JAM SIARANNYA. TAK TERHITUNG RANCANGAN yang terhidang.

Hatta pula RAMADHAN ini.. macam-macam RANCANGAN HEBAT disediakan.. LAGI PULA NAK SAMBUT RAYA.. hemm.. MACAM-MACAM ADA!!!

(antara yang utama, SIARAN MANA NAK CARI DUIT UNTUK SAMBUT RAYA.. ada siaran risau.. ada siaran hutang.. ada siaran kerja lebih masa.. ada siaran minta bonus.. ada siaran pasrah.. ada siaran marah.. MACAM-MACAM ADA!!)

Susah nak jaga SIARAN RANCANGAN TV LED 3D – ASTRO DIRI KITA NI.. kalau tak diawasi, takut siaran-siaran negatif yang banyak!!

APA RANCANGAN RAMADHAN 1432H kali ini…??

Ramadhan juga perlu dirancang. Pelan strategi Ramadhan perlu dirangka dan digariskan… jika tidak RANMADHAN KITA bukanlah RAMADHAN ISTIMEWA (sedangkan ia bulan istimewa). Sekurang-kurangnya kena ada strategi.. ada RANCANGAN!. Soal terlaksana atau tidak.. bukan isu utama.. jika dah rancang, TETAPKAN USAHA.. Jika Allah izin.. DAPATLAH HASILNYA!!

Lalu, jika MAHUKAN RAMADHAN YANG HEBAT & ISTIMEWA.., maka RANCANGLAH. Perincikan istilah dan skop ISTIMEWA untuk anda.. istimewa perut (dunia) ke atau istimewa alam ruhaniah. Bukankah Ramadhan bulan mahu melatih badan DEMI UNTUK MELENTUR JIWA??!!. Lalu fikir-fikirkan “istimewa Ramadhan” anda..!!

Rancang biarlah PENUH dan TELITI.. buatlah rancangan untuk SETIAP HARI RAMADHAN. Dari hari 1 hingga ke 30-nya.. adakan dairi atau journalnya.. buatlah TRAVELOG RAMADHAN.. atau NOTA RAMADHAN…

Selalulah bercakap dengan diri sendiri (biarpun orang kata kita gila).. bercakap sorang-sorang dengan TUHAN.. (biarpun orang kata kita sewel).. KERANA melaluinya KITA PERKEMASKINIKAN (download program) SIARAN KITA. Kena betulkan ANTENNA agar SIARAN KITA TERANG.. juga kena PLOT-kan RANCANGAN AGAR SIARAN MANTOP!

RANCANGAN MACAM MANA NAK BUAT AGAR TAK TERSASAR JALAN…??!!

Guru zuhud saya cakap; “Mulakanlah segala perancangan ini dengan meletakkan akhirat di hadapan kita. Inilah persiapan yang paling asas. Kita kena letakkan kematian sebagai permulaan kehidupan harian kita di dunia ini. Barulah kita akan menjadi orang yang bijak. Barulah nafsunya menjadi jinak. Barulah dorongan untuk memastikan setiap detik kehidupan kita di dunia ini adalah untuk membina kehidupan akhirat yang hakiki.”

fikir-fikirkan…

NOTA RAMADHAN THD 6

Image

Kata PUASA muncul beberapa kali di dalam Al Quran. Allah perjelaskan perihal PUASA dibeberapa posisi di Surah Al Baqarah pada 5 ayat iaitu pada ayat 183, 184, 185, 187 dan 196.

Perhatikan ayat di atas.. AYAT INI (186) berada di antara ‘kisah-kisah’ PUASA yang ALLAH didik kita pada surah sebelum dan selepasnya (185 & 187).. PADA AYAT DI ATAS INI, ALLAH SEBUT PERIHAL DOA YANG DIMAKHBULKAN BAGI HAMBANYA YANG BERDOA & BERIMAN.

Sungguh.. antara HIKMAH PUASA (melaksanakan PERINTAH ALLAH) adalah DOA yang diangkat @ dimakhbulkanNya.

Ayuh.. JANA ENERGI DOA LUARBIASA sepanjang Ramadhan ini…

NOTA RAMADHAN THD 7

Image

sebuah kisah untuk renungan…

Bahlul, si tolol yang bijaksana, sering menyembunyikan kecendekiaannya di balik tabir kegilaan. Dengan itu, ia dapat keluar masuk istana Harun Al-Rasyid dengan bebasnya. Sang Raja pun amat menghargai bimbingannya.

Suatu hari, Bahlul masuk ke istana dan menemukan singgasana Raja kosong. Dengan enteng, ia langsung mendudukinya. Menempati tahta Raja termasuk ke dalam kejahatan berat dan boleh dihukum mati. Para pengawal menangkap Bahlul, menyeretnya turun dari tahta, dan memukulinya. Mendengar teriakan Bahlul yang kesakitan, Raja segera menghampirinya.

Bahlul masih menangis keras ketika Raja menanyakan sebab keributan ini kepada para pengawal. Raja berkata kepada yang memukuli Bahlul, “Kasihan! Orang ini gila. Mana ada orang waras yang berani menduduki singgasana Raja?” Ia lalu berpaling ke arah Bahlul, “Sudahlah, tak usah menangis. Jangan kuatir, cepat hapus air matamu.” Bahlul menjawab, “Wahai Raja, bukan pukulan mereka yang membuatku menangis. Aku menangis karena kasihan terhadapmu!”

“Kau mengasihaniku?” Harun mengherdik, “Mengapa engkau harus menangisiku?” Bahlul menjawab, “Wahai Raja, aku cuma duduk di tahtamu sekali tapi mereka telah memukuliku dengan begitu keras. Apalagi kau, kau telah menduduki tahtamu selama dua puluh tahun. Pukulan seperti apa yang akan kau terima? Aku menangis karena memikirkan nasibmu yang malang…

hemm..

Nota RAMADHAN THD 8

Image
Epilog :

Hari ke 8 Ramadhan. Hari ini, lagu Ramadhan terus berkumandang penuh kesyahduan.. mengusik jiwa-jiwa yang kontang untuk terus mengisi kerinduan yang panjang. ASMARA ini mula dilanda syahwat & berahinya..Diri semakin transenden.. Ramadhan melewati daerah yang kian dalam. Semakin dalam, energinya semakin dashyat!.

Seharian masa berlalu pantas.. sebagai sang fakir, diri ini tewas lagi. Mungkin ini sahaja pilihan yang terbentang di saat persiapan dan akhlak masih belum terbentuk ‘sempurna’ di sisi-Nya. Jiwa meronta namun jasad mengikatnya dalam acuan diri. Terasa masih ‘belum hadir’ biarpun semakin diri mencuba untuk hadir..

Kadangkala diri terfikir untuk tidak memikir.. namun, semakin cuba untuk tidak memikir.. semakin dalamlah fikir. Lalu, fikir untuk tidak memikir hanya menjadikan diri sang pemikir. Semakin dalam, semakin dashyat!

Ada juga ketikanya, cuba untuk diam. Teringat pesan guru: “untuk sampai ke daerah ‘diam’, ikutlah laluan ‘gerak’.. kerana di hujung gerakan akan tibalah ke daerah diam.” Maka, pesan ini umpama ‘lorong’ (manual).. Pun, ‘gerak’ yang di ikut semakin bergerak. Lagi diikut lagi laju geraknya. Lalu diri yang lelah dek cuba mengekornya (memerhatikan setiap geraknya). Lalu, cubaan untuk diam tak jadi diam.. yang jadi hanya gerak.

Lalu, ‘lorong’ ini belum tepat (cukup).. lantas, teringat pula pesan guru yang lainnya; “diam jangan diburu, hanya ‘relakan’.. ‘gerak’ pasti ada awal dan akhirnya. Ia berlaku dengan rela (fitrah).. lalu cari duduk ‘rela’ dalam ‘gerak’.” Aduhh.. semakin dalam semakin dashyat!!

Malam ini dalam tafakur mencari diri.. sang ‘aku’ menadah tangan (jiwa) pasrah.. memohon ‘cahaya’ dalam ‘cahaya’. Sesuai dengan pesan Tuhan:

” Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Al-Hadid: 28)

Lorong ini mahu ditempuh.. bukan pilih akal, namun pilih sang qalbu. Kerana itulah fitrah mahunya.. kembali ke fitrah (asal)-nya. TRANSFORMASI HIJRAH DIRI!!

Lorong ini mahu ditempuh (suluk) agar mungkin dapat tergapai rahmat yang pertama – cahaya iman. Cahaya suci sesuci bayi seperti saat ia lahir yakni ketika diri belum punya tompokan dosa – al-muththaharun. Itu tujuan utama.

Bila cahaya iman kembali gemilang, sang ‘diam’ – Ruhul Qudus hadir. Melaluinya diri ingat kembali misi asal hidupnya seperti perjanjiannya duhulu dihadapan Rabb-nya:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”.

(al-A’raf: 172)

Tatkala diri mampu tiba ke daerah ini, saat diri mampu mengenal keseluruhan (biarpun kecil) akan Nafs-nya, maka diri bakal bertemu daerah ‘diam’ (tingkatan) yang baru yakni Syuhada. Hanya pada makam ‘diam’ yang ini diri mampu mengenal Rabb-nya.

[sungguh!! diri ini terlalu jauh… semakin dalam semakin dashyat!!!]

Seterusnya diri mendambakan watak ‘insan’ yang qarib kepada Rabb-nya. Saat ini, tiada lagi guru luaran yang mampu membimbing diri dalam langkahnya pada lorong-lorong itu. Yang ada (guru) adalah Ruhul Quds-nya sendiri yang akan membimbing dan mengembangkannya menuju kemuliaan – shiddiqiin.

Diri seumpama logam yang dibakar api menyala, bahangnya melembutkan waja hingga bisa ditempa untuk terbentuk. Ia bukan pilihan.. ia suatu kemestian dan kepastian.

HARI INI..

Kita semakin MAJU ke depan.. kemajuan ini mungkin KECIL namun ia SIGNIFIKAN. Soalnya; ‘ke DEPAN’ itu menuju yang HAQ atau yang BATIL.. Hati-hatilah.. ‘PESTA’ Ramadhan KIAN MAJU.. dan pestanya ada berbagai TEMA.. ada TEMA ‘CAHAYA’ ada TEMA ‘ALPA’.. terkadang kita DI ANTARA keduanya.. TERPERANGKAP & TERBELENGGU.

TUHAN..

‘Bimbing aku JALAN yang LURUS.. mudah.. dan ‘BERCAHAYA’!!’

hemm..

YO! AL-FURQAN..!! jadilah SAHABATKU.. cahayai aku..
YO! RAMADHAN..!! Coooolllll… SHINE ON ME.. BE MY FRIEND!!
YO! TERAWIKH..!! Wassuup dude!! Lets Party!! everyday r ‘SUN’DAY!!
YO! IMAN..!! Be MY PARTNER day & night!!

peace!!

Nota RAMADHAN THD 9

Image

Al-Aziz – Yang Maha Mulia

Kata al-Aziz memiliki makna kekuatan yang maha dahsyat yang mengandung konotasi makna kemenangan dan keperkasaan. Kata ini dipakai untuk menunjukkan sesuatu yang tidak dapat dibandingkan, seperti lafadz azza al-syai’u artinya sesuatu menjadi mulia sedemikian rupa sehingga tidak mampu ditemukan bandingannya.

Ringkasnya al-Aziz adalah kekuatan untuk mengalahkan sesuatu yang tidak dapat dikalahkan, namun demikian pemakaiannya harus tetap dikaitkan dengan susunan kalimat atau berkaitan dengan konteksnya. Kata al-Aziz dalam al-Qur’an disebutkan sebanyak 148 kali dan yang menjadi sifat Allah s.w.t. sebanyak 89 kali. (Ja’far Subhani, 1412 H: 204, bandingkan dengan Muhamad Fuad Abdul Baqi: 459-461).

Ayat-ayat al-Qur’an yang menyebutkan al-Aziz yang berfungsi sebagai al-Asma al-Husna antara lain:

Sesungguhnya Ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan Sesungguhnya Allah, dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .(QS. Alu Imran, 3: 62)

Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu karenanya. dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. Alu Imran, 3: 126)

Kata al-Aziz yang tidak digunakan untuk sifat Allah antara lain disebutkan dalam al-Qur’an:

Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

(QS. al-Taubah, 9: 128)

Makna ‘azizun alaikum’ dalam ayat tersebut menerangkan mengenai betapa sangat pedulinya Nabi Muhammad s.a.w. terhadap umatnya. Dan kepedulian itu sungguh luar biasa sehingga tidak dapat dikalahkan oleh manusia manapun. Dalam ayat lain disebutkan kata al-Aziz untuk sifat seseorang kerana orang tersebut memiliki kemuliaan dan keperkasaan yang tinggi, disebutkan sebagai berikut:

Mereka berkata:

“Hai Syu’aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu, sedang kamupun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.”

(QS. Hud, 11: 91).

(sumber dari Zakky Mubarak)

Asma Al-Aziz adalah CERMIN untuk kita agar membentuk AKHLAK MULIA. Manusia yang menjadi hamba kepada Allah yang Al-Aziz semestinya mengambil sifat perkasa ini agar ia mampu mengalahkan HAWA NAFSU yang buruk. Nafsu Haiwan dan Nafsu Syahwat adalah antara sifat nafsu yang ada bagi manusia yang harus dikawal dan ditundukkan. Ia merupakan stesen untuk syaitan menakhluki manusia. Padanya juga VIRUS-VIRUS benih syaitan ditanam yang kelak bakal menjadi ANTENNA yang dapat dikawal secara jarak jauh (remote) oleh syaitan dan Iblis.

Ramadhan masa untuk melentur iman. Masa untuk menyemarakkan cahaya alam diri (akhlak mulia) melalui ilmu, amal dan taqwa (ibadah) yang diolah keras sepanjang ramadhan. Biar payah dan penuh dugaan.. setiap mukmin harus cekal melenturnya dan membentuknya.

Ramadhan masa untuk memperkasakan agar mulia (al-aziz) peribadi. Miskipun syaitan terKUNCI sepanjang ramadhan.. namun hawa nafsu adalah milik setiap diri itu sendiri. Lalu jika ANTENNA NAFSU SYAITAN itu telah siap berdiri (tanpa dihancurkan), aktivasinya mungkin dilakukan secara jarak jauh sahaja tanpa perlu kehadiran syaitan ke lokasi (diri). Lalu, tidak hairanlah apa yang kita lihat, dengar dan tahu dewasa ini; miskipun ramadhan (bulan al-mubarak yang kekuatan syaitan di’kunci’) – isu kemaksiatan dan amal mungkar masih berleluasa. Semuanya atas DORONGAN NAFSU buruk dalam ALAM DIRI yang mungkin telah lama dibenih, dijaga rapi dan disuburkan oleh ‘software’ syaitan selama ini.

Ramadhan THD – TEKAN BUTANG ‘SCAN’ untuk MUHASABBAH perlakuan diri sepanjang perjalanan ini. Jika masih ada SIKAP yang ber’VIRUS’kan LALAI, KOTOR, DOSA, MALAS IBADAH dan sebagainya, sedangkan SYAITAN TERIKAT.. maknanya – ANTENNA NAFSU SUDAH DICEMAR VIRUS SYAITAN. Lalu, mulalah LAKUKAN SESUATU. Carilah ANTI-VIRUSnya yang DIJUAL MURAH & MUDAH di sepanjang Ramadhan ini.

Lalu, jika mahu dibersihkan VIRUS-VIRUS KOTOR ini, anti-virusnya adalah KEMBALI KE FITRAH yakni ke jalan Allah. Dan perisian ANTI-VIRUS ini harus dipasang dibulan yang MUBARAK ini.. kerana padanya adalah HARI-HARI KERAHMATAN dan KEMENANGAN. Semoga dengan ‘software’ yang betul, kaedah yang betul serta di masa yang tepat.. struktur INSAN ITU KEMBALI PERKASA PENUH KEMULIAN seperti sifat Allah al-Aziz yang menjadi CERMIN dan PANDUAN (MANUAL) untuk manusia mencapai kegemilangannya.

Nota RAMADHAN THD 10

Image

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

Ramadhan bulan KERAHMATAN… padanya CAHAYA @ NUR SALAM – cahaya keselamatan dan kerahmatan. Sirah telah membuktikan yang tercatat jelas dalam FIRMAN bahawa NURUL FURQAN dilabuhkan kepada ALAM pada bulan Ramadhan.

NUR SALAM atau ENERGI MUTLAK @ ASAL yang menjadi cikal bakal dan jiwa alam semesta serta ruh para orang suci itu adalah NUR MUHAMMAD.

Firman Allah dalam hadis qudsi yang bermaksud:

“Jika bukan kerana Muhammad, maka tidaklah Aku menciptakan langit dan bumi”

Lalu, dari sandaran inilah energi mutlak ini difahami dan tercipta pada alam. Ia menjadi ASAS terhadap segala bakal wujud yang lain pada alam ini. Dan ianya dirahmatkan kepada alam melalui NURUL ILM yang dianugerahkan kepada Rasul. Segalanya bermula dengan PENGIJAZAHAN RASUL di gua Hira’ dengan ayat-ayat CINTA dari Allah. Dan peristiwa ini berlaku di bulan RAMADHAN.

dan itulah PERISAI UTAMA…

 

Re-posting article: Nota RAMADHAN I

6 hari lagi…

Ramadhan bulan mulia BAKAL kembali menziarah. Buat mereka yang pasrah menantinya penuh sabar, ketibaan RAMADHAN penuh KETERUJAAN dan DEBARAN. Betapa tidak.. SUDAH LEBIH 300 HARI berlalu sejak RAMADHAN 1431H.. tempoh 11 BULAN INI ternyata SUNYI.

Ramadhan 1

INILAH BULAN YANG KALENDAR HIJRAH DIMAKMURKAN!!

INILAH BULAN YANG ORANG ISLAM MULA ‘KEMBALI’ KE KALENDAR HIJRAH!!

INILAH BULAN YANG ORANG MULA MENGHITUNG HARI MENURUT KALENDAR HIJRAH.

INILAH BULANNYA, ‘SOFTWARE’ HIJRAH kembali ke BENAK MUSLIM untuk ambil kisah (dan peduli) akan PERJALANAN setiap harinya samada buat mereka YANG MEMAKMURKAN HARI-HARINYA atau YANG RESAH MENYEMPURNAKANNYA (menghabiskan bulan puasa). Bulan ini MUSLIM PEKA bila AWAL Ramadhan, TENGAHNYA Ramadhan malah terutamanya AKHIRNYA Ramadhan.

BEGITULAH HEBATNYA BULAN RAMADHAN…

Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. Angka 9 membawa kemenangan dan merupakan tingkatan tertinggi dalam angka pencapaian. 9 juga memberi erti KEMATANGAN, seumpama MATANGNYA benih kehidupan dalam KANDUNGAN si ibu yang makin bersedia untuk sebuah kelahiran.

TANPA SEMBILAN BULAN ‘ALAM PERTAMA’ KITA itu, tiadalah KITA HARI INI…!!!

ramadhan 2

Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Hijrah. Angka 9 membawa KEMENANGAN dan merupakan tingkatan tertinggi dalam angka pencapaian. Dari susunan 1 hingga 9.. angka 9 adalah angka YANG TINGGI!! Lalu, 9 adalah AKHIRAN.

Ada AKHIRAN YANG MENANG.. dan ada YANG KALAH. Dimanapun ianya berakhir.. yang UTAMA adalah IANYA TIBA KE TITIK KEMUNCAK (akhir) kerana yang tergantung-gantung (tak berakhir) lebih menyiksakan. Menang atau kalah ADALAH RAHMAT yang diberi untuk diSYUKURI dan DIHAYATI!!

Angka 9 juga memberi erti KEMATANGAN, seumpama MATANGNYA benih kehidupan dalam KANDUNGAN si ibu yang bersedia untuk sebuah kelahiran lalu MENGIZINKAN KELAHIRAN (permulaan yang baru) pada FASA yang baru. KEMATANGAN yang memberi KECUKUPAN dalam KEPERLUAN yang ditentukan. KEMATANGAN yang mengizinkan PERJALANAN BOLEH DITERUSKAN menuju KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN. Laksana, TANPA SEMBILAN BULAN ‘ALAM PERTAMA’ KITA dalam kandungan ibu kita itu, tiadalah KITA HARI INI…!!!Ramadhan BULAN KE SEMBILAN.. Bulan yang ALLAH hadiahkan untuk INSAN, yang RASUL ijazahkan untuk umatnya. Bulan Ramadhan laksana RAJA. Apatah lagi kehadirannya didahului oleh REJAB & SYAABAN yang JUGA banyak KEISTIMEWAANNYA. Rejab & Syaaban umpama LAKSAMANA & MEMANDA MENTERI yang mengiringi RAJA. Seolah PENGIRING YANG MENGEPALAI SANG ‘RAJA’.. selama 2 BULAN sebelum Raja – RAMADHAN tiba. Mengapalai acara seawalnya lagi sebagai TANDA SANG RAJA sudah kian TIBA!!.2 bulan (REJAB & SYAABAN) juga seumpama LATIHAN.. medan melentur semula agar JASMANI & JIWA kembali AKRAB san SINONIM dengan TUNTUTAN FITRAHNYA yakni IBADAH kepada YANG MENCIPTAKANNYA. Kehadiran BULAN RAMADHAN sebagai BULAN RAJA (utama) untuk SEGALA IBADAH & ASMARADANA terhadap SANG RAJA YANG MAHA PEMILIK. Berkat LATIHAN Rejab & Syaaban, ‘lenggok tari’ sang hamba kian hilang KEKOKnya menyembahkan dirinya kembali ke fitrahnya.SYAABAN, Rasul SAW sebut sebagai ‘BULANKU’ yang seolah BERKIAS untuk umatnya yang bersyahadah siang-malam, pagi dan petang bahawa ‘Muhammad itu PESURUH ALLAH’; untuk TERUS MENGIKUT ‘LANGKAH’ sang Rasul. Syaaban yang Rasul penuhkan dengan ‘warna ibadah’ menyuntik SARANAN untuk umatnya MENGIKUT JEJAK-JEJAK RASUL itu.. yang rupa-rupanya Rasul teladankan semata-mata MAHU MELATIH UMATNYA agar CEMERLANG di bulan RAMADHAN (yang BAGINDA RASUL sebut sebagai ‘BULAN UMATKU’). Lalu, saranan BAGINDA untuk IKUT BAGINDA itu bukan untuk memenuhi fitrah baginda, TETAPI IA ADALAH KEMBALI UNTUK FITRAH DIRI SETIAP UMAT BAGINDA (kita!!).

Kini Ramadhan KIAN TIBA, ada AMANAH untuk dilunaskan.. inilah BULAN yang ADA RUKUN DI DALAMNYA. SUKA atau TIDAK, SEDIA atau TIDAK.. ia MENUNTUT HAQ-NYA KEMBALI…!!

Pun Rasul amat menyantun dalam RISALAH ISLAMIAHNYA terhadap umatnya: saranan baginda perihal Ramadhan..

Dari Abu Hurairah; Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

(Riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

juga dalam saranan yang lain;

Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Dalam hadis lain, Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:

Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

(Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

juga daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

(Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

MARHABAN YA RAMADHAN..

(Ya Allah.. andai kau sudi mendengar rintihan hambaMu yang kalah..)

Maafkan aku kerana LALAI terhadapmu.. persiapan ini terlalu kurang dan ringkas. Tidak langsung setanding dengan MARTABAT MU wahai Ramadhan sebagai bulan yang agung.

Maafkan aku kerana LEMAH.. lemah untuk menjaga PEKA akan mendidik jiwa untuk terus menyuburkan CINTA & RASA terhadapmu.. tidak langsung SEHEBAT CINTA RASUL ku TERHADAP mu ya Ramadhan bulan percintaan.

Maafkan aku kerana FAKIR.. dalam memahai setiap ILMU & HIKMAH yang ada pada mu sepanjang 30 hari kehadiranmu yang memberi ruang & peluang untuk aku menempa ILMU NUR RAMADHAN mu. Cahaya ilmu mu mampu menyuluh SETAHUN perjalanan ku kelak sehingga engkau berlabuh semula..

Lalu.. BERLAH AKU PELUANG KALI INI.. AJARI AKU, AJAKI AKU.. KUATKANLAH AKU!!

(anak mataku tenggelam dalam airnya sendiri… )

Semoga Allah Rahmati kita semua…

Marhaban..

Marhaban…

Marhaban Ya Ramadhan…

Saya mewakili ISTERI & ANAK-ANAK serta KELUARGA IQBC Sdn Bhd.. memohon AMPUN & MAAF atas segala KESILAPAN & KEKURANGAN kami sepanjang tempoh singkat hubungan kita ini.

4 hari lagi…

ramadhan 1
Ramadhan juga perlu dirancang. Pelan strategi Ramadhan perlu dirangka dan digariskan… jika tidak RAMADHAN KITA bukanlah RAMADHAN ISTIMEWA (sedangkan ia bulan istimewa). Sekurang-kurangnya kena ada strategi.. ada RANCANGAN!. Soal terlaksana atau tidak.. bukan isu utama.. jika dah rancang, TETAPKAN USAHA.. Jika Allah izin.. DAPATLAH HASILNYA!!Lalu, jika MAHUKAN RAMADHAN YANG HEBAT & ISTIMEWA.., maka RANCANGLAH. Perincikan istilah dan skop ISTIMEWA untuk anda.. istimewa perut (dunia) ke atau istimewa alam ruhaniah. Bukankah Ramadhan bulan mahu melatih badan DEMI UNTUK MELENTUR JIWA??!!. Lalu fikir-fikirkan “istimewa Ramadhan” anda..!!

Rancang biarlah PENUH dan TELITI.. buatlah rancangan untuk SETIAP HARI RAMADHAN. Dari hari 1 hingga ke 30-nya.. adakan dairi atau journalnya.. buatlah TRAVELOG RAMADHAN.. atau NOTA RAMADHAN…Selalulah bercakap dengan diri sendiri (biarpun orang kata kita gila).. bercakap sorang-sorang dengan TUHAN.. (biarpun orang kata kita sewel).. KERANA melaluinya KITA PERKEMASKINIKAN (download program) SIARAN KITA. Kena betulkan ANTENNA agar SIARAN KITA TERANG.. juga kena PLOT-kan RANCANGAN AGAR SIARAN MANTOP!

RANCANGAN MACAM MANA NAK BUAT AGAR TAK TERSASAR JALAN…??!!

Guru zuhud saya cakap;

“Mulakanlah segala perancangan ini dengan meletakkan akhirat di hadapan kita. Inilah persiapan yang paling asas. Kita kena letakkan kematian sebagai permulaan kehidupan harian kita di dunia ini. Barulah kita akan menjadi orang yang bijak. Barulah nafsunya menjadi jinak. Barulah dorongan untuk memastikan setiap detik kehidupan kita di dunia ini adalah untuk membina kehidupan akhirat yang hakiki.”

boleh..???

Marhaban YA Ramadhan…

3 hari lagi…

ramadhan 1

Ramadhan kembali lagi. Bersyukur kita sebagai umat Nabi Muhammad saw masih lagi diberi peluang untuk menyambutnya pada tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang ke9. Jatuh pula pada tahun yang per1 dalam tahun 1432 = GT nya (1). Banyak tanda2 kebesaran Allah telah dipertontonkan kpd kita samada kita sedar ataupun tidak, peka atau tidak, ambil tahu atau buat tak tahu. Terpulang pada masing2 empunya diri untuk menafsirnya.

Ramadhan merupakan madrasah agung yang banyak untuk kita pelajari daripadanya. Cara terbaik untuk mengenali tetamu yang mulia ini ialah dengan melihat bagaimana Rasulullah saw menyambut bulan ini. Bagaimaa baginda bersedia untuknya? Sejak bulan Rajab lagi baginda sudah berdoa “Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”. Inilah persedian jiwa dan kerinduan muslimin yang inginkan segala kebaikan yang terkandung dalam bulan ini.

Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik. Ke arah TRANSFORMASI HIJRAH DIRI daripada negetif kepada positif, dari buruk kepada baik, dari malas kepada rajin. Pakar psikologi menyatakan bahawa: jika manusia ingin mengubah sikapnya, hendaklah dia berterusan membiasakan dirinya dengan sikap yang baru selama 21 hari, inilah Ramadhan yang datang untuk membiasakan kita dengan sikap positif selama 30 hari! Semoga Ramadhan mampu membiasakan kita dengan sifat-sifat Mahmudah dan dapat diterapkan diracunkan ke dalam hati kita sepanjang Ramadhan ini.

Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan TuhanNya. Ibadah yang khusus untuk Allah swt untuk menilai hambaNya samada ia ikhlas melakukannya atau kerana lain. Ibadah lain seperti sujud dan korban boleh dibuat selain kerana Allah tetapi kita tidak dapati seseorang puasa kecuali kerana Allah swt. Ini adalah ibadah yang terus secara langsung antara hamba dan PENCIPTA.

Jadikanlah Ramadhan tahun ini Ramadhan yang penuh dengan keberkatan buat kita. Hijrahkan diri, susunkan strategi agar kita lebih tahu kemana halatuju kita. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & dapat menyempurnakannya dengan sempurna. Salam Ramadhan al-Mubarak ikhlas dari warga IQBC buat semua.

Ramadhan 1

Firman Allah di dalam Al-Quran melalui ayat 183-188 surah Al-Baqarah menyentuh segala yang berhubung dengan garis dasar tentang fardhu Puasa Ramadhan. Maulana Abdullah Yusuf Alirah.a. menyimpulkan bahawa, melalui enam ayat yang mulia ini, Allah menggambarkan betapa ibadah Puasa itu mempunyai kaitan rapat dengan pengendalian empat kecenderungan nafsu manusia, iaitu: (1) makan; (2)minum; (3)syahwat dan (4) kecintaan kepada harta.

Allah telah programkan Ramadhan dengan kefardhuan Puasa di dalamnya untuk membentuk sifat TAQWA. Setiap Mukmin yang menyertai program Ramadhan ini pasti akan dicernai dan dibentuk Taqwa mereka. Inilah janji Allah. Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan akan mentarbiah dan meninggikan martabat insan. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah taqwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman!kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yangdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

(Al-Baqarah: 183)

Bahkan zakat fitrah itu pula bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat insan. Allah berfirman yang maksudnya:

“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.”

(At-Taubah: 103)

Dengan kekuatan dalaman (sistem bio-energi) itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidakakan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.

Antenna taqwa sudah sediada kerana insan itu suatu menifestasi penciptaanNya. Jika potensi antenna ini diaplikasikan secara total, daya kekuatannya akan terjana dan tersimpan hebat. Islam menetapkan 5 prinsip Islam & 6 prinsip Iman sebagai’setting’ frekuensi untuk menjanakan sifat taqwa ini. Manakala Ramadhan adalah ZON WIFI terpilih yang mana KEDERASAN FREKUENSINYA berganda dari bulan-bulan yang lain. Maka kesempatan Ramadhan haruslah dimanfaatkan secara total kerana HIKMAH RAMADHAN ini membolehkan ‘BATERI HAYAT’ (sistem chakra tubuh) dicajkan (reload & recharge) UNTUK BEKALAN sepanjang tahun sebelum hadirnya Ramadhan yang akan datang.

Sewajarnya software sistem bio-energi kita di ‘re-format’, di ‘clean-up’, di’re-check’ serta di ‘defrag’ kan agar daya efisyensinya terus cemerlang mengikut frekuensi 5 (ISLAM) & 6 (IMAN) yang ditetapkan.

ramadhan

 

Sekiranya kita berumur kurang 164 TAHUN, bermakna INILAH KALI PERTAMA KITA MENYAKSIKAN 01 RAMADHAN JATUH BERTEPATAN DENGAN 01 OGOS. Kali terakhir ianya berlaku adalah pada 163 tahun lalu iaitu pada 01 OGOS 1848. Ianya bakal BERULANG kembali sekitar 65 TAHUN LAGI.

 

Ianya BUKANLAH ‘KISAH’ BESAR… namun, ia PERMULAAN unik ini bakal membawa ke AKHIRAN yang BESAR!!!

RAMADHAN 1432H bermula dengan ‘INTRO’ yang LANGKA!!